RESPON : Luahkan, Zahirkan
: : Tajuk : : Kenapa "RESPON : Luahkan, Zahirkan" ? Saat alam terang benderang tadi, saya singgah kamar aksara bijaksana sepupu saya, nama pena 'Nusrah'. Terbaca entry dia bertajuk "Luah kan, Zahir kan". Klik untuk baca.
Benar, ada kalanya kata-kata belum cukup mampu menjelaskan perasaan kita yang sebenarnya. Kala gembira, mungkin kita terlalu gembira hingga tak terkata. Kala amarah, mungkin kita mengunci mulut untuk menjaga hati orang lain, atau khuatir kata-kata ditembak tanpa kawalan.
Tak semua mampu.
Menutur kata meluah isi hati
Sungguh...
Yang duka itu tersimpan
Hingga tak sedar
Mula bernanah membengkak
Yang suka itu dirahsia
Hingga tak sedar
Mula tersenyum sendiri
Ada kalanya
Bait kata belum cukup jelas
Menyatakan rasa yang sebenarnya
Makanya
Tarikan jemarimu
Biarkan jemarimu menari
Dalam sinar pagi atau kelam malam
Agar rasa itu terluah
Biar rasa itu dizahirkan
Dengan susun aturnya aksara.
2309
30/12/2012
Khalila : Teluk Intan
Khalila : Kadang kala kita mengharap orang lain fahami gerak geri kita. Namun, tinggalkan sedikit ruang fikiran kita bahawa ada perkara yang perlu diluahkan supaya orang lain mengerti. Jangan bila masa sudah berlalu, peluang sudah hilang, baru dikenang sesalan yang tiba. :)
4 menconteng:
"Yang suka itu dirahsia
Hingga tak sedar
Mula tersenyum sendiri"
hehe suka part yang tuuu :)
ermm, macam mana kalau kita tak berani + malu nak luahkan secara direct ? ada tips tak ? Hahaa ! XD
@si budak nerd
hehe, tq dear. :)
emm... bergantung pada apa perkara itu. tapi cara yg terbaik, luahkan saja. kalau itu soal hati dan perhubungan ant lelaki & prmpuan, x dinafikan memang malu. lagi2 kita prmpuan :). doa byk2 pada Allah. tp kalau rasa x boleh nk hidup dlm keadaan t'tanya2, entah ye enth tidk, lebih baik luahkan. responnye negatif atau positif, itu nombor 2. kalau negatif, lebih baik sakit sekarg dr tpksa tggung lama2. yg penting dia tahu luahan kata kita, dan kita tahu responnya mcm mana. tp kalau x brani cakap direct, apa kata cuba luahkan dgn ayat via sms/chat/email. huhu...
"Kadang kala kita mengharap orang lain fahami gerak geri kita. Namun, tinggalkan sedikit ruang fikiran kita bahawa ada perkara yang perlu diluahkan supaya orang lain mengerti. "
i do love this. take care kak ila! fi amaanillah. oh, selamat mengemas barang! ;)
Suka baca entry ni. Setuju sangat. Kita x boleh expect semua orang faham apa yang kita cuba sampaikan. Kena lahirkan dan zahirkan dengan bijak dan cara yang mudah untuk difahami.Sekadar pendapat. :)
Post a Comment