Support Me Here ^_^

Wednesday, December 07, 2011

Jom Masak Cendawan ^_^



Hai semua ^_^ . Lama rasanya tak post pasal makanan dan masak-masak kat blog ni. I LOVE food, I LOVE to eat, I LOVE modern food, I LOVE masakan kampung. Tapi saya lagi suka masakan kampung sebab terasa macam ada feel bila makanan tu masuk ke dalam mulut. Emmm...... yummy!!

Korang tau apa nikmat hidup di kampung? Sangat best sebab banyak bahan masakan boleh dapat di sekeliling rumah. Tapi tengok jugaklah kawasan rumah tu macam mana. Kalau ada, ada la. Kalau tak ada, tak ada jugak. Korang nak santan, kelapa ada. Korang nak cili api, tepi rumah ada. Korang nak daun pandan, ambil je. 

Tapi, yang saya nak cerita dalam entry ni adalah tentang CENDAWAN! Siapa suka cendawan? Tau, ada yang tak suka. Tapi saya suka ^_^. Lagi-lagi kalau cendawan tu dapat free je dari kebun kat belakang rumah. Nenek saya kata, baaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat cendawan tumbuh kat kebun belakang rumah tu. Melata-lata. Melata tau, bukan melatah. Hehee... Tapi saya tak dapat tengok tempat tu. Tau-tau je, nenek saya dengan adik dan adik-adik sedara yang lain dah bawak balik cendawan sebesen! Sebesen saiz besar tau, bukan bekas saiz sebesar kek 1 KG.

Tengok ni, tengok ni.......



Actually, saya dah share gambar ni dalam entry Wordless Wednesday #13. Entry ni kira sambungan la. Hehe... Nampak kotor kan. Dengan tanah-tanah camtu. Heeeyyyy..... ni benda best tau. Sedap sangat! Do not judge just by the way you look at the appearance. Cuci dulu, bersihkan dulu, buang tanah tu semua.

Dah cuci............................... jadilah macam ni ^_^.


Haaa...... dah bersih kan? Haisshhhh.... tengah taip entry ni jadi lapar balik dah tau tak. Huhuu.... macam-macam boleh masak cendaan ni. Korang nak buat sup ke, nak tumis ke, nak goreng dengan tepung ke, semua boleh. Tak ada masalah langsung. Ada orang cakap buat gulap pun sedap. Sedap ke? Tak pernah try pun. Siang tadi cendawan ni saya masak tumis je. Tapi cendawan masak tumis is my favourite! Senang dan super simple je. Tak susah langsung. Budak sekolah rendah pun boleh buat.

Apa bahan-bahannya?

Cendawan (ikut suka korang lah banyak mana)
Udang kering
Cili api (kalau nak pedas, letak lebih)
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Semua bahan-bahan tu kecuali cendawan korang tumbuk. Bawang merah, bawang putih dengan halia tu kalau nak mayang halus pun boleh. Tapi saya lagi suka tumbuk, barulah rasa dia betul-betul sebati ^_^. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau, masukkan air dan cendawan. Kalau nak kuah lebih, masukkan air lebih sikit pun tak apa. 

Masukkan garam, gula dan penambah perisa secukup rasa. Tak nak guna penambah perisa pun tak apa sebab ada yang tak guna benda tu pun kan. Tapi kalau saya, memang guna. Masak cendawan sampai layu sikit. Jangan layu sangat. Kalau layu sangat, nanti tak sedap. Rasa dulu kuah dia sikit. Pandai-pandai la adjust, kalau terkurang terlebih kat mana-mana. Ok, DAH SIAP! Boleh makan dah. Hehee...


Itulah hasilnya. Hehee.... Ok la, tak la cantik sangat. Nampak plain je sebab tak ada warna warni kan. Korang boleh la tambah sayur-sayur lain kalau nak nampak colourfull lagi. Letak lobak ke, lada beggala tiga colour ke. Campurlah apa-apa pun, sedap jugak. Tapi tadi saya tak ingat semua tu dah, nampak cendawan je. Huhuu... Tapi yang pasti, dia punya rasa tak se'plain' macam apa yang korang nampak. Nak try? Silalah. Selamat mencuba ^_^.


p/s : Hari ni dah balik rumah ayah. Nasib baik nenek bagi bekal cendawan satu plastik. Nanti boleh buat lagi ^_^.

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^



p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.



Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

15 menconteng:

::khrnmzln:: said...

saya sangat suka cendawan.superlike.saya tak thu pulak mushroom asal dia macam tu.maksud saya ada btg pnjg2 tu.bese beli kat kedai je .bestla ada byk cendewan belakang rumah.hehe :)

DanieL AdiE said...

nampak sedap..

Tapi, mane nak cari cendawan itu..uhuhu

Mohd Rozaiman said...

...waa best,cendawan butang tu,cendawan oyster(ada kat pasaraya besar) kalau di goreng rangup,yummy yummy....

k.h.a.l.i.l.a said...

@::khrnmzln::
kalau cendawan jenis ni, mmg camni la die. tp yg panjang2 tu akar die sampai dalam tanah. tp sy x la amek semua, potong jugak, buang akar die ^_^. slalu beli kedai jugak. tp kali ni byk plak tumbuh kat kebun atuk. huhuu

k.h.a.l.i.l.a said...

you should try this. best! hehe... guna ikan bilis x best sgt, tp kalau guna udang kering mmg best. kalau cendawan ni, kat kebun la. huhu... adie guna cendawan jual kat kedai pun xpe ^_^

aReLaN said...

ske mkn cendawan goreng n cendawan butang yg dlm lontong tu je.hahaha

Woofer Storm said...

tak reti makan cendawan ni..hhee

k.h.a.l.i.l.a said...

@aReLaN
hehee... try la yg ni kalau jumpa. sedap jugak taw ;)

k.h.a.l.i.l.a said...

@Woofer Storm
achie x penah try ke? kalau jumpa, try la. best kalau betul cara masaknye. tapi cendawan ni sbenarnya susah nk jumpe. ;)

cik ika said...

yummy !

k.h.a.l.i.l.a said...

@cik ika
sedap ^_^

CekbOlat-bOlat said...

cdapnyeee ! naknak ckit -_-"
pebret cekbolat cendawan msak gini lah =D

k.h.a.l.i.l.a said...

@CekbOlat-bOlat
waaa yeke cekbolat?? kite genglah! hehe... best sangat masak cmni. pedas2 lagi sedap ^_^

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

ca suka cendawan goreng tepung+rempah..aduh2..sedapnyer! nyum2~

khalila said...

@♥CiK DuYuNG [Ca]♥
haaaa.... yg tu pun sedap jugak!! hehe ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...