Support Me Here ^_^

Friday, October 28, 2011

Baby Baru - Welcome To The World ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Hye semua! Sihat-sihat je la hendaknye ye. Sekarang ni selalu hujan. Nanti demam pulak kalau asyik kene hujan. Payung jangan lupa. Eh, apa kaitannye ni? Takde kaitan pun. Huhu..

Ok, cakap (taip) pasal baby, baby ni, bila pula saya kawen? Bila pulak nikahnye? Bila pulak pregnantnye?? Baby orang lain? Oh.... tak, tak. Baby saya la of course. Baby angkat?

Tak payah la main teka-teki, nanti kene ketuk pulak. Huhu... Ni pun cerita dah lepas jugak. Semester ni saya ade kursus Penulisan Kreatif. Kursus ni cuma ada kat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) saje. Satu-satunya IPG antara 27 IPG seluruh Malaysia yang ada kursus ni. Tugasan Kerja Kursus untuk kursus ni sangat best bagi saya, tapi sangat menyakitkan bila tak ada modal idea. Kat bawah ni senarai perkara yang perlu saya buat untuk melengkapkan tugasan tu.

1 novel (100-110 m/s A4)
3 cerpen (8-12 m/s A4)
3 sajak (1-2 m/s A4)
1 syair (10 rangkap)
1 pantun (10 rangkap)

Dalam masa lebih kurag 3 bulan kene siapkan SEMUA tu! Haishh..... mana nak korek idea. Nak setelkan mana satu, nak mula mana dulu? Pening, pening. Otak dah kering perah idea, mula la merapu-rapu mengarang. Tapi bila dah ada idea, dah pening pulak nak buat penutup dia macam mana. Nak buat watak tu mati ke, nak buat happy ending ke atau nak buat tergantung ke. Tapi alhamdulillah, akhirnya siap jugak. Novel paling last skali saya buat. Nak karang cerita panjang-panjang macam tu bukan senang kan. Huhu...

Bila dah siap semua lima jenis penulisan tu, kene tukar dalam saiz A5, check kesalahan ejaan & tatabahasa, bukukan, buat brosur, buat cover novel depan blakang, dan last skali simpan semua softcopy dalam CD. Letih, tapi berbaloi. ^_^


Ni la die hasilnye cover novel depan dan belakang. Nampak kan tajuk dia Telekung Bersulam Biru. Mula-mula cerita ni nak buat jadi cerpen, tapi dah jadi novel pulak. Huhu. Novel ni rangkuman atau himpunan karya kreatif dari saya. Tajuk-tajuk lain yang ada dalam novel ni saya senaraikan kat bawah.

Novel
Telekung Bersulam Biru

Cerpen
Sufiya
Doa Syurga
Senyum Seorang Tua

Sajak
Pasung Memori
Pelita Itu Kian Malap
Lena di Sandaran Empuk

Syair
Syair Kasih

Pantun
Pantun Kanda Adinda


Brosur yang saya buat untuk tugasan ni dan Pameran Penulisan Kreatif. Pameran Penulisan Kreatif ? Yaaa.... saya dan kawan-kawan dari lima buah kelas yang ambil kursus ni perlu buat pameran pulak. Dah lepas dah. Tapi saya cerita dalam entry lain ok ^_^. Eh, kat brosur tu ada sinopsis sket pasal novel dan cerpen. Kalau dapat baca, silalah baca. Huhu... cerita-cerita yang saya tulis taklah sebagus mana. Banyak lagi kene perbaiki, banyak lagi kelemahannya. Sampai sini saja. ^_^

4 menconteng:

Faaein Talip Roy said...

kat mana boleh dapat novel ni? nak beli.. nak beli.. hehehe.. teringin nak menulis novel..

k.h.a.l.i.l.a said...

@Faaein Talip Roy
huhuu... limited edition. xde kat kedai la. eh, buat la novel. nnt boleh sy bace ;)

Faaein Talip Roy said...

dalam proses.. entah menjadi entahkan tidak.. tapi suka2 aje lah.. ^^,

k.h.a.l.i.l.a said...

@Faaein Talip Roy
hehee... insyaAllah menjadi lah. u are talented ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...