Support Me Here ^_^

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Khalifah Kecil Anugerah Allah


Semalam... hari Jumaat. Seorang khalifah kecil telah Allah hantar ke dunia. Anugerah yang sangat bernilai buat kedua orang tuanya. Selamat datang wahai khalifah kecil. Dunia ini penuh pancaroba, ujian dan dugaan. Allah kurniakan nikmat dan pahala sebagai ganjaran. :)


Comel, gebu. Baby semua comel, semua gebu. Lahir di hari Jumaat, penghulu segala hari, pada tanggal 110113. Semoga menjadi anak yang soleh ye. Nama? Belum tahu lagilah. Kalau dah ada nanti, saya update ye. 

Jangan salah faham ye. Ni bukan anak saya. Saya ni kahwin pun belum lagi. InsyaAllah 2,3 tahun lagi kalau ada rezeki. Baby kecil ni anak kepada makcik bongsu saya sebelah ibu. Tahniah! ^_^

Biodata
Nama : Belum bernama lagi
Tarikh lahir : 11 Januari 2013
Nama ibu : Fathiah
Nama bapa : Iqbal 



Khalila : Anak adalah anugerah Allah. Sape yang taknak anak kan? Sedih sungguh bila dengar berita orang buang-buang saje baby kecik macam ni.


Sunday, November 20, 2011

Perjalan Menuju Perkahwinan ^_^


Hye semua ^_^. Perkahwinan itu sesuatu yang indah kan? Kat mana ada perkahwinan, di situ ada Raja Sehari. Semalam (Sabtu / 19.11.2011) saya ke Serdang untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sepupu saya yang diadakan serentak. Mereka berdua dah bernikah dengan pasangan masing-masing sebelum majlis ni berlangsung. 

Seronok sangat tengok orang lain mendirikan rumah tangga (mula la ni nak berangan). Hehee... Hari ni je, tengok majlis pernikahan Michelle dengan Dek Wan yang disiarkan secara langsung kat Melodi. yela, tengok kat tv je la. Takkan nak pergi sana. Huhu... Minggu lepas Daim dengan Shera Ayub. Dira Abu Zahar pun kan?

Tapi kita perlu sedar. Perkahwinan dan pernikahan bukan semudah membungkus nasi lemak daun pisang. Nak bungkus nasi lemak dengan daun pisang pun tak akan jadi dengan elok kalau kita tak pandai. Banyak lagi perkara lain yang berada disebalik sebuah nama pernikahan. Tanggungjawab dah semakin besar. Dah ada anak, kena jaga anak dengan baik supaya jadi manusia yang berguna. Risau tengok masalah sosial sekarang.
 
Jom, saya share beberapa gambar dari kamera kecik molek saya ^_^

Pagi, sebelum bertolak. Sempat lagi kan. Haha.... 
Cantik sangat kabus pagi tu. Tak boleh lepaskan.

Langit Sabak Bernam, Selangor pagi tu.

Sarah. My little luvly cousin. Saya dengan mak tumpang kereta pakcik saya. Ayah Sarah ni la.

Hajar Safiyah dengan mak saya. Hajar ni kakak kepada Sarah. Ada 3 lagi abang diorang kat seat belakang. ^_^

Haa.... ni lah dia set pelamin untuk 2 pasang mempelai tu. Simple, tapi cantik ^_^.

2 pasang pengantin, mesti la kena ada dua tempat duduk kan.

Mak Sarah, Mak saya dan makcik bongsu saya.
Makcik bongsu saya ada BLOG jugak. boleh jenguk ^_^.

Abang Hanif dan isterinya, Kak Najihah.

Kak Dalila dan suaminya, Abang Aimeer.

*Tukang taip, jangan tengok lama-lama... nanti jeles. Huhuu

Makan Beradab. Kenapa nama dia makan beradab? Maybe kena makan dengan penuh adab. Makan biasa pun kene makan dengan adab tau.

Ohh... happy betul atuk (baju kuning). Tak tau lah apa dia sembang dengan bapa mertua makcik bongsu saya tu. Hehee...

Dialah nenek saya (bertudung putih) ^_^

Tak boleh lepaskan peluang. Nak jugak duduk depan kamera. ;p


p/s : Sekarang ni turn cucu-cucu pulak yang kahwin ^_^. Tahniah Kak Dalila dan Abang Hanif. Semoga bahagia dengan pasangan masing-masing. Tukang taip ni entah bila, bayang pun tak nampak.

Sunday, September 04, 2011

Generasi Atuk Kadir Beraya ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Apa program korang di Syawal ke-6 ni? Berapa buah rumah korang serbu dah? Hehee... Semalam saya dah post gambar-gambar raya dengan member2 Form 6 dulu. Entry kali ni saya nak share gambar-gambar family saya beraya. Rumah saya rumah pusaka. Pak Long pulak dah meninggal. Jadi, ayah saya yang paling tua. Adik-beradik ayah, bila cuti balik rumah pusaka ni la. Seronok bila sekali sekala berkumpul ramai-ramai. Bukan selalu jumpa kan? Heheh.. Memang tak lepaskan peluang ni la untuk ambil gambar, simpan jadi memori. Jom tengok gambar-gambar ni semua. Walaupun tak semua balik, yang ada ni pun dah cukup meriah ^_^.

Sehari sebelum raya. BBQ dulu. Memang sodap la!

Ni cameraman kami. Serba putih die hari tu. Ohh... die juge adik saya.

Keluarga Uteh. Padi kat Sungai Manik tengah hijau sekarang. Memang best snap gambar ^_^

Keluarga Angah Adol. Anak die si Faris Afif ade blog. Jom terjah blog si Faris Afif. ^_^

Orang jauh ni. Dari Johor. Dah rindu la kat Icha!

Acik Zati & Amir Aufa. Tak maw tengok kamera la Aufa ni. Huhuu



Saya nak jugak menyelit. Huhu.... Yang baju hijau tu mak saya. Rendang yang mak masak is the best ever!


3 yang gojes ^_^

Balik dari kampung, saya ternampak bulan cantik sangat. Terus ambil kamera snap snap snap!

Haaa.... yang ni ahli keluarga yang lain. 

Nak perkenalkan sorang-sorang jenuh pulak. Gambar ni memang snap ramai-ramai terus. Takde snap by family. Yang penting kenangan tu ade kan. Hehee

1 of them selain Faris Afif, ade sorang lagi sepupu saya blogger jugak. Saya tak maw bagi tau yang mana satu sebab dalam blog dia pun dia tak tunjuk diri dia. Jadi, saya bagi link die saje ok. Nama pena die Cik Nusrah ^_^. Mana la tau korang pernah baca blog dia sebelum ni. Penulisan die memang best. Saya sangat suka ^_^. Nak baca? Meh buka blog Cik Nusrah.

Mereka nak balik dah.

Raya tahun depan kite kumpul ramai-ramai lagi ok ^_^.

Yang tengah tu adik bongsu saya, Syakirah. Yang dua lagi tu, Maira comel (baju merah) dan Huda (baju putih)


p/s : Memang seronok bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga ^_^

p/s : Cuma ad gambar dengan keluarga belah ayah je. Belah mak takde gambar -_-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...