Support Me Here ^_^

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Contest Blog Comel by Nabila Biela


Hai, jom join contest ni ^_^.
Meriahkan lagi majlis. Jom, jom!
Tak kisah la pondok kecik ni comel ke tak.

Simple mimple tak susah pun.

Nak join, nak baca syarat, nak tau hadiah, boleh klik banner bawah ni ok ^_^







Khalila : TQ dear Nabila for organizing this cute contest ^^,


Friday, March 16, 2012

PROMOTE!! : Contest Blog Paling Comel dan Awesome


Hai semua ^_^. Dah separuh bulan Mac habis, entry bulan ni baru TIGA! Masuk entry ni dah 4. Menyedihkan. Draf je banyak. Tapi tak publish. Haishh.... nak kene pecat si Khalila ni. Nevermind... memang blog ni akan kurang kasih sayang dalam masa terdekat ni. Sorry, sorry, sorry..... dah macam lagu korea dah. Group ape, tak ingat. Huhuu...


Jom jom.... saya nak promote contest cik adik Hafizatul Asyrin ni. 



Tajuk contest : Contest Blog Paling Awesome
Tarikh mula : 10 Mac 2012
Tarikh tamat : 31 Mac 2012


Pasal tarikh tamat tu, ade kekeliruan sikit. Nanti Korang tanye lah die balik ye. Huhuu... Kekeliruan ap? Korang pegi baca sendiri kat entry adik ni. Kalau dia dah betulkan, ok la.

Syarat-syarat nak join
(saya copy terus dari entry beliau)

1. Wajib Follow Blog Hafizatul Asyrin 

2. Mesti Warganegara Malaysia.

3. Terbuka kepada Lelaki dan Wanita atau lain-lain spesis.

4. WAJIB ada blog.

5. Pastikan blog korang itu adalah salah sebuah blog yang Comel dan Awesome. Widget atau apa-apa pastikan kemas dan teratur.



Orite, ada sapa-sapa yang berminat? Ada masa lagi nak join ni. Nak tengok hadiah? Boleh.... klik je banner kat atas. Dalam entry contest tu, dia tunjuk sekali hadiah untuk 3 orang pemenang.

Tuesday, March 13, 2012

Pemenang Contest Blog Paling Kemas by Aimi Athirah!!



Hai semua ^_^. Siapa ada join contest best dari cik adik Aimi ni??? Ingat tak banner comel kat bawah ni??


Haaa.... ingat tak? Korang ada join? Kalau ada join, jom tengok siapa orang-orang yang bertuah tu. mana tau korang yang bertuah kan. Tu pun kalau korang join la.



Kalau nak tengok senarai pemenang, boleh klik link kat bawah. Ada 5 pemenang bertuah.


Nak tengok hadiah-hadiah yang diorang menang. Klik link kat bawah.




Heeyyyy..... kenapa saya excited dan sibuk sibuk pulak nak umum pemenang contest orang ni? Huhuu... bukan apa, salah satu hadiah tempat pertama tu daripada saya. Thats why i'm excited to know who will get my prize ryte?

Saya dah tengok kelima-lima pemenang tu. Blog diorang memang kemas. Kalah blog saya yang bersepah ni. Huhuu. Tahniah buat semua pemenang. Kepada Cik pemenang tempat pertama, respon cepat-cepat yep. Boleh saya uruskan hadiah awak cepat-cepat ;).

.......................................................................................

Support my online shop
^^ Tq ^^

Thursday, February 23, 2012

Blog Korang Kemas Tak....??


Hai semua ^_^. Semoga sihat ye hari ni. Kebelakangan ni ramai yang tak sihat. Kejap hujan, kejap panas, pastu hujan balik. Kalau tak sihat sekalipun, kena kuat semangat jugak tau. Jaga diri baik-baik. ^_^

Cik adik Aimi ada buat Contest Blog Paling Kemas. Dah lama dah dia buat contest ni. Tapi tarikh tutup pun lambat lagi. Ada lebih kurang sebulan lagi. Tarikh tutup 20 Mac 2012. Haa.... lambat lagi kan ^_^. Sesiapa yang belum join, boleh la join cepat-cepat. Hadiah semua sangat-sangat menarik. Tak percaya?

