
Hai semua ^_^. Tadi ingat nak buat entry lain. Tapi, tak jadilah. Esok baru buat. Malam ni nak join segmen CikMun dulu. Sebab? Entah, rasa macam comel je segmen ni. Hehe... Segmen ni akan menyebabkan kisah lama terungkai kembali. Ewahh.... Kan dah tak pasal-pasal tertengok, terbaca dan terlayan balik entry pertama dalam blog saya tu.
(klik banner untuk join)
Bila baca balik entry pertama tu.......... Malu sendiri pun ada. Hehe.... ayat macam skema tapi banyak guna shortform. Padat betul, macam semua nak cerita. Masa tu maklumlah.... baru buat blog kan. Tercari-cari lagi identiti sendiri. Sekarang dah ada identiti ke?? Huhuu... entah. Menaip ikut sedap rasa. Dulu kejap rasa nak guna "aku", kejap rasa nak guna "saya", kejap rasa nak guna nama bila menulis dalam entry. Akhirnya, guna "saya" sampailah sekarang. ^_^
Nak tau tarikh entry tu bila?20 APRIL 2010tapiMAC 2011 baru agak aktif.
Kalau tak, pondok kecik ni dah macam pondok usang tunggu masa nak roboh je. Hehee...
Cik Mun, saya dah baca first entry anda ^_^
Nak tengok first entry saya?ENTRY PERTAMA KHALILA IS KHALILA(tapi pelik. kenapa tajuk kat url tak sama dengan tajuk entry ye? ape yang berlaku masa tu agaknya?)
Eh ehh...... korang kalau nak join, klik BANNER kat atas tu ok ^_^.
Oooppss.... kene tag 2 orang;Fiq FikriMisEyzKorang yang baca entry ni pun boleh join jugak ^_^Ada syarat-syarat untuk join segmen, korang boleh baca kat entry segmen Cik Mun.
Tarikh tutup11 Mac 2012
p/s : First entry, first baby dalam blog ^_^

Hai semua ^_^. Hari Jumaat dah ni. Budak-budak sekolah mesti suka kan. Sebab esok cuti. Hehe.. Eh ehh..... Orang kat Terengganu tu dah cuti dah hari ni. Takpe-takpe.... Ahad dah start kelas, saya cuti lagi. ^_^ Tapi esok, saya ada misi penting nak buat. Misi yang julung-julung kalinya kelas saya cuba. Nak tau apa? Tunggu entry seterusnya. Dah buat aktiviti nanti baru la boleh cerita. Saya kasi gambar bukti sekali. Hehe..
Mak : Kakak kata nak cerita tadi. Nak cerita apa?Kakak : Eh, mak. Sorry, sorry.... Lari topik pulak. Jom kita cerita.
Pernah tak ada suatu perkara yang korang fikir banyak kali nak cerita atau tidak pada mak, ayah atau ahli keluarga korang yang lain? Kalau budak kecik mesti ada punye. Bila masa agaknya jadi macam tu ye?
1~ Terpecahkan pasu bunga kesayangan mak ~
2~ Mandi sungai lepas balik sekolah ~
3~ Baju berlubang cop seterika ~
4~ Tak makan masa rehat kat sekolah sebab bagi duit belanja kat kawan ~
5~ Tertumpah air kat laptop baru ayah ~
6~ Langgan mobile content sampai credit ayah habis ~
7~ Kena denda masa perhimpunan pagi ~
8~ Lipstick kakak patah sebab main make up ~
Pernah tak? Pernah tak?? Hehe.... banyak lagi kes lain. Lain orang, lainlah pengalamannya. Pengalaman korang macam mana masa kecik-kecik dulu? Ohh.... bestnya zaman kanak-kanak. Main guli, main basikal, main buaian, panjat pokok rambutan, main mak-mak (haha), main pondok-pondok, main masak-masak, lumba lari, buat layang-layang (tapi tak jadi pun. huhuu), main ape lagi ek...?? Hmmm.... haaaaa...... aci kejar, polis sentri (camne tah ejaan sebenarnya), main sorok-sorok. Macam-macam la lagi. Tapi saya tengok adik saya sekarang, saya balik je memula sekali die jeling laptop dah. Siap tunjuk isyarat lagi. Grrrr..... nak jumpa kakak ke nak jumpa laptop kakak??? Huhuu..
