Support Me Here ^_^

Friday, April 20, 2012

Nama-Nama Yang DILARANG Dalam Islam.


Hai semua ^_^. Macam-macam nama yang da sekarang ni kan? Lagi-lagi yang belum kawen (macam saya) konon-konon berangan la nak bagi nama anak spesel-spesel. Nak tau ape nama anak saya nanti? Haisshh.... takpe lah. Tunggu saya dah ada anak nanti baru saya bagi tau (insyaAllah). Sape yang taknak ada anak kan. Anugerah yang sangat-sangat berharga.





TAPI!! Hati-hati memilih nama untuk anak. Sebab kalau main hentam je, entah baik entah buruk makna nama tu. Kesian kat anak tu nanti kan. Lagi satu, kadang-kadang dah bagi nama anak bukan main sedap lagi. Makna nama tu pun bukan main indah lagi. Tapi, lepas tu bagi nama panggilan yang entah apa maknanya. Mungkin bukan keluarga yang bagi nama panggilan tu. Mungkin kawan-kawan dia.

Ehem ehem... para penulis karya sekalian pun perlu jugak ambil tau nama-nama watak yang diberi. Mungkin cantik sebutannya, maknanya belum tentu. Kat bawah ni ada senarai nama-nama yang dilarang dalam Islam. Jom tengok ^_^

Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang bodoh
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan
Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang bodoh, bebal
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar
Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan
sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya
Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan
Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan
Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong
Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan
menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu
dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan,
umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5947.0


p/s : Ramai perempuan penah terfikir nak bagi nama apa kat anak dia nanti. Lelaki saya tak pasti. Tapi ada. Heheh.... ^_^


Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^
Klik gambar.

6 menconteng:

Cik Nurul said...

wah.. banyak gaks nama yang dilarang ni.. gud info dear ! ^^

Mpudz Ideologis said...

emhh.. subhanallah ukhti..
syukron ya ats info nya :)
salam ukhuah dari indonesia ^_^

Mpudz Ideologis said...

emhh.. subhanallah ukhti..
syukron ya ats info nya :)
salam ukhuah dari indonesia ^_^

Legacy SG said...

nice info~
brguna utk future referrence. Bookmark2.. hehe~

RochelMayMei said...

Nice entry ! Akan diperlihatkan nanti..:)

fiQ'Ra said...

kak lila, mas pernah dengar nama orang yg ni, hasidah, zalilah, zalimah.. hurmmm 1 lagi syakira.. masih boleh tukar nama kan.. sebab kita negara islam, so tak ada masalah untuk tukar nama yg tak berapa elok maknanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...