Klik sini nak tengok senarai hadiah

UPDATE
Klik sini kalau nak tengok hadiah tempat 1 - 10
Klik sini kalau nak tengok hadiah tempat 1 - 5

Dah tengok? Menarik kan? Tapi kebanyakannya hadiah barang perempuan la. Huhuu.... Boleh je kalau lelaki nak join. Hadiah boleh bagi kat family / kawan-kawan perempuan kan ^_^.

Syarat-syaratnya tak susah pun. Sangat-sangat senang tau. Korang boleh join dengan senang hatinya. ^_^. Korang cuma perlu letak banner contest dalam blog korang tanpa perlu type entry panjang-panjang. 


(klik BANNER untuk join)




Sebelum ni, saya ada buat entry untuk join contest ni. Tapi akhirnya tak jadi join contest. Tapi saya jadi sponsor untuk contest ni. Adelah salah satu hadiah contest tu dari saya. Saya sponsor benda comel ni ^_^.



Sape berminat lagi nak join, jomlah join selagi masih ada ruang masa ni ^_^.


Siapa nak join, klik BANNER tu ye ^_^

Tarikh tutup 20 Mac 2012

.........................................................................................



Support me HERE
^_^

Tuesday, January 31, 2012

Contest Back To Black : Cover Ur Modesty



Hai semua ^_^. Lama dulu saya dah janji dengan tuan punya contest, Kak Maera nak join contest ni. Tapi sebab banyak kekangan, memang tersangat lewat la join contest yang sangat menarik ni. Tak nak buang masa. Jom tengok syarat-syaratnya (saya adaptasi dan ambil dari blog Kak Maera).

...............................................................................................................

1) Buat satu entry bertajuk "Contest Back To Black : Cover Ur Modesty" (done)

2) Letakkan banner contest dan link ke entry mid-sayang.blogspot.com (entry contest Kak Maera la). (done)





3) Sertakan satu gambar diri yang memakai pakai berwarna hitam (sahaja) dan menutup aurat. (done)

Jadi, saya bagi gambar ni




4) Terangkan pakaian yang dipakai dan di mana pakaian tersebut dibeli. (done)

Apa yang saya pakai? Simple je, tapi sangat selesa dan mudah dipakai.

Jubah hitam, ada tambahan labuci dan manik di dada dan lengan baju. Saya beli di sebuah kedai di Jalan TAR.  Kedai tu memang banyak sangat jubah hitam. Abaya pun ada. Cantik-cantik taw. Ni jubah pertama yang saya beli sebab teringin sangat nak pakai jubah. Bila dah pakai, serius memang best. Masa mula-mula beli, jubah ni besar sangat sebab saiz tak ada, tapi nak yang ni jugak. Alter kali pertama, sempit sangat, terpaksa alter lagi sekali. Baru ok. Harga jubah ni saya tak ingat. Tapi kurang dari RM100. ^_^

Tudung express. Tudung ni banyak dijual di pasar-pasar malam, butik-butik. Memang nampak biasa. Batu-batu permata pun tak ada. Harga pun tak mahal. RM10 je. Tahun lepas saya beli di pasar malam sebab senang nak pakai kalau nak ke mana-mana, sarung je ^_^. Tapi memang selesa dan sejuk. Kadang-kadang tudung macam ni tak selesa di bahagian awning. Tapi tudung ni tidak. Terbentuk elok bila dipakai. Tudung ni sangat banyak berjasa bila tiba saat-saat genting, saat-saat kesuntukan masa. Terus sarung, dah siap. ^_^

5) Copy link penaja utama (done)


6) LIKE fanpage mereka ^_^ (done)


7) Bila semua dah siap, copy link entry dan post di ruangan komen di entry contest. (done)

...............................................................................................................


Hadiah-hadiahnya sangat menarik taw ^_^.


2nd Runner :: One Concealer stick by Ardini Humaira , One MYSTERY PRIZE and 3 month free banner advertisement from Khumaera Ismail (total worth RM80)



1st Runner :: One Concealer stick by Ardini Humaira , One MYSTERY PRIZE and 3 month free banner advertisement from Khumaera Ismail (total worth RM100)



CHAMPION :: One extra lasting lipstick spf15 by Ardini Humaira, One MYSTERY PRIZE and 5 month free banner advertisement from Khumaera Ismail (total worth RM150)

Macam mana? Menarik kan? Ohh...kalau dapat salah satu hadiah kat atas ni, memang bersyukur, seronok sangat. Tapi, yang penting entry ni disediakan untuk menyokong contest yang dibuat dan ditaja oleh Kak Maera (Khumaera Ismail) dan Ardini Humaira. ^_^


Tarikh tutup :
1 FEBRUARI 2012



p/s : Alhamdulillah, dapat jugak buat entry ni walaupun di saat-saat akhir. Harap masih sempat join contest ni. Terima kasih kepada penganjur, Khumaera Ismail dan Ardini Humaira kerana menganjurkan contest yang menarik ni. Banyak mesej yang ingin disampaikan kalau difahami maksud tersirat disebalik contest ni.