Tu cerita budak-budak. Budak besar macam mana pulak? Lagi banyak cerita kehidupannya. Habis sekolah rendah, masuk sekolah menengah, lepas tu sambung belajar atau kerja pulak. Jumpa orang-orang baru. Jumpa kawan-kawan baru. Macam-macam ragam manusia. Makin hari, makin banyak yang dikenali. Suatu hari, mungkin tiba-tiba Allah temukan dengan jodoh kita.
Kita memang tak tahu jodoh kita siapa. Allah je yang tahu semua tu. Mungkin bermula dengan minat kita terhadap seseorang. Mungkin kenalan daripada kawan-kawan kita. Mungkin aturan keluarga. Macam-macam cara Allah boleh aturkan supaya kita bertemu dengan jodoh itu.
Bila dah jumpa seseorang tu, agak-agak korang cerita kat family tak? Cerita atau sorokkan. Rahsia atau dedahkan. Bagi family yang biasa bersembang pasal ni, mungkin tak ada masalah nak bagi tau. Tapi kalau family yang tak biasa, fikir banyak kali jugak kut nak bagi tau. Lebih-lebih lagi kalau BIG BOSS garang. Hehe..
Sepatutnya perlu bagi tau. Susah macam mana pun, berdebar macam mana pun, takut macam mana pun, kena bagi tau. Sekurang-kurangnya keluarga tau kita berkawan dengan siapa. Dengan cara ni, mungkin nampak kita lebih serius dengan hubungan tu. Ni baru bagi tau dengan siapa kita berkawan, kalau terus bagi tau esok orang nak datang meminang??
BETUL, kita merancang, Allah yang menentukan. Memang belum tentu lagi orang yang kita perkenalkan kepada keluarga tu jodoh kita. Tapi tak salah rasanya kalau kita maklumkan kita sedang berkawan dengan siapa. Kita dah rancang nak berkongsi hidup dengan seseorang. Tapi, kalau Allah dah takdirkan hubungan tu putus di tengah jalan, kita nak buat macam mana. Mungkin ada yang lebih baik. Mungkin Allah nak uji diri kita.
Mak : Anak mak ni dah besar rupanya.... Mak tak halang kakak nak kawan dengan siapa. Tapi elakkan perkara yang menimbulkan fitnah dan jaga tingkah laku. Kakak : (Anak mak ni memang dah besar pun. Saiz pun dah bertambah. Hehe...) Terima kasih mak. ^_^
Suka tengok pasangan yang berkahwin hasil aturan keluarga. Rasa sweet sangat. Hehe.... Lebih indah lagi bila bercinta selepas sah disatukan. Tipulah kalau tak pernah berangan bertemu jodoh macam tu. Walau bagaimanapun, jalan hidup setiap orang berbeza, cara jodoh dipertemukan pun berbeza. Sentiasa redha dan bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang Allah beri. Ada hikmah di sebalik segala sesuatu.
p/s : Ajal maut, jodoh pertemuan, semua ditentukan Allah... Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aminn... ^_^

Hai semua ^_^. Petang begini orang lain pegi bersenam, keluarkan peluh. Saya duduk bilik depan laptop. Bersenam jugak ok. Senaman jari-jari. Bila dah jarang update blog, terasa semacam kekok pulak nak buat mukadimah entry. Entry ni mungkin agak emo. Tak banyak, sikit je. Tak boleh emo lebih-lebih. Tak baik untuk kesihatan entry. Hehe...
