Support Me Here ^_^

Wednesday, April 21, 2010

Tak Nak Mandi Malam Lagi

INSAF! tak nak dah mandi malam-malam. Kenape?? nanti saya cite. Selama ni, selalu sangat mandi malam. Boleh kate hari-hari la mandi malam. (eit! siang pun sy mandi la) huhuu... Biase la, kadang-kadang rase panas. Bile mandi malam, sedap sikit tidur. Sape setuju ?! Hmm… xde orang pun yang angkat tangan… Owh! ade gak orang yang setuju! hehee.. Tapi, semenjak r00mate saye tegur saya mandi malam, saya mula terfikir dan berfikir. Memang saya penah dengar kenyataan yang mandi malam ni x el0k untuk kesihatan. Tengah mandi pun saya terfikir lagi. Jadi, lepas siap je mandi, saya pun terus je online dan tekan kekunci aksara di keybord laptop tentang “Keburukan mandi malam”, dan hasilnya……… erk!!!

Satu persatu link saya buka. Rupa-rupanya memang banyak keburukan mandi malam ni. Lebih-lebih lagi kepada perempuan. Menurut maklumat yang saya bace, MANDI MALAM boleh menyebabkan penyakit PARU-PARU BERAIR ! apabila kita kerap mandi pada waktu malam, air akan terkumpul sedikit di dalam badan. Begitu juga kesannya dengan tabiat suka minum MINUMAN BERAIS. Untuk maklumat lanjut mengenai penerangan berkaitan dengan KESAN MANDI MALAM DAN MINUMAN BERAIS ni, sila baca penerangan yang terdapat di link ini,

http://hidupsihat.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=78

Adakah anda mengalami simptom-simptom berikut ?

• Telapak tangan yang lembap (kecuali lembap semula jadi)
• Badan cepat letih dan mengah
• Alah pada kesejukan. (tak tahan sejuk)

Kalau anda semua ada tabiat mandi malam dan mengalami simptom-simptom di atas, mungkin perkara tersebut merupakan kesan daripada tabiat anda tu. Hmm…adakah kelesuan yang saya alami selama ni ada kaitan dengan tabiat saya tu?? Mungkin kan? Jadi, marilah kite sama2 membuang tabiat mandi malam ni ye. =D. Oops… terlupa plak. Kaum wanita tidak digalakkan untuk mandi malam kerana petua orang-orang tua menyatakan bahawa mandi malam akan menyebabkan masalah angin dalam badan dan masalah kesuburan. Hmm…betul ke? Wallahu’alam… Allah Yang Maha Mengetahui. Kalau nak tau betul atau tak, anda cube la amalkan. Tapi, sanggup ke anda menanggung risiko??? huhuu… renungkan…

2 menconteng:

nusrah said...

masalah kesuburan.???? erkkkk
scary.. =.=!

khalila ishak said...

huhuuu.... x taw la tiyah... tapi slalu je mndi mlm ni. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...