Support Me Here ^_^

Tuesday, September 13, 2011

Puisi : Pasung Memori

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera



Aku jauh berlari
Membina jarak abadi
Membakar kenangan lalu
Biar hancur menjadi abu
Biar melayang di angin lalu

Datanglah taufan
Aku memohon kepadaMu
Kirimkan taufanMu ke mari
Menelan segala abu memoriku
Biar lenyap walau sezarah
Biar sirna di hujung ingatan

Aku tak mampu
Dibayang memori silam
Luka bertabir
Parut berakar
Kantung hatiku
Mekar tiada lagi
Hanya kosong sepi
Menghuni kini

Namun kau memori
Tak bisa terluput
Bagai tersulam bersemi
Menjadi barah berdarah
Dalam bayang setiaku
Tidak mungkin terlepas
Walau jauh ku berlari

Lepaskan aku
Pergi dariku
Lelah jiwaku
Dipasung memori


9 menconteng:

Bidadari Syurga said...

seumpama cinta yang belum berputik tak kesampaian... hurmmmm..... cantiknya...

qamarguyz said...

salam ziarah..
singgah membaca puisi, menusuk hati..
sabar aje laa..
memori tetap abadi, yg pasti kita kena tabah hadapi..yer sis =)

Norhafis Nordin said...

silam selalu mengajar kita jadi yang lebih baik.kadangkala bila terfikir sejenak buatkan kita bersyukur dgn apa yg Allah berikan kpd kita pd hari ini. anggaplah silam sebagai mimpi yang akhirnya menyebabkan kita sedar akan yang hadapan sedang menunggu kita. saya suka puisi awak ini.

Norhafis Nordin said...

boleh share puisi ini?

k.h.a.l.i.l.a said...

@Bidadari Syurga
huhuu... terima kasih kak...
tulah... kadang2 sakit kan

k.h.a.l.i.l.a said...

@qamarguyz
terima kasih :).....
insyaALlah... semoga Allah tabahkan hati dan sentiasa dekat dengan-Nya

k.h.a.l.i.l.a said...

@Norhafis Nordin
betul tu. tanpa kesilapan, tanpa kekecewaan, tanpa kegagalan, manusia takkan belajar untuk menghargai setiap detik hidupnya. Boleh, InsyaAllah. Tapi mohon letak link ya. :)

Faaein Talip Roy said...

nice puisi...
teruskan lagi berpuisi..
boleh saya tumpang hayati.. (^^,)

salam kenal.. (^^,)

k.h.a.l.i.l.a said...

@Faaein Talip Roy
insyaAllah... terima kasih ye. mase lapang & mase ade idea je buat puisi ni. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...