Saya cuma teringat cerita seorang kawan saya. Katanya dia ada buat kerja part-time. Nak kerja ni bukan setakat fikir nak dapat duit banyak mana dalam masa sebulan, kerja tu mudah atau tak, bos baik atau garang, kawan-kawan kerja mesra atau tak, pegi balik kerja macam mana atau macam mana nak layan customer. Ada lagi benda lain yang kene fikirkan jugak. Kalau bos tu orang bukan Islam, dia bagi tak pekerja Islam dia pegi solat. Kalau bos orang Islam, insyaAllah dia mesti bagi (kalau tak bagi, tak tau lah nak kata apa).
Kawan saya cerita, bila dah lama dia kerja kat tempat tu, dia perasan cuma seorang dua pekerja kat situ yang ke surau. Kalau perempuan mungkin ada masanya uzur, tapi tak akan setiap hari kan. Kalau lelaki? Tak apa lah. Tak berani sentuh pasal tu panjang-panjang. TAPI! Yang buat panas telinga bila dia kata nak ke surau untuk solat, dibalas kata-kata seakan sinis. Macam hal solat tu perkara yang besar atau sengaja dibuat-buat untuk tunjuk baik. PELIK.
A : Encik B, saya nak pegi surau kejap boleh? Nak solat.B : Haaiii.... baiknye pegi solat.C : Encik B......... saya pun nak pegi surau kejap boleeeehhh?........ (nada perli dan dibuat-buat)
D : E, saya nak pegi surau kejap ye.E : Kau tak payah nak tunjuk baik sangat la pegi surau. (siap jeling lagi)
Eh eh.... pelik sangat ke orang nak pegi solat? Tak sepatutnya cakap macam tu. Solat kan perkara wajib. Kenapa perlu cakap macam orang yang nak pegi solat tu sengaja nak tunjuk baik? Sungguh memalukan.
Lagi satu hal yang lagi buat telinga panas. Bila kena marah datang lambat gara-gara pegi solat. Pegi solatlah. Bukan pegi minum kopi. Kalau nak tunggu sampai aktiviti selesai, maghrib la jawabnya. Lagi-lagi sekarang ni waktu Asar lambat. Hampir cecah pukul 5 petang baru azan. Bukan sengaja nak solat masa aktiviti berjalan. Tapi disebabkan aktiviti sebelum tu tamat pada waktu aktiviti seterusnya bermula. Memang tak sempat balik bilik pun. Padahal dah datang, siap ambil kehadiran, siap minta kebenaran ketua lagi. Selesai solat, datang balik tempat aktiviti, ehhh..... kena marah pulak dengan individu yang entah bila masa datangnya. Bila bagi alasan pegi solat, siap perli lagi. Hadoooiiiii......
F : Ambooooiiiii....... melenggang je. Hoi, kau apesal lambat?!G : Maaf Encik F, kami dah datang ke padang tadi. Kami pegi solat kejap.H : Macam laaa die sorang je nak solat. Orang lain tak solat. Heeii...tak paham betul aku alasan macam ni.F : Diorang sembahyang jemaah ni. Sorang ni imam, lagi dua orang ni jadi makmum. (nada perli)
~ Boleh pulak ye buat gurauan sinis pasal solat ~
Haiiiihhhhhh....... sekarang, saya yang tak paham dengan orang-orang macam ni. Saya faham kalau orang yang tak faham tu, yang marah tu, orang bukan seagama dengan saya. Tapi kenyataannya, mereka seagama dengan saya. Kenapa perlu bagi respon negatif macam tu bila orang kata pegi solat? Saya bukan nak buruk-burukkan sesiapa. Tapi ini kenyataan yang berlaku dalam masyarakat kita.
p/s : Entah jumpa orang yang entah macam mana pulak lepas ni...... Semoga insaf.... Ingatan untuk diri sendiri jugak. Atau............ adakah saya yang terlalu emo dengan hal ni?