Support Me Here ^_^

Showing posts with label jodoh atau cinta. Show all posts
Showing posts with label jodoh atau cinta. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Cinta Dia Macam Novel

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera
Kisah cinta setiap orang tak sama kan? Ye, mungkin ada yang lebih kurang, cliche. Memang la cliche, jumpe seseorang, kawan-kawan, tersuka, ada relationship, gaduh-gaduh, jeles, baik balik, takde rezeki > putus, ada rezeki > nikah.
Ini baru satu versi ke"klise"an kisah cinta manusia. Banyak lagi versi. Arranged married, kawan bertahun-tahun tiba-tiba putus nikah pulak dengan orang yang baru kenal 3-4 bulan > bahagia hingga anak cucu.
Suka sangat wedding Irma Hasmie :)
Kadang-kadang kita rasa hidup kita biasa-biasa je. Kisah kita biasa-biasa je. Tapi dari mata orang lain? Siannya dia, mesti dia sedih. Banyak betul dugaan dia. Atau pun, beruntung dia, mesti dia bahagia. Jalan hidup dia lancar je.
Kita melihat kisah hidup orang lain, banyak naik turun, banyak suka duka, banyak kecewa gembira....... macam dalam novel. Kita tak tahu, mungkin orang lain tengok kisah kita pun macam dalam novel jugak. Aish.... semua nak kisah cinta macam novel. Happy ending. Tapi Kaki Novel syarat terakhir dia kalau nak terbitkan novel, mesti HAPPY ENDING OK! But, we have to remember, tak semua novel ends with happy ending. Serius, macam novel pertama yang saya baca "Pilot Cafe". Seingat saya ending dia hero akhirnya alone tak ada dengan siapa-siapa. Grrr! Still, personally saya suka novel tu. Dah nak buat filem pun. Harap kat layar sama hebat atau lebih hebat dari cetakan kertas. Jangan tak sehebat novel dia sudahlah...
What do you feel when you have to let go your love one to someone else? Hari-hari dalam nafasnya ada harapan supaya cintanya tak lenyap dihembus bayu. Hari-hari tika terjaga dari tidurnya mengharapkan semua itu hanya mimpi. Sedih.... benar sedih. Orang yang melihat turut merasa.
Sabar, ada hikmah semua yang berlaku ni. Ada lagi yang lebih baik untukmu. Bukan bermaksud lelaki dambaannya tidak cukup baik. Baik, cukup baik. Tapi mungkin Allah telah simpankan yang terbaik buat kamu. Seseorang yang akan melakarkan kisah hidupnya bersamamu hingga ke akhir hayat.
Dugaan dia memang besar bila ia soal hati. Lukanya tak nampak, tapi sakitnya sendiri yang merasa.
Ini realiti. Bukan lagi ibarat novel kerana sebenarnya novel diinspirasikan dari realiti kehidupan.
:)

Wednesday, September 07, 2011

Baca Novel Jiwang Ke.......??

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Hai semua ^_^. Siapa kaki novel kat sini? Saya percaya ramai yang suka baca novel kat luar sana. Kalau yang betul-betul suka, boleh jadi setiap bulan dia beli 1 novel. Tak percaya? Kawan saya ada sorang macam tu tau. Hehe... Minat setiap orang tak sama. Mungkin ada yang kata buat apa beli novel tiap bulan. Membazir je. Tapi kalau dah itu minta dia, kita boleh buat apa. Biar je la kan. Hobi dia. Asalkan tak buat dia bankrup, tak buat dia lupa nak makan, mandi, solat, sudah la.

Saya bukan kaki baca novel. Tapi kalau saya jumpa novel yang BEST macam kat atas tu, memang khusyuk la baca. Hehee... Beli novel? Laaaaaaaaagi la jarang. Novel Jodoh Atau Cinta kat atas tu saya beli saja-saja masa singgah di MPH. Tengok sinopsis kat belakang macam best je. Tapi memang tak tipu. Jalan cerita dia sangat best. 

Sebuah novel yang mengisahkan tentang Iman Umairah dan Aiman Danish yang berkahwin secara kontrak kerana masing-masing saling tidak menyukai. Iman berkahwin dengan Danish atas permintaan datuk angkatnya. Danish pula berkahwin dengan Iman atas sebab tertentu. Macam-macam dugaan yang terpaksa mereka hadapi selepas perkahwinan berlangsung. (ehh.... ayat dah skema tibe-tibe ;p).

Haaa..... kalau nak tau, baca la novel ni. Sesiapa yang dah baca, tau la macam mana jalan cerita ni. Masing-masing saling menyayangi, tapi masing-masing ego,  lebih-lebih lagi bila masing-masing salah faham antara satu sama lain. Yang sorang ingat macam ni, yang sorang lagi ingat macam tu. Haissshhh.... Tapi watak Iman sangat tabah. Kalau la saya boleh setabah watak dia.

Buat penulis novel ni, Iman Nizrina, novel ni memang BEST! Tahniah....


p/s : Indahnya andai dapat bercinta selepas perkahwinan....... ^_^...... jiwang tetibe.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...