Actually, saya dah share gambar ni dalam entry Wordless Wednesday #13. Entry ni kira sambungan la. Hehe... Nampak kotor kan. Dengan tanah-tanah camtu. Heeeyyyy..... ni benda best tau. Sedap sangat! Do not judge just by the way you look at the appearance. Cuci dulu, bersihkan dulu, buang tanah tu semua.
Dah cuci............................... jadilah macam ni ^_^.
Haaa...... dah bersih kan? Haisshhhh.... tengah taip entry ni jadi lapar balik dah tau tak. Huhuu.... macam-macam boleh masak cendaan ni. Korang nak buat sup ke, nak tumis ke, nak goreng dengan tepung ke, semua boleh. Tak ada masalah langsung. Ada orang cakap buat gulap pun sedap. Sedap ke? Tak pernah try pun. Siang tadi cendawan ni saya masak tumis je. Tapi cendawan masak tumis is my favourite! Senang dan super simple je. Tak susah langsung. Budak sekolah rendah pun boleh buat.
Apa bahan-bahannya?
Cendawan (ikut suka korang lah banyak mana)
Udang kering
Cili api (kalau nak pedas, letak lebih)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Semua bahan-bahan tu kecuali cendawan korang tumbuk. Bawang merah, bawang putih dengan halia tu kalau nak mayang halus pun boleh. Tapi saya lagi suka tumbuk, barulah rasa dia betul-betul sebati ^_^. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau, masukkan air dan cendawan. Kalau nak kuah lebih, masukkan air lebih sikit pun tak apa.
Masukkan garam, gula dan penambah perisa secukup rasa. Tak nak guna penambah perisa pun tak apa sebab ada yang tak guna benda tu pun kan. Tapi kalau saya, memang guna. Masak cendawan sampai layu sikit. Jangan layu sangat. Kalau layu sangat, nanti tak sedap. Rasa dulu kuah dia sikit. Pandai-pandai la adjust, kalau terkurang terlebih kat mana-mana. Ok, DAH SIAP! Boleh makan dah. Hehee...
Itulah hasilnya. Hehee.... Ok la, tak la cantik sangat. Nampak plain je sebab tak ada warna warni kan. Korang boleh la tambah sayur-sayur lain kalau nak nampak colourfull lagi. Letak lobak ke, lada beggala tiga colour ke. Campurlah apa-apa pun, sedap jugak. Tapi tadi saya tak ingat semua tu dah, nampak cendawan je. Huhuu... Tapi yang pasti, dia punya rasa tak se'plain' macam apa yang korang nampak. Nak try? Silalah. Selamat mencuba ^_^.
p/s : Hari ni dah balik rumah ayah. Nasib baik nenek bagi bekal cendawan satu plastik. Nanti boleh buat lagi ^_^.
p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^
Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^
15 menconteng:
saya sangat suka cendawan.superlike.saya tak thu pulak mushroom asal dia macam tu.maksud saya ada btg pnjg2 tu.bese beli kat kedai je .bestla ada byk cendewan belakang rumah.hehe :)
nampak sedap..
Tapi, mane nak cari cendawan itu..uhuhu
...waa best,cendawan butang tu,cendawan oyster(ada kat pasaraya besar) kalau di goreng rangup,yummy yummy....
@::khrnmzln::
kalau cendawan jenis ni, mmg camni la die. tp yg panjang2 tu akar die sampai dalam tanah. tp sy x la amek semua, potong jugak, buang akar die ^_^. slalu beli kedai jugak. tp kali ni byk plak tumbuh kat kebun atuk. huhuu
you should try this. best! hehe... guna ikan bilis x best sgt, tp kalau guna udang kering mmg best. kalau cendawan ni, kat kebun la. huhu... adie guna cendawan jual kat kedai pun xpe ^_^
ske mkn cendawan goreng n cendawan butang yg dlm lontong tu je.hahaha
tak reti makan cendawan ni..hhee
@aReLaN
hehee... try la yg ni kalau jumpa. sedap jugak taw ;)
@Woofer Storm
achie x penah try ke? kalau jumpa, try la. best kalau betul cara masaknye. tapi cendawan ni sbenarnya susah nk jumpe. ;)
yummy !
@cik ika
sedap ^_^
cdapnyeee ! naknak ckit -_-"
pebret cekbolat cendawan msak gini lah =D
@CekbOlat-bOlat
waaa yeke cekbolat?? kite genglah! hehe... best sangat masak cmni. pedas2 lagi sedap ^_^
ca suka cendawan goreng tepung+rempah..aduh2..sedapnyer! nyum2~
@♥CiK DuYuNG [Ca]♥
haaaa.... yg tu pun sedap jugak!! hehe ^_^
Post a Comment