Support Me Here ^_^

Sunday, July 17, 2011

Bukit Broga Ada Tapak Kasut Kami

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua ^_^. Korang pernah tak ada impian atau hajat nak pergi ke suatu tempat? Saya ada, kawan-kawan saya pun same. Hajat apa? Nak meminang Putera Bukit Broga... ehhh! Tak, tak. Salah satu hajat kami adalah nak pegi daki Bukit Broga. Ye la, orang sibuk kecoh-kecoh view kat sana cantik kan. Jadi, saya & kawan-kawan yang bukan kaki daki gunung ni teringin la jugak nak pegi. Hajat ni dah dari tahun lepas. Tapi baru sekarang dapat pegi sana. Jom tengok gambar-gambar kami kat sana. Tapi jangan marah la, memang banyak sesangat gambar nak share ni. Hehe...


Dari kiri, Amy, saya & Fatehah. Kami bertolak lebih kurang pukul 5.30 pagi. Plan nak bertolak pukul 5, tapi... terlewat pulak. Hehe... Nak tengok matahari terbit, kene la pegi awal-awal. Hostel kami bukan kat kaki bukit. Perjalanan pun ambil masa lebih kurang 45 minit (kalau tak sesat la). Tapi disebabkan kami tersalah jalan, jadinye lambat la sikit sampai. Memang tak sempat dah la nak tengok matahari terbit. Tapi rasanya memang takkan dapat nak tengok jelas pun sebab kabus+jerebu kuat sangat.


Ni separuh perjalanan. Maknanya kami dah masuk kebun kelapa sawit, hutan belantara sebelum sampai sini. Hehee... Lereng bukit kat belakang kami tu memang curam. Tu pasal berenti kejap ambik nafas. Mase panjat lereng bukit tu, jangan le pandang belakang kalau gayat. Saya yang tak berapa nak gayat ni pun jadi gayat. Huhuu... Rasa nak tergolek ke belakang pun ade. Tapi, kalau orang tua pun boleh panjat, ape lagi kami-kami yang baru awal 20-an ni kan.


Nampak tak, nampak tak??? Ade budak kecik kat situ. Diorang pun berani panjat bukit ni. Takkan la kite-kite yang besar ni tak berani. Bila dah sampai puncak yang pertama, memang lega. Tapi............................ memang rasa taknak turun dah! Nak bertapa je kat puncak tu lama-lama. kalau boleh nak panggil helikopter datang ambik kami. Seram o0ooo0o!! Kalau turun tu, rasa nak golek-golek terus sampai kat kereta.



View dari puncak pertama Bukit Broga. Tapi, jerebu tebal la. Kalau tak, mesti cantik lagi view die.



Kamin nak pegi ke puncak kedua pulak. Masing-masing muka excited. Huhuu...



Amy... macam boleh buat cover depan novel.


Bukti ni bukti. kami kat puncak kedua Bukit Broga. ^_^. Agak-agak sape yang snap pict kami ni? Haaa..... sebenarnye ade sorang lagi yang follow kami pegi sini. Saya kasi die nama Mr. X dah la ye. Die mintak rahsiakan identiti die atas sebab-sebab tertentu. Jadi, saya menurut perintah je la.


Memerangkap matahari di balik lindungan awan+jerebu.


Kat sana tu puncak ketiga Bukit Broga. Jom pegi sana pulak!
Semangat! Semangat! Eh... ade orang dating pulak kat situ.


Ohhh..... ini bukan Mr. X. Mr. X rambut pendek. Ehh.... bukan kami je taw yang snap picture kat sini.


Kemon Teh! Kemon Teh! Sikit lagi nak sampai sana.


Besar sesangat batu ni. Nak buat dinding rmah pun dah boleh dah.


Memang bergambar je la keje kami kan. Mr. X pun layan je la kan. Hehe


Fatehah dah letih dah. Takpe, takpe.... Jurulatih silat kene kuat sikit!
Semangat! Semangat!


Haaa.... dah sampai dah ni. Kalau tak pasal Mr. X dengan Amy, memang saya tak panjat batu ni. Tak berani tengok belakang. Tengok depan pandang kamera je. Haha..


Fatehah pun sempat lagi... "I'm on the top of the world....!!!"









Dah turun dari Bukit Broga baru snap gamba dengan signboard. Nak snap gambar kenangan puncak sebenar-benar puncak Bukit Broga tak dapat. Kat sini pun jadi la kan. Hehee...


Kami nak balik dah. Jaga diri baik-baik ye Broga. Lain kali kami datang lagi.................kut. Bila? Yang tu belum tau lagi. Apa-apa pun, Broga will always be in my memory forever. Walaupun penat, tapi kami hepy. Saya hepy, Amy hepy, Fatehah hepy, Mr. X pun hepy. Yang penting, bekas tapak kasut kami pernah ada di Broga. Hehee....

6 menconteng:

fhatiah sariaat said...

waahhhh... kak lila dah pegi

k.h.a.l.i.l.a said...

@fhatiah sariaat
hehee.... akhirnyeee... jom la kite plak pegi

fhatiah sariaat said...

insyaallah kene cari masa yg sesuai. skang ni pun diserang batuk akibat jerebu... uhuhuuk

.faris. said...

apit x sampai lagi..walaupun dkt ngan tmpt blajo.

k.h.a.l.i.l.a said...

@fhatiah sariaat
huhuuu.... tau xpe. lilah pun same ni ha. dh mule sakit2 tekak ni

k.h.a.l.i.l.a said...

@.faris.
haiyoooo... weekend pegi la. best gak taw. hihii.. ala, kalau naik kul 6, lepak2 kat atas, kul 9 ke, 10 ke dah boleh balik dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...