Support Me Here ^_^

Saturday, May 12, 2012

Geng Darah B Sape Nak DIET???


Hai semua ^__^. Hei, hei sape yang tengah diet atau plan nak diet? Yang tak nak diet pun boleh la baca entry ni. Mana tau satu hari nanti nak diet kan. Roomate saya bagi tau pasal benda ni tadi. Lepas baca, baru lah saya tau. Kiranya dapat info baru la hari ni. jadi saya nak share dengan semua orang. Mana tau bermanfaat kan?



(LINK)

Korang darah jenis apa? Kalau jenis darah B, jom baca ni.

Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

(LINK)
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Haaa.... dah baca? Jadi, lepas ni boleh la cuba amalkan. Saya bukan seorang yang suka diet. Serius tak pernah diet seumur hidup sampai sekarang. Tapi rasanya sekarang dah kena mula jaga pemakanan sebab timbangan dah mula bertambah!! Pemilik darah jenis B yang nak diet, bukanlah cara di atas tu saja semata-mata cara yang ada untuk diet. Banyak lagi cara lain. Yang di atas tu hanya kajian dan cadangan sahaja. Ehhh.... jangan lupa bersenam ok. Apa pun tak jadi kalau tak bersenam.

Kenapa saya share jenis darah B je? Sebab saya darah B la. Hehe.... kalau nak tau cara diet untuk jenis darah yang lain, boleh klik link kat bawah ni ok.

Sumber : Diet Mengikut Jenis Darah Anda



p/s : Nak diet ke tak, nak diet ke tak?



---------------------------------------------------------------

Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^

Zaralyla Shop
Klik gambar

2 menconteng:

nusrah said...

kita pun darah B kak ila.
no wonder la, kita kan cousin. Haha XD

Cikwa said...

salam dear,
akak pun darah B jugak tp makanan yg dilarang tu laaa banyak peberet akak..yg disyorkan tu la yg tak berape nak amik sgt..abih cemane?? iskh2..btw thanks for the info ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...