Support Me Here ^_^

Sunday, July 31, 2011

Segalanya Indah Bila Di Rumah Sendiri ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Jumaat lepas (29 Julai 2011) saya curi masa sikit balik kampung. Last balik hari tu masa cuti midyear (cuti sem). Ade la dalam sebulan lebih kan. Mana-mana tempat di dunia ni, rumah sendiri la yang paling selesa. Walaupun rumah saya tak la macam istana. Rumah biasa-biasa je dekat kawasan bendang (sawah). Atas kayu, bawah batu, hehee... Tu la kebiasaannya rumah kat kawasan kampung. Rumah korang macam mana? Banglo? Teres? Pangsa? Kuaters? Apartmen? Istana? Huhuu... Tak kisah la macam mana rumah kita kan. Kat situ la tempat kita berteduh. Rumahku, Syurga ku. 

Saya balik hari tu, rasa macam lega sangat-sangat. Jauh dari kesibukan bandar. Kalau tak, selak je langsir, bukak je tingkap, dah nampak kereta lalu lalang. Nampak orang sibuk pegi kelas. Tengok meja je, dah nampak bayang-bayang assignment betimbun. Ohhh...... tak pasal-pasal rasa macam ada "cangkerang" besarrrrrr kat belakang badan ni haaaa.....! Berat berat berat! Tapi............ itulah tanggungjawab kan? Tanggungjawab saya dan kita semua untuk belajar. Bagi yang dah kerja, tanggungjawab untuk bekerja la. Saya lambat lagi nak mula kerja. InsyaAllah kalau Allah panjangkan umur, 2 tahun lebih lagi saya tamat belajar, posting la kat mana-mana. Sabah? Sarawak? Kalau dah rezeki periuk nasik kat sana, pegi je la kan. Walaupun rasa berat, lama-lama best la kan. Hehe..

Kalau saya balik, mesti tanye kat ayah, "Ayah, kat rumah ada pelam tak?". Ayah pun jawab, "Tak ada, kuini ada la." Saya pun kehampaan sikit. Heheh.... Saya "hantu" pelam ok. Pelam @ mangga muda. Kalau ada kat rumah tu, memang sebijik dua hilang la dari pokok. Tapi sekarang pelam kuini banyak la. Pelam kuini tak best sangat kalau makan mentah, keras. Sejak azali lagi memang banyak kat rumah tu. Korang penah tak makan pelam kuini? Bau die wangi terlampau. Siap boleh buat perfume! ------> hiperbola. Tapi betul, saya rasa tu la pelam/mangga paling wangi sekali. Rasa pun masam-masam manis gitu. Memang sedap. 


Ni la die pelam kuini. Kalau korang jumpe pelam kuini ni, cuba la. tak rugi punye. Tapi sape-sape yang virus batuk bersarang kat tekak die tu, baik jangan makan. Karang bermaharajalela le batuk korang tu ha. Pelam kuini ni, mentah ke, masak ke kulit die tetap hijau. Macam mana nak tau die dah masak? Salah satunya, dari bau. Kalau bau die dah wangi, masak la die. Satu lagi cara, kalau die gugur tu pun maknanya die dah masak. Gugur dengan sendiri tau, bukan korang tolong gugurkan. Hehee..

Buah-buah yang lain semua pakat mentah muda remaja lagi time2 saya balik ni. Haishh.... Tak percaya? Tengok la ni haaa......

Masih baby.....

Awal remaja......

Tengok tu, kelapa mawar pun bawah umur lagi.... haishh...
Mesti nak tunggu raya ni...

Tapi............. ada sebiji ni yang tau saya nak balik kut. Pandai die masak tepat pada waktunye. Hehee....



Sayang lebih la buah yang sebijik ni. Jangan ingat Goku je ade Dragon Ball 7 bijik semuanye. Saya ada dragon fruit. Huhuu... Sedap! Yang ni buah naga merah. Ada sejenis lagi buah naga putih. Makan sejuk-sejuk (letak dalam peti ais) laaaaaagi sedap menjilat pisau. Eh! jangan buat pulak ye jilat-jilat pisau ni. Buah-buah ni hasil tanaman ayah saya. Setakat ni, hampir semua yang dia tanam, Alhamdulillah menjadi. Tapi ada la jugak kan yang tak menjadi, takde rezeki.


