Support Me Here ^_^

Thursday, July 28, 2011

LIVE - Dato' M. Nasir, Jamal Abdillah dan Awie Rafael @ Puduraya

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Rakyat Malaysia sape yang tak kenal Dato' M. Nasir dengan Jamal Abdillah? Tipu la kalau tak kenal kan. Tapi saya tak pelik kalau ada yang tak kenal. Saya sangat suka lagu diorang berdua terutama Dato' M. Nasir. Ingat saya tak minat ke Dato' M. Nasir. Saya bukan minat Shila sorang je. Huhu... Dato' M. Nasir dengan Jamal Abdillah masing-masing ada aura tersendiri. Kalau tak, takkan la atuk saya boleh minat lagu-lagu diorang kan. 

Kadang-kadang apa yang kita selalu angankan, tak dapat. Apa yang kita tak terfikir langsung pulak yang dapat. Penah tak korang macam tu? Itulah yang saya alami hari ni. Hehe.. Hari ni saya ditemani Fatehah & Shahfiq pegi Puduraya nak tukar tiket bas balik kampung esok. Ni semua gara-gara ada program kat kampus esok. Terpaksa tukar plan. Malas nak tanggung risiko buat "surat cinta". Parking kat Mydin, dari jauh tengok Puduraya macam semacam je. Ramai plak orang bersidai kat sana. Bila datang dekat, nampak ramai orang berkerumun kat dataran bawah tu, nampak la speaker-speaker, gitaris bagai. Siap ade logo TV9. Ingatkan TV9 buat rakaman dengan band indie. Lepas setel hal tiket, kami turun balik kat situ. Tetiba, ehhhh.... M. Nasir laaa...! Then, baru perasan banner kat situ. "Ekspresi Dato' M.Nasir & Jamal Abdillah". Nak snap gambar, segan plak. Disebabkan lapar, kami pegi la makan dulu kat Subway. Bawak Shahfiq ni try Subway. Tengah makan kat Subway, "Nak amek gambar ngan M.Nasir laaaa......" tiba-tiba keinginan nak bergambar dengan beliau memaksa-maksa kaki kami patah balik kat sana. Lepas habis makan, ape lagi, kami pun paksa la kaki kami patah balik kat sana. Hasilnyaaaaa.................. dapat la kami snap beberapa gambar mereka.








Memang teruja dengar diorang nyanyi LIVE. Siap berdiri depan speaker! ^_^ Nasib baik gegendang telinga tak pecah. Ape pulak cerita Awie Rafael? Mungkin dia artis jemputan untuk rancangan ni. Mungkin ada yang belum kenal Awie Rafael. Dia la yang nyanyi lagu Pulanglah. Serious..... saya tak kenal Awie Rafael. Saya cuma kenal nama dan tau sikit-sikit lagu die. Tadi first time kenal muka die. Nasib baik tak tanye kat sorang brader tu "Awak ni Awie Rafael ke?". Hahaa... karang tak pasal-pasal muka menebal 6 inci, sama panjang dengan Sandwich Subway yang kami makan tadi. Lari laju-laju masuk Mydin, beli barang terus balik pulak. Huhuu...

Saya tak pasti bila "Ekspresi Dato' M.Nasir & Jamal Abdillah" ni disiarkan kat TV9. Ade sape-sape tau? Saya tak tengok tv kat hostel ni. Huhuu.... T_T..... Masa rakaman tadi, banyak jugak lagu diorang nyanyi. Siap ade yang request lagu raya lagi tau! Puasa pun belum lagi. Hehee... Ok lah, sesiapa yang minat dengan dua orang seniman yang berbakat besar ni, nantikanlah rancangan ni disiarkan di TV9 ^___^

Ooppss... Nak share jugak kami makan apa tadi ^_^



Tiga-tiga order yang sama "Roasted Chicken" ^_^


p/s : Shahfiq kempunan tak dapat bergambar dengan Jamal Abdillah. Tu laaa... tadi kate tak kisah kalau tak dapat.... huhuu...

2 menconteng:

Bidadari Syurga said...

uwaaaaaaaaaaa... jeles... tapi m nasir akak tak kisah sgt... kalau jamal abdillah.. memang bergegar iman nie... aduh... jelesnya

k.h.a.l.i.l.a said...

@Bidadari Syurga

haha... akak ni same ngan kwn saye shahfiq tu. kalau sy, x kisah sgt x dpt bgmbar ngan jamal abdillah, yg pnting dgn m.nasir dapat. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...