Berakhir ceritera kita
Engkau pergi
Aku pergi
Terpisah di dua haluan
Mengejar ufuk yang berbeza
Suatu ketika
Ku yakin harapan masih ada
Kini hancur
Umpama debu berterbangan
Lenyap dari pandangan
Pergi bersama hembusan bayu
Ku genggam kenangan ini
Tak mahu lepas
Tak mahu dibiar pergi
Umpama menggenggam air
Tak mungkin tergenggam
Harusku lepaskan
Mengalir ke lautan
Biar tersimpan antara tujuh lautan
Tak bisa ku cari
Tak bisa ku temui
Hanya mampu dikenang
Akan ku melangkah di pasir memutih
Pabila memori kian menjengah
Pabila hati ini sayu
Untuk ku kenang kembali
Kisah kita
Tidak pernah aku sesali
Dugaan menduga hati
Redha ku bersama Ilahi
Ku yakin Dia Maha Mengetahui...
9 menconteng:
@teyn teyn
sgt mendalam bagi org2 yang mengerti atau pernah mengalami :)
yer..faham jgk..
whoaaahhh, tentang cinta ehh!
nice one!
@ashraf siddiQi (--,)
faham...? pernah mengalami ke? :)
@Rtp Farra Arisha
iye, tntang cinta. x selalunya indah kan. lebih indah cinta pada Allah :)
penah..cinta x seindah yg dsgka, ibarat gula2 getah
@ashraf siddiQi (--,)
gula getah? mcm mane tu?
kejap je manis nye..
@ashraf siddiQi (--,)
owh.... memang.. lagi2 kalau xde sefahaman & kjujuran.
Post a Comment