Support Me Here ^_^

Thursday, November 10, 2011

Homemade Burger Daging Kerbau Korban ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Hye semua! Sekarang waktu lunch kan (1.05 petang). Jadi entry pun pasal makan lah. Hehe... Raya haji lepas atuk ade buat korban sang kerbau. Makcik saya cakap kerbau sekor tu jambu. Betina kut? Makcik-makcik kat rumah atuk memang suke masak. Memang suka mereka-reka. Atuk cakap resepi "cuba-cuba". Tapi atuk sebenarnye yang selalu buat resepi "cuba-cuba".  Mintak nenek campur itu ke dalam ini, campur ini ke dalam itu. Hehe... Kan atuk kan. Gen tu turun la kat anak cucu ni ha.

Owh... cuba tengok gambar kat atas. Saya masih terasa-rasa lagi rasanya yang juicy, terbau-bau lagi aromanya yang menusuk tulang rusuk (???). Sedapnyeee.... Alhamdulillah, rezeki Allah bagi (jangan lupa tu). Influent tengok rancangan yang di host kan oleh Rachel Ray la ni. Daging kisar campur dengan beberapa bahan ikut suka hati korang lah. Bawang ke, lada benggala ke, daun bawang ke. Apa-apa lah. Jangan lupa pulak garam, gula, blax paper segala. Baru la ade rasa. Siap gaul semua, bentukkan bulat-bulat, tekan-tekan bagi leper, masak atas kuali leper, eh? Berapa kali leper ni, korang paham tak? Jangan keliru pulak. Masak la sampai die betul-betul masak.  Same je macam korang masak daging burger pakcik Ramly tu. Cuma beza sikit sebab burger segera tu dah keras kan, yang homemade ni lembik la sikit.

Siap! Makan dengan roti burger, letak salad, letak tomato, letak timun (saya x suka sangat timun), letak bawang besar sikit, letak mayonis, letak sos, letak sos blax paper (kalau ade). Makan............. halaaaaa...... sedapnye.... Alhamdulillah... Kalau boleh buat sendiri selalu, tak payah pegi McD dah cari beef burger. Eh, korang nak cuba? Silakan. Cubalah ^_^ .

Cred burger kerbau : Puan Fhatiah & Puan Masnita
Cred gambar : Hannan (ke bukan kau yang snap gmbar ni?)


p/s : Sedap! Nak lagi! Kene tunggu raya haji taun depan ke....?

2 menconteng:

bobby.b said...

lama dah teringin nak buat homemade burger ...

k.h.a.l.i.l.a said...

@bobby.b

eh, buat la. best taw! hehee... senang je nak buat burger ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...