Jangan Tersalah Mengasah Parang
Hai semua ^_^. Mata mengantuk pulak petang-petang macam ni. Penambah perisa kat luar lagi buat mata ni makin nak kuyu. Sapa mata dia terasa ngantuk lagi-lagi bila hujan lebat kat luar? Hehe... sejuk-sejuk memang best la tido.
TAPI! Tengok la jam sudah pukul berapa sekarang. Hampir pukul 5 petang dah. Bukan 5 pagi. Tak baik tau tidur lepas waktu asar. Nanti boleh jadi gila kalau melarat-larat sampai waktu maghrib. Jangan cuba mencabar kenyataan ni. Ustaz saya pernah cerita ada sorang manusia ni dia tak percaya. Lepas tu dia tidur tiap petang sampai entah berapa lama. Lepas tu dia jumpa balik orang yang bagi nasihat kat dia. Dia cakap, "Tengok, aku tak gila pun." Lebih kurang macam tu la ayat dia. Saya tak ingat. Habis semua orang dia cakap macam tu. Jumpa sorang dia cakap, "Tengok, aku tak gila pun". Jumpa orang lain lagi, dia cakap ayat yang sama. berulang-ulang setiap kali dia jumpa orang lain. Akhirnya, dengan macam tu je orang nampak dia dah jadi gila.
Kalau tidur waktu-waktu dekat maghrib memang bila bangun akan pening kepala. saya cakap, eh taip sebab saya pernah tidur waktu-waktu macam tu. Penat sangat, tertidur jugak. Bila bangun memang rasa TAK BEST. Dah mandi pun kepala goyang-goyang lagi.
Hello, apa kaitan dengan tajuk ni? Dari hujan dah meleret sampai kisah tidur-tiduran ni.
Hokeyy... hokeyyyyyyy......
(LINK)
Kita nak didik seseorang kena bermula dari peringkat awal kan? Nak didik orang, kena lah didik yang baik-baik. Mana ada orang nak didik yang jahat-jahat. Eh, ada jugak. Saya tak nafikan. Sungguh tiada berguna orang itu mengajar kejahatan. Huhuu... elok-elok orang tu baik, dia ajar menipu, dia ajar mencuri. Jangan ajar budak-budak berbohong, nanti lama-lama dia mencuri.
Siakap senohong gelama ikan duri,Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Haa...... kan...
Pernah dengar peribahasa "Belakang parang kalau diasah lagikan tajam" ? Jangan tipu, mesti pernah dengar punya. Kalau tak pernah dengar, mesti masa sekolah dulu, Cikgu BM ajar peribahasa ni korang sembang dengan kawan sebelah. Tak pun tengah tulis surat monkeylove. Huhu...
Untuk menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu bukan boleh setakat petik jari boleh ingat semua rumus-rumus Matematik Tambahan, bukan boleh automatik pandai buat arca, bukan tiba-tiba boleh pandai mengarang novel. Bakat itu satu kelebihan. Selebihnya usaha sendiri. Semua tu boleh dipupuk dan dipelajari.
Begitu juga bila kita nak mendidik manusia. Melentur buluh biar dari rebungnya. Nak didik seseorang menjadi manusia yang berguna perlu menggunakan cara yang betul. Bagi contoh yang betul, Bagi ilmu dan motivasi secukupnya. Kalau tersalah didik, rosaklah masa depan seseorang. Kat sini lah yang saya maksudkan "jangan tersalah mengasah parang". Parang, kalau asah dengan betul memang akan jadi tajam. Tapi kalau salah cara asah? Mungkin parang tu akan jadi makin tumpul kalau yang diasah bahagian tajamnya. Lepas tu, cara asah pulak macam korang nak hiris daging.
Macam mana cara asah parang macam nak hiris daging? Cara dia macam korang nak hiris batu asah tu lah. Hehe... ada ke orang nak hiris batu asah. Kalau buat macam tu, bukan ke lama-lama parang yang tajam tu jadi tumpul. Jadi, ingat ye semua termasuklah tukang taip ni. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, tapi jangan tersalah mengasah parang, ok ^_^.
p/s : Banyak pulak selit kiasan-kiasan kali ni. Huhu...
23 menconteng:
Nice...
Belakang parang kalau di asahh...
eh, ada ke peribahasa ni?? hee.. tapi entrie ni best!
Thumb up!
asah tajam2 okeyh... jgn sampai senjata makan tuan sudah... huhu
wah..berpantun dia,,,=]
wah..berpantun dia,,,=]
yup tol tuh...sbb buluh bile da tue, da xley lentur..huhu..keras jerk..klu mnusia, keras kepale ler...huhu ^_^
I'm glad that you're really glad for her! ^_^ Y (http://sitimaisarahzulhaimi.blogspot.com/2011/11/congrats-taylor-swift-for-winning.html?showComment=1321949214426#c262610840971332050)
tibe2 rasa ngilu. grr
takut tgk pisau tu.... ***sgt2 setuju dgn entri ni :)
tido waktu malam sudaa.. secara normal, org dewasa perlukan 5 jam sahaja untk tido dengn secukopnya
@Cik Sara
huhuu... ade peribahasa tu. time kasih sara ^_^
@Lady Shana Sweet
okeh! hehe... insyaAllah... harap2 senjata x teringin nak makan tuannye.
@ciK LyndaWawa
hahaa... tiba2 rasa nak berpantun
@Mira Adzlia
hahaaa... betul jugak kan. kalau dh besar makin keras kepala.
@Siti Maisarah Zulhaimi
hehee... suka sangat dengan taylow swift ^_^
@| cik azeya |
hehee.. kalau bayangkan prang tu tengah diasah, memang mau jadi ngilu
@Nurul ain
heheh... jgn risau, pisau tu dlm gambar je. time kasih ain ^_^
@budak penjara
huhuu... betul tu. kalau terlebih tido pun x elok, kurang tido pun x elok jugak
tlong asah bakat sy..blh tak girl??hehe
dh like,.comel gila,nak cubit bolh??ckit pun tkpe.hehee
haaa. ni best!
kite nak potong ikan/sayur etc.
kena la parang/pisau tajam kan.
of kosss la xkan nk tggu tumpul bru nk asah.
hehe. merepek sudaaa saye. =.="
dah lama tak guna peribahasa seperti ini
@Woofer Storm
bakat apa tu? menyanyi? boleh2... nnt sy jd pengkritik. heheh
time kasih achie tlg vote. hehe
@syufaa
hahaa... betul betul. nak potong sayur gune pisau tumpul entah bile la nak siap. nnt kupas bawang merah bukan nangis sebab pedih mata dgn bawang. tp nangis sebab pisau x lut. huhu
@MamaEma
hehe... sy pun entah kenapa ternampak parang kt umah atuk ni teringat peribahasa tu.
Post a Comment