Support Me Here ^_^

Wednesday, August 10, 2011

Apa Cerita Golden Churn Butter

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Sabtu lepas saya berbuka puasa di luar. Keluar pun dah petang, hampir maghrib. Jadi saya dengan Zati buat keputusan untuk solat dulu di surau Sogo. Ye la, kalau nk berbuka dulu, confirm la lewat nak solat. Foodcourt pun confirm full dengan orang nak berbuka. Lagi satu, kalau berbuka dulu, nanti masa nak solat maghrib, confirm ramai berebut nak solat. Surau kat Sogo bukan besar mana pun. Jadi, nak elakkan semua tu, kami pergi solat dulu. Sebelum masuk ke surau, singgah kat market (tak tau nak namakan ape -_-") Sogo beli air mineral. Tengah usha-usha kat bahagian butter tu, tiba-tiba saya perasan ade Golden Churn Butter diletak sekali dengan butter-butter yang lain. Mula la tertanya-tanya. Butter ni halal ke tak? Kalau tak halal kenapa diletak sekali dengan makanan halal yang lain? Sekurang-kurangnya labelkan sebagai "Tidak Halal". Satu Malaysia dah tau kisah status Golden Churn Butter yang dikatakan tidak halal disebabkan penemuan DNA babi dalam sampel produk tu. JAIS (Sarawak) dah keluarkan kenyataan. Tapi berbeza pula dengan JAKIM. Daripada apa yang saya baca, sumber sample yang diambil untuk diuji tu berbeza (dikeluarkan oleh pengimport yang berbeza). Ehh, korang paham ke apa yang saya taip ni? Huhuu... Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ni. Korang boleh la klik kat link yang saya bagi kat bawah ni ok.



p/s : Apa-apa pun, orang ramai mungkin akan mula curiga dengan produk ni.

p/s : Ada sesiapa yang tahu tentang hal ni, boleh kongsi dengan saya?

20 menconteng:

Freaky said...

planta la best :D

AliaJustea said...

hurmmm.. better tak payah beli kan?

SoLy SoLicious said...

depa jual yg stok xabis kot..depa mesti mikir untung...so, pngguna islam kene alert la kan..dah tahu haram toksah la beli

Bidadari Syurga said...

kalau takda tanda halal jgn beli. tu cara mereka jual dan kaburkan pembeli. yang mana tak alert logo halal tu memang teraniaya gak ni... nanti akak nak wat check... huuu esok nak shoping....

EpoLღsiKunang2 said...

Banyak makanan yang ragu2 di pasaran. Nak betul2 tak syak, buat sendirilah, kan? hehe ;p

Far8 budak baik said...

tahu takpe..
baik tak payh beli mentega ni
baik beli yg lain..
byk lagi jenama lain kn..
=)

nusrah said...

ad unsur syubhah kat sini sebb kta tak pasti dan was-was sama ada ia halal atau tidak. Rasulullah saw ad pesan dalam satu hadith, kalau ada unsur syubhah( tak pasti halal atau haram / ada pecampuran halal dan haram) wajib tinggalkan. So, better tinggalkan. Byk lagi butter lain yg boleh pakai. Dan harapnya, butter lain tak macam tu, klu tak jenuh la nak cari butter buat kuih. Huhu. Bila teknologi dah makin canggih dan penyelidikan islam dah makin berkembang, pengeluar produk dah tak boleh main tipu2 dah dgn orang Islam. Klu kita renungkan dan undur balik ke belakang, brpa byk produk yg kita biasa pakai sblum ni yg ada unsur2 makhluk warna merah jambu nih?

pCL [p@kcikLie] said...

selalu refer pd Jakim...perihati dan elakkan jer tanpa was-was..

syufaa said...

aduii.
skrg ni risau btol laaa.
aishhh.
mknan kt bazar pun dh xslmt.
hmmm. dok umah je laa.
mkn kt umahh.
sume homemade boleh? ihhih

k.h.a.l.i.l.a said...

@Freaky
hehe... betul2... sapu kat roti gardenia, tabur gula sikit, bakar. BEST!

k.h.a.l.i.l.a said...

@AliaJustea
tu lah, bila dh jd kes cmni, better x payah beli. brand lain byk lg kan. ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@SoLy SoLicious
tu la. mungkin la jugak. sekarg kene hati2 kalau nk beli barang terutama makanan, kan. ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@Bidadari Syurga
wahh akak nak shoping brg dapur wt kuih raye ke? huhuu... betul, kene hati2 sekarng. sblum beli tu, check dlu tanda halal.

k.h.a.l.i.l.a said...

@EpoLღsiKunang2
hehee... betul. tp bahan2 nk buat masak sndiri tu pun kne bli kat kedai jugak. nak tanak kene hati2.

k.h.a.l.i.l.a said...

@Far8 budak baik
betul tu. x penah lagi beli butter ni (nasib baik). slalu beli yg lain je. make sure tanda halal yg tak diragui ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@nusrah
haaa... ni la die. unsur syubhah. mekasih cik adik ^_^. harap2 bahan makanan yg ade cop halal (yg tak diragui)kat pasaran malaysia ni dah diuji dgn teliti. takut tlepas pndang, umat Islam jugak yg jd mgsa.

k.h.a.l.i.l.a said...

@pCL [p@kcikLie]
betul. perkara ni bukan boleh pndang ringan. Harap pihak JAKIM pun beri maklumt yg tepat dan teliti spy umat Islam x tertanya-tanya.

k.h.a.l.i.l.a said...

@syufaa
hehee... tu la. sikit2 msti ad was2 jugak kan. kalau la tepung, susu, mentega semua boleh buat sndiri, memang dh lame bukak kilang sndiri kt blakang umah. hehe

fadh leyanie said...

kalau tak halal letak la tmpat yg non halal,,org yg xtau ni g beli pulak kang,,lagi2 nak raya..buat biskut raya pakai bttr.

L said...

anda seorang yg pemarah?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...