Saturday, December 10, 2011

Blogger's HI-TEA : Perak - KL - Melaka ^_^



Gambar hiasan ^_^

Hai semua ^_^. Ini adalah auto publish entry. Masa entry ni publish, saya mungkin masih dalam bas menuju ke Kuala Lumpur. Mungkin jugak saya dah sampai Kuala Lumpur ataupun saya dalam perjalanan ke Melaka. Saya ada mention sebelum ni yang saya ada event yang sangat-sangat saya tunggu. Dan hari ni lah harinya! ^_^. 

Event apa tu? Ingat tak dulu saya pernah join Contest Daniel Adie : SISPA oleh Daniel Adie? Alhamdulillah saya tersenarai dalam Top 10 finalis. Tanpa saya sangka, disamping dua hadiah yang Daniel Adie janjikan, ada tambahan hadiah. Dia telah bermurah hati nak belanja semua finalis Hi-Tea hari ni (Sabtu, 10 Disember 2011) di Mahkota Hotel, Melaka. Terharu sangat ^_^. Terima kasih Adie.

credit : Blog Daniel Adie
Nak baca entry keputusan pemenang Contest SISPA tu klik SINI ok. ^_^
Nak baca entry undangan ke Hi-Tea di Mahkota Hotel, Melaka klik SINI ye. ^_^

Alhamdulillah mak ayah saya bagi saya lepas sampai sana. Saya ke hi-tea tu berdua dengan sepupu saya Afif Ris yang banyak sangat tolong saya dalam contest tu. Jadi, saya ajak dia sebagai tanda penghargaan. Ohh... untuk pengetahuan korang, rezeki saya dapat tempat ketiga dalam contest tu ^_^. Mula-mula risau jugak, entah boleh entah tidak saya pergi Melaka. Sebab saya tengah bercuti sekarang. Bila cuti, saya balik Perak. Perak ke Melaka tak lah jauh sangat dan tak lah dekat sangat. Kebetulan family sepupu saya nak datang Melaka minggu ni, jadi ada lah rezeki saya ^_^.

Dengar cerita mula-mula 5 orang dari finalis tak dapat join. Last tadi saya dapat tau, cuma 3 orang yang dapat join. Campur yang lain-lain selain finalis ada 10 orang. Tak apalah. Tak ada rezeki nak jumpa lagi 7 finalis. Mungkin lain kali kan. 

Harap-harap tak ada apa-apa masalah sepanjang perjalanan saya ke Melaka nanti. Esok (Ahad) baru saya balik. Balik nanti saya update cerita saya pergi hi-tea dengan para blogger kat Mahkota Hotel, Melaka tu ye ^_^.


p/s : Sesiapa yang terbaca entry ni, doakan event tu berjalan lancar. Doakan jugak perjalanan pergi balik saya selamat ye. Terima kasih ^_^.

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^

p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.


Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

Saturday, November 26, 2011

CANDID TIME CONTEST




Hai semua ^_^. Contest lagi..... yaaaa...... saya ada banyak masa nak join contest lagi. Contest apa? Sudah terang lagi berspotlight (melainkan skrin korang sleeping), contest ini adalah contest tentang "candid". Who love candid? I do. Of course suka candid gambar orang lain. Macam mana nak candid gambar sendiri? Tak jadi, tak jadi... yang jadi gambar syok sendiri ade la. Hehe... Thanx to Muna Rahimah for organizing this  interesting contest.

Sebenarnya saya ditag dalam contest ni oleh Daniel Adie. Gambar Adie memang candid betullah. Tak caye, tengok la kat ENTRY die ni. Adie ni macam taw saya tengah banyak masa sekarang, jari tengah rajin menaip, mata tengah gagah menatap skrin laptop. 

