Support Me Here ^_^

Thursday, July 07, 2011

Kek Batik - Jom Masak Ramai-ramai


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni saya nak share resepi kek batik. Kek batik ni memang favourite saya. Kalau nak beli kat kedai, macam susah je nak jumpe. Kalau ada pun kat bazaar Ramadhan masa puasa. Nak tunggu Ramadhan, belum tiba lagi. Tapi keinginan terhadap kek batik dah meluap-luap. macam nak meletus dah gunung berapi. Huhu. Jadi, jalan singkat ialah buat sendiri la. Tapi, macam mana kalau tak tau cara nak buat kek batik??? Haaa..... ape susah, cari je kat internet. Jangan pulak salah faham dengan statement "cari je kat internet". Bukan bermaksud tiap kali masak cari resepi kat internet. Sesuatu yang baru dan tidak mahir, apa salahnya merujuk dari sumber yang telah sedia ada. Betul tak? Tak tahu, belajar. Dah belajar, baru mahir, kan? Cuti pertengahan tahun yang lepas saya try buat sendiri kek batik. First time! Ingatkan susah, rupanya mudah je. Gambar kat atas tu hasil kek batik saya yang pertama. Alhamdulillah jadi walaupun rupa tak berapa cantik. Hasil kedua, ketiga lebih baik. Rasa? Alhamdulillah.... tak sangka nenek suka. ^_^

Eh eh... banyak cakap pulak. Jom, tengok bahan-bahannya:

Biskut Marrie 
Chocolate bar
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan Serbuk Milo
1 biji telur ayam
1/3 buku mentega

* Resepi di atas adalah untuk saiz hidangan seperti bekas dalam gambar di bawah.


* Biskut Marrie biasanya ada 3 bahagian dalam sebungkus tu. Saya guna hanya 1/3.
* Chocolate bar terpulang la kat korang. Untuk resepi kat atas, anggaran yang saya guna ialah 3/4 cawan chocolate.

Itu saja bahan-bahannya.
Jom baca cara-cara nak masak.
(Maaf, saya takde ambil gambar cara-cara nak masak. Huhuu)

1- Masukkan semua bahan diatas kecuali Biskut Marrie dan telur ayam ke dalam periuk.
2- Nyalakan api dapur.
3- Masak bahan tersebut dengan api yang perlahan.
4- Bahan-bahan tersebut perlulah sentiasa dikacau supaya adunan tak berketul atau hangit.
5- Setelah adunan sebati, masukkan telur ayam.
6- Kacau adunan sehingga adunan pekat sedikit. Tutup api.
7- Patah-patahkan biskut Marrie dan masukkan ke dalam adunan tadi.
8- Gaulkan adunan bersama biskut hingga sebati.
9. Masukkan ke dalam tupperware dan tekan-tekan sedikit (jangan mampat sangat).
10- Lebihan adunan coklat tadi tuangkan di atas biskut tersebut.
11- Biar sejuk sedikit dan simpan di dalam peti ais semalaman.


Tips : Lapik bahagian dalam tupperware dengan plastik untuk mengelakkan kek batik melekat pada dinding tupperware. (sapu mentega pada dinding tupperware supaya plastik melekat dengan kemas).

p/s : Resepi setiap orang mungkin berbeza sedikit. Cubalah yang mana korang suke ^_^. Ade jugak yang tambah badam, sedap katanya. Selamat mencuba ^_^.

7 menconteng:

Asrul "iLham" Sany said...

penulis datang follow n komen blog kamu

;D

Bidadari Syurga said...

yaaaaaaaaaaaaaaa.... akak pernah buat kek nie... ooopssssss adik akak pernah buat kek ni... sedap... nanti akak nak suruh dia buatlah....

p/s: pasal me buat kek fail aja...

Bidadari Syurga said...

yaaaaaaaaaaaaaaa.... akak pernah buat kek nie... ooopssssss adik akak pernah buat kek ni... sedap... nanti akak nak suruh dia buatlah....

p/s: pasal me buat kek fail aja...

k.h.a.l.i.l.a said...

@Asrul "iLham" Sany
time kasih sudi dtg, dtg la lagi ye ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@Bidadari Syurga
heheee... xpe kak, boleh mintak die aja. senang sesangat nak buat kek ni kakkkk.... x tipooo punyeeeee... huhuu

ShazlanShazabi said...

lama dah tak buat kek batik ni..bukan susah pun..sedap memang sedap tp makan banyak boleh muak..ada masa nak buatlah...hikssss

ShazlanShazabi said...

lama dah tak buat kek batik ni..bukan susah pun..sedap memang sedap tp makan banyak boleh muak..ada masa nak buatlah...hikssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...