Support Me Here ^_^

Tuesday, September 20, 2011

Lukisan Alam Yang Terindah

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Pernah tak korang duduk di halaman rumah, atau duduk dalam kereta masa on the way ke suatu tempat, korang tengok awan-awan di langit. Kadang-kadang kita boleh nampak macam-macam bentuk awan. kadang tak ada bentuk pun. Cuma berserakan macam tu je. Saya memang suka tengok awan. Yang bekepul-kepul macam aiskrim kapas lagi saya suke. Hehee... Lagi best bila berada dalam kereta kat highway. Kat sana kan lapang je. Memang boleh nampak dengan jelas sampai hujung dunia sana. Kadang-kadang awan-awan kat langit tu macam satu lukisan yang sangat cantik terjadi dengan semula jadi. Untuk dapat lukisan alam yang betul cantik, kita perlu capture pada moment yang tepat. Kalau tunggu lagi seminit, bentuknya dah berubah, kan? Tapi dalam banyak-banyak lukisan alam yang satu ni, ada satu bentuk awan yang paling bermakna dalam hidup saya. Akhir entri ni nanti saya letak gambar awan tu okeh. Jom tengok beberaa gambar awan yang ada dalam simpanan saya ^_^.

Gambar-gambar kat bawah ni masa saya dalam perjalanan ke Trong, Taiping sebab ada program di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiyyah












Gambar-gambar kat bawah ni pulak kat belakang rumah saya. Hujan memang lebat masa kepulan awan ni sampai kat kawasan rumah saya.





Haaa.... kat bawah ni la gambar yang saya beritahu tadi. Awan bentuk kalimah Allah ni saya nampak di kawasan kampus saya di IPG Kampus Bahasa Melayu. Bulan Ramadhan tahun 2008.


Itu saja untuk entri kali ni. Banyak lagi sebenarnya. Siap hilang-hilang lagi -_-".


p/s : Menggapai awan di langit, jangan lupa rumput di bumi ^_^

16 menconteng:

Asrul "iLham" Sany said...

lebih suka 'bumi' dari 'langit'....

walaupun 'langit' sangat2 indah, tetapi 'bumi' lebih 'tenang'

;-)p

k.h.a.l.i.l.a said...

@Asrul "iLham" Sany

hehee... betul tu. banyak yg kite boleh teroka di bumi.

Faaein Talip Roy said...

SubhanAllah.. saya paling suka tengok suasana alam.. terutama awan... merakam ciptaan-Nya.. rasa betapa kerdilnya kita di sisi DIA.. memang seronok lihat awan sampaikan rasa nak jadi seperti awan tu..

bestlah khalilah dapat snap pic ada kalimah Allah.. SubhanAllah.. teringin nak dapatkan moment macam tu.. ^^,

MN said...

suka tengok awan :)

IFA Athirah said...

subhanallah..cntik2 awn tu.. http://geekintherainbow.blogspot.com/

as-syifa' said...

subhanallah...cantiknya..ktne ni k.ila..=)

qamarguyz said...

salam ziarah..
Subhanallah..Maha Suci Allah..
indah betul langit ciptaan-Nya, lagi hebat mata kurniaan-Nya..
moga kita menjadi hamba-hamba yang bersyukur

k.h.a.l.i.l.a said...

@Faaein Talip Roy
betul tu. memang cantik. rasa tenang je. mcm ade satu kepuasan. Alhamdulillah... ade peluang

k.h.a.l.i.l.a said...

@MN
best kan tgk awan ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@IFA Athirah
memang cantik ifa ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@as-syifa'
ada yg kat hi8way. ad yg kt rumah akak. yg last skali tu kat IB ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@qamarguyz
memang sgt indah kalau kita pndai mghayatinya ^_^. insyaAllah..

Norhafisnordin C.A.(M) said...

rasa diri ini sangat kecil dibanding kebesaran Allah..subhanallah..

k.h.a.l.i.l.a said...

@Norhafisnordin C.A.(M)
betul tu. ciptaan-Nya Maha Hebat

EpoLღKekunangpelangi said...

gambar mendung kat sawah tu paling cantik.. :)

k.h.a.l.i.l.a said...

@EpoLღKekunangpelangi
betul2... sy pun suke yg tu. bukan slalu boleh nmpak depan mata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...