Tapi, jenuh jugak la godek-godek folder gambar nak cari gambar candid. TAK ADA!!  Haihh... semua gambar pandang kamera dengan yakinnya. Mata dengan lensa kamera ade magnet ke hape tah. Gambar candid orang lain ade la. Tapi terima kasih kat pakcik dan makcik saya, Fhatiah Sariaat & Iqbal Osman yang ade candid satu gambar masa majlis resepsi Kak Dalila & Abang Hanif bersama pasangan masing-masing. Saya ada cerita dalam entry INI.

Jadi, saya pertaruhkan je la gambar ni :


Muna Rahimah, terima je lah gambar ni ye. Tak tau lah ade ke tak ciri-ciri candidnye. Huhu... tak tau nak letak gambar ape dah. Saya tengah makan masa ni. Orang lain semua dah siap makan. Tiba-tiba pakcik saya panggil, dan itulah hasilnya.

"Haihh... banyaknye membebel jari kau ni."

Ok fine, ok fine...
I have to tag two bloggers
Nak tengok gambar candid diorang juge ^_^


Harap Ain dengan Farra join sekali. Eh, saya tag mereka berdua tak bermakna korang tak boleh join sekali. Jom join ramai-ramai. Hadiah-hadiahnya sangat menarik dan lumayan ^_^. Macam mana nak join? Mudah je. Boleh baca cara-cara dan syarat-syaratnya di entry Muna Rahimah. Klik je banner purple kat atas tu ok ^_^.

Closing Date :
13 / 12 / 2011


p/s : Kalau nak tengok gambar yang jujur, tengoklah gambar candid. Eh, yeke? Huhu...

Tuesday, November 22, 2011

Contest Blog Simple But Awesome by Nurul Hanani




Hai semua  ^_^. Lately ni saya banyak join contest kan? Tak ada idea nak buat entry kut. Haha... tak pun banyak sangat masa cuti sebulan lebih ni sampai tak tau nak buat apa. Habis semua contest nak join. tapi contest by Hanani ni sangat simple dan awesome! Eh, dah sama dengan nama contest beliau. Huhuu..

Tak susah pun. Kalau nak tau apa syarat-syarat dari beliau yang sangat simple dan mudah tu, klik saja kat banner pink kat atas tu ok. Tak dinafikan, saya tertarik dengan hadiah yang beliau tawarkan untuk contest ni. Sangat-sangat comel! Especially bagi perempuan la. Lelaki saya tak pasti. Eh, boleh kut kalau korang nak hadiahkan untuk girlfie ke, adik perempuan ke, kakak perempuan ke, mak ke, kawan perempuan ke.

Hei..... kakak memang la perempuan! -_-"

Eh, nak tengok hadiahnya?
Klik SINI ^_^.

Hanani pesan tag rakan blogger. Tapi tak wajib. Jadi, saya tag sesiapa yang membaca entry ini ok ^_^.

Kalau nak join, jom join cepat cepat, jom join ramai ramai.
Closing date 13 Disember 2011


p/s : Sangat tertarik dengan hadiah 1st yang sangat comel tu ^_^

Monday, November 14, 2011

Top 10 Contest SISPA by Daniel Adie ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

(ini adalah sticky post)


Hye semua.............. lama saya tatap skrin laptop ni sebelum mula taip entry. Perasaan bercampur baur. Otak kelu nak berfikir. Otak boleh kelu ke? Kelu lidah ade la. Huhuu... Sebelum ni saya ada join contest anjuran blogger Daniel Adie dalam entry ni. Tujuan utama nak support 1st contest Daniel Adie ni. Suka-suka, biasa la kan. Tanpa disangka, rezeki saya dipilih oleh 4 orang juri yang Daniel Adie dah tetapkan dan saya tersenarai dalam senarai Top 10 contest tu. Kat bawah ni gambar yang saya pertaruhkan.


Mula-mula cousin saya si Faris Afif yang bagi tau pasal Top 10 tu. Dia suruh saya pegi tengok. Betul rupanya saya ada dalam list tu. Tak percaya? Kat bawah ni saya print screen dari page Daniel Adie. Ada sembilan lagi blogger yang terpilih dan ade blogger yang saya kenal sebelum ni terpilih jugak. Tahniah semua ^_^.


