Kunci Pintu Hati Dah Rosak Ke?
Hai semua ^_^. Pernah tak terkunci dalam bilik? Nak bukak pintu tak boleh. Dah mintak jiran sebelah tolong bukak pun pintu degil, taknak terbukak. Pintu merajuk ke? Time macam ni nak tak nak, kene panggil orang tolong pecahkan tombol pintu. Kalau tak, entah sampai bila terkurung dalam bilik.
Itu tombol pintu rumah atau bilik. Kalau rosak, tak boleh bukak, boleh pecahkan. Tapi kalau pintu hati? Degil sangat taknak terbukak, nak pecahkan macam mana? Boleh! Kena tembus kulit dulu, kene putuskan salur-salur darah dulu, baru boleh pecahkan pintu hati. Lepas tu, kena tangkap atas tuduhan membunuh, tak pun tuduhan mencederakan orang. Ohh... ini dah over. Huhu
Ok, fine... serius. Pintu hati terkunci sebab apa? Ok lah, maybe entry ni ada kaitan lovelove sikit. Uii... kekok nak taip pasal lovelove. Saya kecikkan skop entry saya ni pasal cinta sesama manusia. Jangan sesekali korang kunci pintu hati tentang cinta terhadap Allah pulak. Lain jadinya nanti. Cinta kepada Allah sentiasa terbuka pintu hati.
Pintu hati yang terkunci dalam erti kata lain, tak boleh nak terima cinta baru. Kenapa? Banyak sebab bergantunglah kepada individu tu kan. Pengalaman dan perjalanan setiap individu berbeza-beza. Mungkin disebabkan pengalaman cinta monyet atau cinta remaja atau cinta dewasa yang lepas dan mengecewakan. Tak pasal-pasal jadi fobia dengan cinta. Sebab lain, mungkin kerana dalam hatinya dah ada seseorang yang diangan-angankan. Ruang dalam hatinya tu cuma ada lelaki atau wanita tu sorang je. Sampai tak nampak dah orang lain. Bila ada orang lain nak datang dekat pun, cuba nak bukak pintu hati yang terkunci, pintu hati tu tetap tak nak terbuka. Tak nak orang lain ganti tempat seseorang yang dah ada dalam hati tu.
Kalau cinta tu berbalas, tak jadi masalah kan. Kita bunga, dialah kumbangnya. Kita rindu, dia pun rindu sama. Kite terkenang dia, dia pun teringatkan kita. TAPI..... kalau cinta tu tak berbalas? Bertepuk sebelah tangan. Kita bagi cinta, dia balas duka. Macam baling boomerang, datang balik kat kita. Cinta tu tak sampai. Kita bunga, dia racun rumput (racun rumput boleh matikan pokok bunga tak? huhu... suke hati je). Kita rindu, dia rindu orang lain. Kita terkenang dia, dia tak ingat pun kita.
Terasa macam sedih kan? Lagi-lagi kalau cinta tu kita sorang yang rasa. Dia tak ada apa-apa pun. Cinta dalam diam sorang-sorang sangat sakit. Betul ke? Mungkin betul. Huhuu... Lagi sakit kalau kita cuba nak lupakan dia, tapi memori pasal dia dah berakar umbi dalam hati dan fikiran kita. Apa nak buat masa tu? Cuba buka peluang untuk orang lain. Tapi, tak mampu. Sebab pintu hati dah terkunci dan tak boleh terbuka dah.
Mungkin berdiam diri adalah yang terbaik. Mungkin juga tak. Kenapa nak berdiam diri? Kalau tak cakap, mana nak tau. Tak pasal-pasal menyesal sendiri. Tapi mungkin ada alasannya. Tak cukup kekuatan, atau mungkin sebab tak nak jejaskan persahabatan.
Apa-apa pun, jodoh dan pertemuan tu semua Allah yang tentukan. Percayalah pada janji Allah. Kalau nak yang baik, diri sendiri perlu jadi baik dulu. Takut jadi anak dara tua? Bujang terlajak? Memang sedih, tapi kena bersedia apa pun kemungkinan, ajar hati untuk redha. Kalau bukan kat dunia, mungkin kat akhirat nanti.
Pintu hati yang dah terkunci, tak boleh terbuka tu macam mana nak buat? Kalau dah memang orang yang duduk dalam hati kita tu bukan kita punya, belajarlah untuk melepaskan orang tu pergi. Kalau paksa jugak dia duduk dalam hati tu, jiwa sendiri jugak yang sakit kan. Apa-apa pun, cinta kepada Allah lebih utama. Jangan kita cinta kepada manusia melebihi cinta kita kepada Allah. Peringatan untuk diri saya yang lemah ni jugak. ^_^
p/s : Ingat nak taip pendek je. Panjang jugak jadinye. Huhu..
IKLAN
Ada peluang nak menang BlackBerry dengan U Mobile !Lenguh bila duduk depan laptop? Jom try Tiger Balm.
6 menconteng:
menarik lah akak!.hehehe..
@Ridha Rahimi
hehee... terima kasih ridha ^_^. ayah2 yg terkeluar dari hati dan fikiran je ni. huhu
Lagi-lagi kalau cinta tu kita sorang yang rasa. Dia tak ada apa-apa pun. Cinta dalam diam sorang-sorang sangat sakit. Betul ke?
<---dulu suka dlm diam. kalau jeles, mkn ati sorang2. wlupun x tau die kt mana skang,at least, smpai skang pun x dpt nak suka orang lain. best gak. tak la mkn ati lagi...
err .. kalau alia pulak , bukan terus tutup , tapi belum bersedia , mcm khalila ckp tadi , pengalaman lalu ;)
@RinsyaRyc
betul tu rin. macam dah tak nampak org lain. wlaupun org lain tu hensem gile. huhuu... xpe lah rin. doakan die selamat dunia akhirat, diberkati hidupnya ^_^
@AliaJustea
huhuu... yeke? maknanya Allah tengah jaga hati Alia la tu. Biar bile Alia dah sedia nnt, org yg Alia jumpa tu memang jodoh Alia ^_^. pengalaman memang byk bagi kesan kat diri kite. Bezanyam kesan tu nagatif atau positif je. ^_^
Post a Comment