Support Me Here ^_^

Saturday, November 26, 2011

Rokok, Lelaki dan Wanita





Hai semua ^_^. Haip! Sape yang tengah merokok tu? Haa... semua tau rokok tu apa kan. Kecik-kecik dulu kenal rokok gulung je. Tak pun rokok daun. Sebab kecik-kecik dulu atuk selalu tunjuk cara gulung rokok. Mula-mula ambil 2 helai kertas putih. Kertas ke tah yang khas untuk rokok tu. Lepas tu ambil tembakau. Rata-ratakan atas kertas putih tu. Ambil cengkih secukup rasa. Gunting kecik-kecik sikit. Letak atas tembakau tadi. Lepas tu gulungkan rokok tersebut. Salah satu hujungnya basahkan sikit dengan lidah. Last sekali, ambil mancis bakar. Boleh nikmati rokok tersebut dengan sesuka hati. 

Ehhhh...... saya bukan nak ajar korang buat rokok gulung & hisap rokok. Tak! Tak! Saya cuma cerita apa yang saya perhatikan atuk saya buat dulu. Sampai sekarang atuk saya menikmati rokok tersebut (ayat skema). Huhuu... ayah saya tak merokok, adik-beradik lelaki saya pun tak. Harap-harap tak. Cuma atuk dan pakcik-pakcik saya je yang merokok. 

Antara lelaki dan wanita, siapa yang paling banyak merokok? Mungkin lelaki. Mungkin? Ya.... mungkin. Sebab wanita pun ada yang merokok. Saya pernah nampak beberapa kali. Nikmat ke? Huhu... entah lah. Tapi, saya tak pernah ada minat nak try pun rokok tu. Cukup la tengok orang lain je merokok.

Lelaki sensitif ke dengan isu rokok? Mula-mula saya tak terfikir pun macam tu. Tapi, suatu hari... tahun lepas kut. Saya pernah sembang pasal rokok dengan sorang kawan saya. Of course dia lelaki. Dan of course die merokok. Sebab tu saya tanya dia. Tapi saya tak sangka dia boleh tersinggung dengan isu ni. Padahal saya tak persendakan dia pun. Tapi lepas tu dia ok je. Huhuu.... lelaki sensitif ke? Sampai sekarang, saya tak pernah sebut atau tanya apa-apa yang berkaitan dengan rokok kat kawan saya tu. Takut die marah lagi. Huhuu...

Perempuan saya tak tau. Alhamdulillah kawan-kawan saya yang perempuan tak ada yang merokok.

Sekali dah merokok, memang susah nak tinggal eh? So, jangan mulakan. Encik Ex saya dulu pun merokok juga. Bukan tak pernah try suruh dia berenti. Tapi memang susah. Rasanya sampai sekarang masih merokok lagi kut. Oh, ya, tadi adik saya tunjuk satu video sorang brader ni merokok. Comel betul brader ni. Huhuu.... nak tengok? Kat bawah ni saya kasi videonye. Share dari Youtube.


Comel kan ^_^

Kepada bakal imam saya yang saya tak tahu sapa :
Harap awak tak merokok ye. Tapi kalau awak merokok jugak, apa boleh buat. Cuma harap awak tahu jaga diri. Kalau awak sanggup usaha untuk berhenti, saya bersyukur.


p/s : Janganlah marah jika ada seseorang meminta korang berhenti merokok. Itu semua kerana dia ambil berat tentang korang. [bagi yang merokok la]

22 menconteng:

Nurul ain said...

susah la nak jumpa lelaki tak merokok... 10 dalam sejuta kot, tapi memang respect gila lelaki yang tak merokok tau..

Saiazuan said...

fuhh jgn la merokok, membazir duit je..

Mohd Zakwan said...

hamboi. bukan main budak kecik tu hisap rokok -.-
zakwan pun tak merokok juga walaupun abang dan ayah hisap rokok.. apa faedah merokok? tak de langsung faedah !! menghabiskan duit ,memudaratkan kesihatan ! haish , aku pelik betul dengan orang merokok ni :)
Blog Mohd Zakwan :)

k.h.a.l.i.l.a said...

@Nurul ain
betul, betul... classmate sy ade beberapa org x merokok. memang respect la.

k.h.a.l.i.l.a said...

@Saiazuan
betul tu. tapi bila ckp cmtu kat lelaki yg merokok, mesti ada je alasan diorang. hmm.... saba je la...

k.h.a.l.i.l.a said...

@Mohd Zakwan
haha... kan... macam org besar je. siap pakai pampers, isap botol lagi. huhu... betul tu, x ada faedahnya. jadi jgnlah sesekali cuba nak merokok...

ILA HonEyBuNNy said...

katakan tidak kepada merokok..ehhehe...

lagi bazir duit ja kan...alhamdulillah...si dia xmerokok..;-)

k.h.a.l.i.l.a said...

@ILA HonEyBuNNy
hey smoke! no no! hehee... waa bagusnye... jangan sesekali mulakan ^_^

RinsyaRyc said...

Bakal imam SAYA ...!!!!.... Jangan merokok ek? saya x suka.. ehehe..

<---pernah tengok pempuan cantik seksi merokok. memang ternganga sampai kawan tepuk lengan baru tersedar. ehehehe

hazanis said...

saya xsuka bakal suami sya seorang perokok...^^

Woofer Storm said...

sy tak merokok...yahooo

*leh dicalonkan tak??hahaaa

Izyan Masri said...

ROKOK NI KAN,BOLEH MEMENDEKKAN SETIAP 2 MINUTE UMUR KITE.TERUKKAN T_T

k.h.a.l.i.l.a said...

@RinsyaRyc
huhuu... xmo yg merokok kan? tapi ramai sgt yg merokok ni camneee???

betul2.... penah nmpak jugak. tetibe jakun sekejap. hahaa

k.h.a.l.i.l.a said...

@hazanis
tu la kan hazanis... wahai bakalsuami sekalian.... jgn merokok plizzz... ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@Woofer Storm

x merokok? bagusnyee... respect respect.
hahaa... org x merokok ni mesti ramai org nak punye lah

k.h.a.l.i.l.a said...

@Izyan Masri
hmm... betul tu. risau kan bile tgk org2 yg disayangi merokok. tapi nnt mcm2 alasan diorg bagi. tak taw ke kite amek berat psl diorg.. huhu

Rtp Farra Arisha said...

SAY NO TO SMOKING!

k.h.a.l.i.l.a said...

@Rtp Farra Arisha
YES! No smoking pliz! ^_^

Azlan Hasan said...

btul2...kalau da start sekali memang susah nak berenti..hehehe

Regards,
-Strider-

RinsyaRyc said...

sape la yg malang dpt perokok. arap2 x lah. huhu . woofer x mrokok ke? eh, boleh la masuk meminang nih !!..

#gilo!

k.h.a.l.i.l.a said...

@RinsyaRyc
haha... boleh je kalau Rin nak minang woofer. xde salahnye. Nak tolong bawak tepak sirih ;p

k.h.a.l.i.l.a said...

@Azlan Hasan

Niquitin tu betul2 boleh buat perokok berenti merokok tak? huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...