Sebenarnye, saya tak sangka at last contest ni akan ade sesi LIKE mengeLIKE.... Huhuu. Sangat tak biasa benda macam ni. Tapi disebabkan keperluan contest ni macam tu, then saya buat jugalah. Alhamdulillah, ni rezeki yang Allah bagi kan? Macam mane sekali pun keputusannye nanti, setiap orang daripada 10 blogger yang terpilih ni akan dapat hadiah dari Daniel Adie ^_^. Alhamdulillah..... Hadiah-hadiahnye sangat sweet. Suka sangat ^_^.

(tarik nafas panjang-panjang......... then, lepaaaaasss...)

Okay, dengan ini... secara rasminya saya ingin memohon bantuan dari kalian semua yang membaca blog / entry ini untuk LIKE gambar saya tu (muko den dah kobas ni aaa)...

Macam mana nak tolong saya?

- 1st -
Mari singgah dan LIKE Fanpage Daniel Adie

- 2nd -
Klik album Top 10 Contest DANIEL ADIE : SISPA dan LIKE pada gambar saya.
atau terus klik pada link di bawah ni dan LIKE ye

Kalian boleh jugak LIKE gambar-gambar blogger lain yang terpilih. Saya tak halang sebab yang lain pun menarik juga ^_^. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi tolong saya. Terima kasih juga kepada 4 orang judges yang dah buat pemilihan. 


p/s : You make me smile today ^_^. Thanx a lot!

Friday, November 11, 2011

Contest Blogger Idol by Achie & Eyda

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

( Nak join? Klik la Banner kat atas ni manja-manja.)

Hye semua! Join contest lagi di hari Jumaat yang indah ni. Orang yang menaip ni tak la rajin sangat join contest. Tapi tengok contest ni macam best and ada sesuatu yang saya rasa saya nak kongsi dengan sesiapa yang singgah sini. Contest apa? Meh saya tolong taip sekali lagi. "Contest Blogger Idol by Achie & Eyda".

Korang ada blogger yang menjadi idola korang? Hari-hari rasa wajib intai blog dia. Kalau tak hari-hari pun, selalu korang nak ketuk pintu, masuk blog dia. Sekali masuk, habis 4, 5 entry dia korang baca. Korang ada? Saya pun ada. Banyak! Bukan satu blogger. Lebih dari satu, banyak la kan? Hehe...

Siapa BLOGGER idol saya?

(drum roll pleaseeeeee.......!)
.
.
.
.
.
Tadaaa....!!



Siapa kenal angkat tangan. He is Encik Hamdi @ Daniel Adie. Owner kepada blog Daniel Adie. Gambar kat atas ni gambar agak latest dari beliau. Cuba teka profession dia apa? Sekali tengok macam Executive syarikat kan. Gambar tu masa graduation beliau. Baru lagi. Dah dapat teka? Beliau seorang guru & bakal bertugas tak lama lagi. Sebelum ni belajar di UiTM Melaka, kursus TESL. Saya kenal blogger ni pun baru lagi. Dalam tahun ni. Tapi, entry-entry beliau memang berjaya buat saya keep in touch dengan blog beliau nih. Entry-entry yang di post oleh Daniel Adie ni simple je. Semua pasal kehidupan beliau setiap hari. Daniel Adie ni ada kelebihan yang lain. Saya penah cakap tangan beliau ni tangan seni. Seriously! Bukan saja seorang pendidik, tapi beliau boleh ber'modelling', beliau boleh menggubah, memasak, make over her sister, macam-macam lagi. Ada sorang budak lelaki kecik yang selalu ada dalam blog beliau : Iqbal. Saya ingat dulu beliau pernah post pasal gubahan hantaran pertunangan kawan beliau, Nadzrah. Believe me, sangat cantik gubahan hantaran tu. Ada jugak satu entry beliau make over dinding dalam rumah. Sangat cantik. Boleh geng dengan Eric Leong lah lepas ni ^_^. Banyak lagi lah yang buat saya kagum kalau nak cerita. Kalau sesiapa yang belum kenal lagi Daniel Adie, boleh la melawat blog beliau. Banyak lagi yang korang boleh tau pasal blogger seorang ni ^_^.

*** Pembetulan : Beliau bakal bertugas sebagai seorang Pensyarah di sebuah Politeknik. Bukan sebagai Guru seperti yang saya sangka ^__^. Tapi macam beliau kate, sama jugak, mengajar. ^_^


Penganjur, kalau saya cerita pasal sorang lagi blogger, boleh? ^_^

(once again. drum roll pleaseeeeee................!)
.
.
.
.
.
Tadaaa......!!


