Support Me Here ^_^

Sunday, November 20, 2011

Perjalan Menuju Perkahwinan ^_^


Hye semua ^_^. Perkahwinan itu sesuatu yang indah kan? Kat mana ada perkahwinan, di situ ada Raja Sehari. Semalam (Sabtu / 19.11.2011) saya ke Serdang untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sepupu saya yang diadakan serentak. Mereka berdua dah bernikah dengan pasangan masing-masing sebelum majlis ni berlangsung. 

Seronok sangat tengok orang lain mendirikan rumah tangga (mula la ni nak berangan). Hehee... Hari ni je, tengok majlis pernikahan Michelle dengan Dek Wan yang disiarkan secara langsung kat Melodi. yela, tengok kat tv je la. Takkan nak pergi sana. Huhu... Minggu lepas Daim dengan Shera Ayub. Dira Abu Zahar pun kan?

Tapi kita perlu sedar. Perkahwinan dan pernikahan bukan semudah membungkus nasi lemak daun pisang. Nak bungkus nasi lemak dengan daun pisang pun tak akan jadi dengan elok kalau kita tak pandai. Banyak lagi perkara lain yang berada disebalik sebuah nama pernikahan. Tanggungjawab dah semakin besar. Dah ada anak, kena jaga anak dengan baik supaya jadi manusia yang berguna. Risau tengok masalah sosial sekarang.
 
Jom, saya share beberapa gambar dari kamera kecik molek saya ^_^

Pagi, sebelum bertolak. Sempat lagi kan. Haha.... 
Cantik sangat kabus pagi tu. Tak boleh lepaskan.

Langit Sabak Bernam, Selangor pagi tu.

Sarah. My little luvly cousin. Saya dengan mak tumpang kereta pakcik saya. Ayah Sarah ni la.

Hajar Safiyah dengan mak saya. Hajar ni kakak kepada Sarah. Ada 3 lagi abang diorang kat seat belakang. ^_^

Haa.... ni lah dia set pelamin untuk 2 pasang mempelai tu. Simple, tapi cantik ^_^.

2 pasang pengantin, mesti la kena ada dua tempat duduk kan.

Mak Sarah, Mak saya dan makcik bongsu saya.
Makcik bongsu saya ada BLOG jugak. boleh jenguk ^_^.

Abang Hanif dan isterinya, Kak Najihah.

Kak Dalila dan suaminya, Abang Aimeer.

*Tukang taip, jangan tengok lama-lama... nanti jeles. Huhuu

Makan Beradab. Kenapa nama dia makan beradab? Maybe kena makan dengan penuh adab. Makan biasa pun kene makan dengan adab tau.

Ohh... happy betul atuk (baju kuning). Tak tau lah apa dia sembang dengan bapa mertua makcik bongsu saya tu. Hehee...

Dialah nenek saya (bertudung putih) ^_^

Tak boleh lepaskan peluang. Nak jugak duduk depan kamera. ;p


p/s : Sekarang ni turn cucu-cucu pulak yang kahwin ^_^. Tahniah Kak Dalila dan Abang Hanif. Semoga bahagia dengan pasangan masing-masing. Tukang taip ni entah bila, bayang pun tak nampak.

12 menconteng:

Cik Azizah said...

tahniah cantik pengantin. tapi nape kerusi lain2 eh..hehe rasa tak comey pulak 1 besar 1 kecik..hehe :P tapi pengantin still cantik!

k.h.a.l.i.l.a said...

@Cik Azizah
huhuu... tak taw la. ade terfikir cmtu gak. mb pengantin taste lain2. hehee

Woofer Storm said...

entry mcm nak kawin je tu..heheee

*teringin nak kawin ni..hahaaa tahniah buat pengantin...

k.h.a.l.i.l.a said...

@Woofer Storm

hahaa...sape x tringin kawin. tipu kalau tak. ^_^

CTK said...

wahhh...kawen dua2 sekaligus..jimat! hihi..tp nmpk cm meriah! tahniah buat mereka :)

syahnaz said...

http://whereistheloveiz.blogspot.com/

jom follow.. tq

RinsyaRyc said...

Khalila, awakni sebijik la macam muke kawan saya. memang sebijik. nama die zaiton johan. sya tunjuk kat kawan sya, memang dorang kata sebijik. eheherr.. cemana boleh sama?

<---- teringin nak ada pelamin cam kat atas tu...

k.h.a.l.i.l.a said...

@RinsyaRyc
haaaaa?? siyes ke? haha... nak tengok gak muke kawan rin tu ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@syahnaz
dh follow dh syahnaz ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@CTK

ha'a kan. jimat. duit catering, dewan semua. hehe

cimOt said...

hari ni je dekat 10 entry aq bce sumer pasal marriage..adoyyyyy...ni yg terasa nak kawen sekarang..adesss...tp xde plak yg nak..huhuhu

k.h.a.l.i.l.a said...

@cimOt
ahaa.... yeke cimot. moga2 aura kawen tu melekat la kat cimot. hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...