Support Me Here ^_^

Wednesday, September 07, 2011

Baca Novel Jiwang Ke.......??

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Hai semua ^_^. Siapa kaki novel kat sini? Saya percaya ramai yang suka baca novel kat luar sana. Kalau yang betul-betul suka, boleh jadi setiap bulan dia beli 1 novel. Tak percaya? Kawan saya ada sorang macam tu tau. Hehe... Minat setiap orang tak sama. Mungkin ada yang kata buat apa beli novel tiap bulan. Membazir je. Tapi kalau dah itu minta dia, kita boleh buat apa. Biar je la kan. Hobi dia. Asalkan tak buat dia bankrup, tak buat dia lupa nak makan, mandi, solat, sudah la.

Saya bukan kaki baca novel. Tapi kalau saya jumpa novel yang BEST macam kat atas tu, memang khusyuk la baca. Hehee... Beli novel? Laaaaaaaaagi la jarang. Novel Jodoh Atau Cinta kat atas tu saya beli saja-saja masa singgah di MPH. Tengok sinopsis kat belakang macam best je. Tapi memang tak tipu. Jalan cerita dia sangat best. 

Sebuah novel yang mengisahkan tentang Iman Umairah dan Aiman Danish yang berkahwin secara kontrak kerana masing-masing saling tidak menyukai. Iman berkahwin dengan Danish atas permintaan datuk angkatnya. Danish pula berkahwin dengan Iman atas sebab tertentu. Macam-macam dugaan yang terpaksa mereka hadapi selepas perkahwinan berlangsung. (ehh.... ayat dah skema tibe-tibe ;p).

Haaa..... kalau nak tau, baca la novel ni. Sesiapa yang dah baca, tau la macam mana jalan cerita ni. Masing-masing saling menyayangi, tapi masing-masing ego,  lebih-lebih lagi bila masing-masing salah faham antara satu sama lain. Yang sorang ingat macam ni, yang sorang lagi ingat macam tu. Haissshhh.... Tapi watak Iman sangat tabah. Kalau la saya boleh setabah watak dia.

Buat penulis novel ni, Iman Nizrina, novel ni memang BEST! Tahniah....


p/s : Indahnya andai dapat bercinta selepas perkahwinan....... ^_^...... jiwang tetibe.....

6 menconteng:

Ezy Chiaki said...

saye kaki novel!!!!
uish kene beli novel tu..
suke la kalo cite psl kawen2 kontrak ni..
ekeke

k.h.a.l.i.l.a said...

@Ezy Chiaki

heheee..... novel ni dah lame kluar. try la cari. memang puas hati bace ^_^. rumet sy tah bape kali nangis bace novel ni. haha

EzayHadry said...

ezay tak suke sgt bace..
tp suke bace sinopsis blkg novel tu..boley?

syufaa said...

syufa bkn kaki novel!
baca sikit.
pastu tutup!
heehehe. :P

k.h.a.l.i.l.a said...

@EzayHadry
hahaa.... boleh je. sy pun slalu mcm tu

k.h.a.l.i.l.a said...

@syufaa
heheee.... novel yg tak best mmg sy buat cmtu. bace kejap pastu tutup. tp novel ni dh bjaya buat sy bsengkang mata. hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...