Blogger kedua ni ialah Nusrah. Pemilik kepada blog Heart for The Only One. Maaflah, saya tak boleh nak letak gambar beliau kat sini sebab beliau sendiri pun tak letak gambar beliau dalam blognya. Tapi, kalau korang belek-belek dalam FB saya, ada beliau salah seorangnya. Seorang gadis ayu, manis, nakal kadang-kadang. Masih belajar di Universiti Malaya. Tahun akhir kalau tak silap. "Nusrah" cuma nama pena beliau dalam blog. Nama sebenar beliau bukan Nusrah. Tapi saya tak dapat nak nyatakan kat sini sebab beliau sendiri tak nyatakan nama beliau dalam blognya. Hehee.... saya kenal beliau ni sebenarnya. Sepupu belah ayah. Anak kepada makcik saya, adik kepada ayah. 

Kenapa saya kagum dengan beliau? Sebab hasil penulisan beliau. Tak percaya? Korang cubalah jenguk ke blog tersebut dan baca sendiri hasil-hasil penulisan beliau. Mungkin genre penulisan blog Nusrah ni lebih kurang macam blog-blog mitovasi yang lain. Tapi, apa yang saya suka, gaya penulisannya yang bersahaja, mengambil contoh dari kehidupan beliau dan orang-orang disekelilingnya. Beliau bukan setakat menulis entry, tetapi seakan bercerita kepada kita, membawa mesej tersendiri yang kadang-kadang memberi kesan tersendiri kepada sesiapa yang membaca bergantung kepada pengalaman masing-masing. Kadang-kadang sampai leka membaca dari satu ayat ke satu ayat. Antara entry beliau :


*     *     *     *     *     *

Setiap orang ada pelbagai tujuan dalam berblogging. Berkongsi cerita, menyampaikan ilmu, berdakwah, berniaga dan macam-macam lagi. Saya sendiri, awal-awal dulu saja teringin buat blog. Cuma berkongsi kisah kehidupan saya, apa yang saya minat, kadang-kadang berkongsi info. Dua orang blogger ni memang mengagumkan saya. Seorang dengan kisah-kisah kehidupannya. Seorang dengan kisah-kisah motivasinya. Dalam masa terdekat ni, saya cuma ingin berkongsi kisah dan minat saya. Banyak yang nak diceritakan, tapi selalunya terhenti di dasar hati. Pada masa akan datang, saya harap untuk jadi lebih matang. Menyampaikan kisah-kisah kehidupan dan minat pelbagai warna disamping memberi mesej berguna untuk para pembaca.

*     *     *     *     *     *

Oh ya... ada syarat-syaratnya kalau korang nak join contest ni. Nak tau apa dan macam mana? Sila klik banner kat atas atau klik je SINI. Eh, join dengan happy ye. Korang boleh cerita pasal blogger yang menjadi idola korang ni. ^_^


Nak tau juga, siapa blogger idola mereka :
Kalian semua ^_^


p/s : Banyak lagi blogger yang jadi idola. Mereka berdua adalah di antaranya.

Tuesday, October 25, 2011

Contest DANIEL ADIE : SISPA

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Jom join contest by Cikgu Adie ^_^

Setelah sekian lame blog ni sepi tak diupdate, hari ni saya update sekejap contest ni. Contest ni dianjurkan oleh blogger Daniel Adie. Contest apa? Contest ni adalah tentang senyuman. Senyuman palsu dan senyuman ikhlas. Perlu letak dua gambar (senyum palsu & senyum Ikhlas) bersebelahan. Kalau nak tau lebih lanjut, silakan klik banner smart warna biru kat atas tu ye.


Ohh... ni gambar saya. Yang kiri palsu, yang kanan insyaAllah Ikhlas

Sangat excited masa Daniel Adie umumkan contest ni. Tapi sebab busy, sekarang baru sempat buat entry. Sempat lagi kan? Contest ni sangat mudah, sangat simple dengan hadiah yang BEST untuk pencinta ANGRY BIRD dan FERRERO ROCHER ^____^

Tapi, perlu tepati beberapa terms & conditions nye. Nak tau? Sekali lagi, silakan klik banner smart warna biru kat atas tu. Kalau nak join, ada masa lagi. Cepat! Cepat! Tinggal beberapa hari je lagi. Closing date 30.10.2011.

Ohh... jangan lupa. Ada satu lagi syarat yang kene saya buat untuk melengkapkan contest ni.  Slogan nih...

