Sedap kan?
Jom.. ada satu lagi gambar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Huii.... yang ni pun sodappp.
Siapa suka? Saya suka. Saya memang suka. Teringat dulu classmate penah belanja Kinder Bueno. Ingat nak bagi 1 pack je. Tapi die belanja yang 3 pack punya tu. Mau tak sengih sampai cuping telinga. Hehe.
Ferrero Rocher pulak saya penah dapat sekotak yang ada 30 biji. Hadiah dari Daniel Adie sebab join contest dia. Boleh tengok SINI.
Tapi... tapi... tapi...........
Kenapa dua benda ni tak ada tanda halal?? Tahu tak ini boleh menimbulkan keraguan dalam hati wanita bernama Khalila ni. Saya ada jugak search di internet. Cari info pasal ni.
Ini antara website (www.muslimdiary.com) yang ada bincang tentang hal ni. Boleh klik SINI untuk baca lebih lanjut.
Owh... patutlah tak ada logo halal dari JAKIM sebab JAKIM tak keluarkan sijil halal untuk produk yang dikilangkan di luar Malaysia. Mereka perlu dapatkan pengesahan halal tu dari pihak berwajib di negara mereka.
TAPI................. Kenapa dah sekian lama, pengeluar-pengeluar produk ni nampaknya macam pandang remeh je? Sepatutnya mereka bertanggungjawab meletakkan logo halal pada produk mereka.
Ok, cuba berfikiran positif. Mungkin usaha masih dijalankan. Harapan saya agar kemusykilan ini segera diselesaikan dan pihak pengeluar mengambil berat tentang hal ini kerana mereka dah pasarkan produk ni di negara Islam. Harapnya tak adalah bisikan-bisikan hati macam ni....
"Ah, lantak lah. Benda ni sedap. Mesti orang tetap nak beli."
(-_-")
"Aku kisah apa. Janji aku dapat untung."
(-_-")
Khalila : Ayat macam agak skema dan beremosi. Takpo la eh.
0 menconteng:
Post a Comment