Ohhh... tu ayah saya. "Hye ayah ^_^". Beliau tengah bekerja. Ayah saya bukan muda belia lagi. Tahun ni umur ayah masuk 60 tahun. Tapi beliau masih kuat bekerja. Walaupun dah bersara, sayang tanah peninggalan arwah atuk kalau tak diusahakan. Sesiapa yang membaca atau terbaca entry ni, mohon doakan kesihatan yang baik untuk ayah saya ye. Terima kasih ^_^. Andai dia rebah, umpama luruh separuh hati, orang lain tak nampak, diri sendiri yang merasa. 

p/s : Walau menyewa sebuah apartment mewah sekalipun, rumah sendiri jugak yang paling selesa ^_^.

Friday, July 29, 2011

Gmail Yang Comel ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Good morning everybody ^_^. Best betul pagi ni. Sejuk je. Hujan pulak tu. Tapi hujan-hujan macam ni, sayu la pulak. Mase hujan macam ni la kite berkongsi payung. Kongsi payung? Korang tak penah buat ke? Ish3...... nampaknye kalau ada antara korang tak penah try, takde la kenangan korang share payung selama hidup ni. Penah tak tengah bawak moto, tibe-tibe hujan. Pastu cepat-cepat cari bus stop ke, kedai ke, bawah jambatan ke, nak tumpang teduh. Saya penah. Ade sekali tu sampai tak pegi sekolah sebab hujan tak berenti. Huhuu... Tapi kadang-kadang, hujan lebat sesangat. Tapi saya redah je. Memang lenjun la. Mase tu fikir, nak kisah ape kan, terus balik rumah jugak. Saya nasihatkan korang jangan la tiru macam saya. Bahaya tau bawak moto time hujan lebat tu (cakap type macam pro.. heheh). 

Tajuk Gmail tu ape hal?

Suke melencong kan bile buat entry. Biarla, mukadimah sikit. Hehee... Bukan ape. Saya cuma nak share isi dalam Gmail tu ha. KL hujan pagi ni, kat dalam Gmail pun ikut hujan. Kalau hari cerah, Gmail pun cerah & ceria je. Nasib baik Malaysia dekat garisan khatulistiwa. Kalau 4 musim, mesti dalam Gmail ni pun ikut jugak 4 musim. Hehe.. Ok lah, tu je nak cerita pagi ni.


p/s : Gembira hari ni nak balik kampung! Sesiapa yang baca atau terbaca entry ni, doakan saya selamat pergi dan balik ye. terima kasih ^_^.

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya KALAH - Impian Lebur

Assalamu'alaikum ~Salam Sejahtera


Malam ni perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura. Keputusannya? 1-1, Malaysia kalah dengan agregat 6-4. Itu berita yang saya dapat dari kawan di Facebook. Sekaligus, harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan team bola Malaysia layak ke Piala Dunia hancur lebur. Jujur saya tak tengok perlawanan malam ni, sebab saya kurang minat bola sepak. Tapi jangan sangka saya tak sokong pasukan Malaysia. Saya tetap mendoakan kejayaan Malaysia. 


Kekalahan ini bukan suatu titik penamat. Kegagalan merupakan sebuah titik permulaan untuk suatu kejayaan. Mungkin ada yang mengatakan ianya mustahil. Tapi, selagi ada nafas, selagi itu harapan masih ada. Selagi ada usaha, selagi itu kejayaan boleh dikecapi. Allah dah tetapkan rezeki buat setiap hambanya. Kali ini, rezeki itu masih belum milik kita, tapi rezeki mereka. Saya pasti Harimau Malaya telah berusaha sehabis mungkin untuk membawa kejayaan untuk kita. Teruslah menyokong mereka. 

Harimau Malaya, jangan putus harapan. Memang ini sebuah kekalahan. Meluruhkan serata impian. Menimbulkan kehampaan. Namun, jangan putus asa, teruskan berjuang. Bangkitlah dari kekalahan, sokongan rakyat Malaysia tetap bersama kalian. 

"Andai kalian gugur di medan itu,
Ketahuilah sokongan kami masih ada."


p/s : itu saja entry pendek dari saya yang cetek ilmu tentang dunia bola sepak

p/s : Bangga anak jati Malaysia berjuang untuk Malaysia

p/s : maaf kalau ada kenyataan yang salah. sila betulkan saya ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...