Support Me Here ^_^

Saturday, July 09, 2011

Gara-gara BERSIH, Plan Bertukar...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. Tajuk ada BERSIH?? Bukan nak cerita pasal BERSIH. Tapi apa yang berlaku semalam ada la juga kaitan dengan BERSIH. Huhuu... Bukan apa, awal-awal lagi dah plan nak pegi Times Square hari Sabtu (9 Julai 2011). Ye la, hari cuti kan. Kalau nak pegi weekday, ade kelas pulak. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii.............. bila dapat tau macam-macam sekatan untuk ke kawasan sana pada hari Sabtu tu (hari ni la 9 Julai), dah frust dah sikit. Memang la boleh pegi hari lain, next week ke kan. Tapi, kalau benda dah plan tiba-tiba terpaksa cancel, ade la sikit-sikit keciwa. Eceh.... 

Tapi, apa yang berlaku ialah............

Semalam, member saya Cik Izzati nak balik kampung halaman die (Cik Izzati pun terlibat sama dengan plan tersebut). Tiket bas die malam. Jadi, petang semalam kami pegi Times Square dulu sebelum die balik. Dapat la jugak mengubati kekecewaan. Nak ronda satu Times Square tu boleh kurus betis tau. Hahaa... Kadang-kadang 4 jam berlalu pun tak sedar. Jalan sana, jalan sini. Singgah sana, singgah sini. Duit pun macam air. Laju je mengalir, bertukar tuan. Jadi sesiapa yang datang ke sini, kene la beringat-ingat sikit. Tak salah membeli, tapi biarlah benda yang dibeli tu berbaloi atau dah 8 tahun mengidam, beli la. Jangan sampai lupa diri. Nanti duit dalam akaun dah tinggal RM 0.00 baru nak tersedar. Masa tu baru la nak tersedak, terbatuk, terpengsan, terpitam. Haaaaaaaa....... sempuuuutttt....!

Sesiape yang ada hobi mencuci mata atau window shopping, this is one of the place you should go! Macam-macam ada. Fesyen Korea? Heh, belambak-lambak! Cuma tak jual lambak je. Haha... You can get a lot of thing under one roof. Tapi kene tahan nafsu membeli la. Tu pun salah satu dari jenis-jenis virus jugak tu. Ade orang, sekadar window shopping pun die dah puas. Terapi katanye. Tak dapat dinafikan, saya pun kadang-kadang macam tu. Tengah tension, jalan-jalan window shopping je, boleh melegakan. Hehe... TIPS! Saya penah dengar dari kawan saya macam mana cara nak pergi shopping, dalam masa yang sama tak mengabihkan duit simpanan, boleh berjimat. Macam mana caranya? Pastikan hanya bawa RM50 dalam wallet dan jangan bawa kad bank. Bawa la duit sikit kan, nanti nak makan ke, duit tambang ke. Haaa.... praktikal tak tips tu. Hehee... Hati kene tabah. Nanti takde la isu hutang-piutang dengan kawan-kawan. Tapi bahaya jugak kan. Mana la tau kalau ada kecemasan ke perlukan duit. Kad bank takde pulak. Takpe lah, apa-apa pun, kene pandai jaga diri ok.

Lepas solat maghrib kat surau Times Square, kami pergi cari antivirus untuk melegakan virus kelaparan. Fikir punye fikir, pilih punye pilih, akhirnya kami pilih restoran yang menyediakan hidangan makanan seperti gambar di bawah. 


Haaa... dapat teka tak kat mana saya makan? Tahu? Tak dapat teka? Ha, saya makan di The Chicken Rice Shop. Saya pilih tempat ni sebab dah lama tak makan kt TCRS ni. Masing-masing lapar, so cari tempat yang ada jual nasi. Lain? Saya suka makan di TCRS sebab hidangan die penuh satu meja! Hehe... Tapi yang ni tak la sampai satu meja penuh. Cuma makan ruang 3/4 meja je. Hampir satu meja la kan. Untuk makan malam, saya pilih Hainanese Chicken Rice Meal (1 pax) berharga RM14.99. Dalam set hidangan untuk seorang ni ada nasi, ayam (boleh pilih roasted ke, stim ke), sup, sayur tauge, Nyonya Pai Tee, soft drink (boleh pilih) dan semangkuk pencuci mulut (yang hijau dalam gambar tu). Kalau nak tengok menu-menu yang ada kat TCRS, boleh klik SINI.


Tau tak kenapa gambar jadi macam tu? Sebab aura kelaparan dah capai tahap maksimum. Muka sangat bahagia bile makanan dah terhidang depan mata. Hehe..


Hah??! TCRS blaxout tibe-tibe. Semua jadi glow in the dark!. Huhuu... gurau. Statement rekaan. Tapi kalau ada restoran macam ni (glow in the dark) teringin gak rasanye nak pegi. Err... ade ke?


Sekarang kita fokus kat makanan ok. Tangan+mata+mulut dah target nak makan yang mana dulu. Semuanya sedap. Sayur tauge pun sedap. Tak tau la macam mana saya boleh makan tauge dengan banyak semalam. Biasanya saya tak makan sangat tauge. Kurang minat. Tapi, semalam sedap pulak saya makan. Sambal cili die pun sedap. Cuma kalau bagi lagi banyak kan lagi best. Huhu... Saya pilih roasted chicken. Sedap, lembut je. Memang puas hati la makan semalam. Air? Saya order 7Up. Biasa saya selalu cerita saya order Ice Lemon Tea bila makan kat luar. Tapi kat TCRS ni takde pulak pilihan lain selain soft drink tertentu. Takpe lah, janji dapat minum. Hehe.... Berkira sangat pun tak boleh kan. Selesai mengisi perut, kami jalan-jalan kejap, kemudian beli tiket teksi, balik.

Tambahan : Sepanjang di Times Square, dengar desas-desus sekatan jalan la, semua train tutup la. Bila hari ni, tengok gambar-gambar sekitar perhimpunan BERSIH 2.0, tak terlintas di fikiran saya sebegitu sekali perhimpunan tersebut. Tempat-tempat yang selalu saya lalu, selalu saya pegi. Harap tiada perkara buruk yang berlaku. Yang penting, esok ada MISI menunaikan hajat! Tak sabar nak jalankan MISI tu. Hehee...

1 menconteng:

Asrul "iLham" Sany said...

masa 'bersih' saya dalam perjalanan pulang dari kelantan ke KL...

;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...