Support Me Here ^_^

Saturday, August 13, 2011

Tips Berbuka Puasa Di Luar

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera



Hari ni dah 12 Ramadhan. Maknanya dah 12 hari juga kita berbuka. Dah puasa mesti la kena berbuka kan? Ade ke yang puasa 24 jam sehari? Hebat betul perut dia. Hehe.. Sebaik-baiknya berbuka di awal waktu. Tak baik melewat-lewatkan berbuka. Ragam orang berbuka ni macam-macam. Lagi-lagi kalau yang pergi bazar Ramadhan nak beli makanan untuk berbuka. Tengok depan ayam golek, tengok kanan nasi beriyani, tengok kiri bubur lambuk, tengok belakang sup tulang. Ambooooooooiiiiii....... macam-macam makanan menggoda time puasa ni. Hari biasa tak jumpa pulak. Belum kira air macam-macam warna. Ungu, pink, merah, kuning, biru, semua ada. Nak pulak time tu panas terik, nampak pulak air tu sejuk je berais. Memang mencabar ketabahan hati. Huhuu... Kuih-muih, lauk-pauk, semua ada. Nak atau tak je beli, Kalau ikut nafsu, memang nak bawak balik je 1 bazar tu. Tapi, tak mungkin la kan.

Kalau perut sebesar tangki minyak gas takpe le ;p

Ada juga yang nak ubah rutin berbuka puasa, pergi berbuka puasa di luar. Pergi dengan family, kawan-kawan, sorang diri (siannye). Tapi, bila berbuka puasa di luar, ianya melibatkan masa! Masa nak survey tempat, masa nak order makanan, masa nak tunggu makanan siap, masa nak mengunyah makanan, masa nak bayar bil, masa nak berkejar ke surau, berebut nak solat. Maghrib bukan lama. SINGKAT sangat masanya. Leka sangat makan, tiba-tiba dah azan isyak. Padahal solat maghrib belum lagi. Haa.... baru la nak kelam kabut.

Memang tak best la kan. Nak berbuka pun berebut meja nak duduk, nak solat pun perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Memang kita perlu berbuka di awal waktu. Tapi jangan sampai abaikan solat Maghrib. Meh tengok beberapa tips untuk berbuka puasa di luar dengan tenang tanpa perlu berebut-rebut dengan orang lain terutama di tempat yang RRRRAAAAMMAAAIII orang macam kat Mid Valley, Sogo, Masjid Jamek (ok, ni tempat yang saya biasa pegi. Tempat lain pun macam ni jugak kut). Tapi saya dengan member-member biasa buat macam ni tak kisah la tempat ramai orang atau tak.

Sikit je tipsnye, tak banyak pun. Huhhu... Cuma nak share saje ^_^.

1 - Rancang di mana korang nak berbuka puasa.
2 - Boleh jugak call tempat tu kalau nak reserved meja.
3 - Pilih untuk solat dahulu sebelum korang menjamu selera
4 - Bawa bekal (air mineral pun cukup) untuk berbuka di surau bila dah azan.
5 - Datang ke surau sebelum masuk waktu maghrib. (Biasanya surau tak sesak waktu ni)
6 - Selesai solat, pergilah ke mana-mana tempat pilihan korang untuk menjamu selera. (Biasanya restoran tak kisah biasa atau fast food dah tak full waktu ni)

Tak perlu nak terburu-buru makan, tak perlu nak bersesak-sesak waktu solat. Waktu solat selamat, makan pun tenang. ^_^


p/s : Hari ni berbuka di The Chicken Rice Shop, Mid Valley ^_^

12 menconteng:

aleen aiden said...

perghhh,tengok gambar kat atas je dah membuka mata dan selera dh.hu3
yup2,klo mkn kat luar keje die rumit cket.nak kne book bagai dlu..hu3

ade2mama said...

wuuuu
heheh..first2 cite mcm nk buke kt restoran jew:p

tgk2..amek ko
CHICKEN RCE SHOP ..kt Md Vlly plax tu ehehehe

AMBOIIIIIIIIIIII*copy blk ayat kt atas tdy eheehh:P

sifu im said...

dok umah masak je..lagi best

Ihsan Arifin said...

sedapnye ayam tuuuu~

k.h.a.l.i.l.a said...

@aleen aiden
yg gambar tu makan kt kedai mamak. heheh. ayah goreng die best!

k.h.a.l.i.l.a said...

@ade2mama
huhuu... TCRS pun restoran gak kan? sekali skale kua bbuka ngan member2 ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@sifu im
ohhh.... yg tu memang la lagi best. tp skrg kt hostel, bukan kt rumah T_T.

k.h.a.l.i.l.a said...

@Ihsan Arifin
betul... memang best! ^_^

cik menanti said...

wuuuuu..sdap nyee!!!

Ezay Hadry said...

tambah 1 lagi tips:
bawak la tupperware :P
kalau tangki dalam penuh, tangki luar ade lagi..haha

Bidadari Syurga said...

heeee.... surau tmpat akak kerja selalunya ramai yg solat dulu... makanya akak ambil waktu yg agak lmbt... sebab tanak berebut... rasa tak selesa dan terkejar2 solat tgk org tunggu kita... ....

syufaa said...

syufa suka tips nih!
tp jrg smyg dlu bru mkn.
huhu. msti nak mkn dlu.
napsu napsu. -___-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...