"Terkadang, senyuman palsu terukir apabila hanya itu sahaja sisa senyuman yang tinggal buat pengubat hati yang duka mengenang luka yang tersimpan sendiri."

Last but not least. I have to tag two person ^_^


p/s : this entry was made to support Daniel Adie, owner kepada blog-mesti-singgah saya. Jom join contest sulung Daniel Adie ni ^_^

Friday, September 23, 2011

Pencarian Header Blog Paling Sempoi & Kreatif 2011

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera



Hai semua...... ^_^. Meh join ramai-ramai meriahkan pencarian header blog paling kreatif & sempoi 2011 ni ok. Bukak blog tadi nampak ada blog-blog yang update pasal ni. Disebabkan curious apesal tajuk post same2 ni, then klik la tengok. Ohh.... ada contest rupanya. Klik kat banner di atas ye utk tahu lagi lanjut.

Ni la banner 'terlatest' sekali dalam blog saya. Yang lepas2 dah jadi bahan sejarah. Hehe... tak la cantik sangat. Biasa-biasa je untuk blog personal kan.


Jom join cepat. Contest bermula hari ni (23 Sept 2011) sampai  4 Oktober 2011.

o\ ^___________^ /o

Tuesday, May 24, 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!


Assalamualaikum semua. Contest ni dah lama encik Asyraff dengan kawan die blogger aarrghitsme promote. Macam yang die dah janjikan, 22  Mei lepas, contest ni mula. Dah lame gak tunggu contest ni sebab hadiah die sangat lumayan. Hehee... Tapi tujuan utamanya, nak meriahkan majlis ni ha. Kat bawah ni terus kopipanas dari entri original die :
___________________________________________________________

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
 Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:    (lame dah follow ^_^)



2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.  (baikkkkk...!)

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite.. (hokey.....!)

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni: (ok!)


5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan) (ok!)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:


MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

______________________________________________________________________

Ok lah. Jenuh selongkar album. Saya letak yang ni la ye.


Senyuman saya paling ceria sebab saya tahu dua insan hebat kurniaan Ilahi itu menyayangi saya sepenuh hati.
Dua insan hebat itu siapa? Tak perlu cemburu kerana kamu juga ada.
Ayahanda & Bonda

Tag 3 orang ni :
Atira Wahid ;)
Izyan Masri ;)
Shazatul Hazirah ;)

Yang lain-lain pun boleh join, klik link penganjur kat atas.
Ok, dah. Maw hantar.
Assalamualaikum

Saturday, March 19, 2011

Ini Adalah "C0ntest" : JOM COVER MULUT

Apelah kerja budak Khalila ni join contest malam-malam begini. (Hoiiiii!!! esaimen dah siap belum??!). huhuu... Jap ye... jap je... nanti saya sambung esaimen balik.

Contest ni dibuat oleh Nordiana Khairudin di blognya sempena hari jadi blognya yang pertama! Wah... dah setahun blog die. ^^

Okay, mari kite mule!

Mula-mula skali kene letak gambar ni...


Okay, done! Lepas tu kite letak syarat-syarat contest ni...

Syarat-syarat untuk join contest ni (syarat-syarat ni saya c0py bulat-bulat dari penganjur okay):


1) Perlu menjadi follower dalam blog ni. Senang beritahu siapa pemenangnya nanti kan?

2) Wajib letakkan gambar di atas ni dan link ke entri ni. Senang untuk nak check peserta yang join contest ni...

3) Upload 1 gambar anda, atau gambar anda dan kawan2, atau gambar gf/bf anda (sesiapa pun tak kisah). Asalkan kreatif. Nak edit pun boleh, tapi asalkan gambar tu semuanya cover mulut. Baru adil kan? Jangan letak gambar omputih sudah.

4) Tag 2 orang kawan anda dan pastikan mereka tahu juga tentang contest ni. Kalau nak lebih pun tak pe. Lebih meriah contest ni^^

5) Sudah siap! Tinggalkan link anda ke ruangan comment entri ini. Mudah kan?

Ini adalah link contest tersebut ^^
 
Saya nak letak gambar ape ye?? Okay, gamba ni
 
haaaa...! jangan buat muke pelik kat situ ye... huhuu

Cik adik manis... saya tag korang berdua ye. ^_^
 
okay, dah selesai. K0rang semua, mai la join skali ye. ^^
Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...