Support Me Here ^_^

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, August 04, 2011

Lagu Ramadhan "Most Favourite" ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Macam mana puasa setakat ni? Ade yang pengsan tak? Hehee.... baru empat hari puasa. Ada berhari-hari lagi. Relax la. Allah tak wujudkan puasa untuk menyeksa hamba-hambanya. Betul tak? Semua ni untuk menguji sekuat mana iman kita, juga untuk beri peluang kepada kita merasai macam mana kehidupan orang yang susah. Kais pagi makan petang, kais petang makan esok pagi. Haaa.... susah kan? Biarlah kita prihatin sikit dengan nasib orang-orang yang kesusahan supaya kita tak leka dengan nikmat duniawi yang Allah berikan ni.

Antara lagu raya dengan lagu sempena bulan Ramadan ni, korang rasa mana yang lagi famous dan selalu orang mainkan? Saya rasa lagu raya. Memang macam-macam la lagu raya yang ada. Evergreen lagi tu. Tanya la kat adik-adik kita yang sekolah rendah atau belum sekolah tu, apa lagu raya favourite atau lagu raya yang diorang tau. Mesti sikit-sikit diorang tau punye. Jangan la tanye yang baby tu, atau yang baru setahun dua tu. Memang la diorang tak tau. Cuba kalau korang tanye pasal lagu bulan Ramadan. agak-agak diorang tau tak? Korang pulak macam mana? Tau tak mana-mana lagu bulan Ramadan? 

Kalau tanye saya, jujur saya tau sikit je lagu-lagu bulan Ramadan ni. Ade satu lagu ni yang paling saya suka. Sekarang ni pun lagu die bermain-main kat dalam kepala ni ha. Huhuu... Nak tau lagu apa? Tajuk dia "Ramadan Bulan Berkat" nyanyian kumpulan nasyid Hijjaz. Nak cuba dengar? Boleh, jom tengok kat bawah ni. Saya kasi video dengan lirik sekali. Korang boleh la hayati bait-bait lirik lagu ni. InsyaAllah ada mesej yang  disampaikan.




Bulan Ramadan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkan sedekah, jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jangan dilupakan
Zikir dan tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadan dengan bermacam cara
Agar Ramadan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerana dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadan
Isilah Ramadan dengan sebaiknya
Kerana ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerana kita mati bila-bila masa


p/s : lirik lagu ni umpama kata-kata nasihat dan ingatan buat diri sendiri dan sesiapa yang mendengar.

Monday, August 01, 2011

Ramadhan Bulan Keberkatan ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Ramadhan dah tiba. Alhamdulillah kan. Allah bagi peluang lagi pada kita semua untuk bertemu Ramadhan kali ni. Harap-harap Allah bagi peluang pada kita untuk bersama bulan Ramadhan kali ini sehingga hari ke-29. Terima kasih Daniel Adie ingatkan saya tahun ni kita puasa 29 hari je. Saya tak perasan pulak. Ye la, dah biasa puasa 30 hari kan. Tak terlambat lagi rasanya saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang semua yang singgah di blog saya ni ^_^. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua ye. Kita semua hamba Allah. Tak lepas dari kesilapan. Jadi, marilah kita perbaiki kelemahan-kelemahan diri kita yang ada ni. 

Jangan puasa tipu-tipu taw. Kalau ponteng puasa bersebab takpe : ). Tu pun atas sebab-sebab yang dibenarkan je la. Tak baik tipu-tipu puasa. Allah nampak. Pegi la menyorok dalam peti ais pun, Allah boleh nampak korang makan ok. Ha, lagi satu. Masa puasa ni la meriah sangat waktu petang. Bazar Ramadhan meriah sesangat dengan makanan. Yang pelik-pelik, yang jarang jumpe, confirm ade masa puasa ni ha. Jadi, beringat-ingat la. Bersederhana membeli makanan untuk berbuka. Kalau diikut sangat nafsu, 1 Bazar Ramadhan nak diangkut bawak balik. Lepas tu, bertimbun makanan lebih, terbazir macam tu saja.

Semalam, (Ahad, 31 Julai 2011) balik dari kampung. Mak bagi bekal Daging Masak Tumis dengan Rendang Daging. Sedaaaaaaaaaaaappppppp sangat taw mak. Hehe.... Zati, Aisyah dengan Ain suke sangat lauk yang mak bagi tu. Terima kasih mak ^_^ ------> Hmm... macam la mak baca entry ni. Tak sempat nak sambut 1 Ramadhan sama-sama dengan family. Takpe, seminggu sebelum raya Kakak balik (Kakak : panggilan kat rumah) ^_^.

Korang..... puasa baik-baik ye ^_^. 


p/s : Daku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...