Support Me Here ^_^

Monday, April 29, 2013

Semanis Fishball, Semasam Laksa

Semalam masa balik dari Pudu Sentral, saya lalu di kawasan LRT Pasar Seni. Waktu tu lebih kurang pukul 7.20 PM. Ade satu gerai kecil masih buka waktu tu. Saya nampak penjual dia masih muda. Wanita. Dengan wajah yang sudah "berminyak" dia masih tersenyum melayan pelanggan. Saya bukan nak komen minyak di muka wanita tu. Normal la kan. Bekerja sepanjang hari menjual makanan bergoreng macam fishball, nugget, sosej, pisang goreng dan segala macam lagi, letih dan panas, itu biasa. Saya mengerti. Saya cuma mahu komen senyuman dan layanan mesra dia terhadap pelanggan waktu itu. Bagus, memang bagus. Itulah cara terbaik melayan pelanggan.

(gambar pinjam)

Bukan apa, saya teringat ada suatu hari saya turun di sebuah stesen LRT. Saya singgah sekejap di gerai yang menjual laksa. Laksa memang salah satu makanan favourite saya. Tapi saya tak terus singgah dan beli di kedai laksa tu. Saya jalan dulu tengok gerai-gerai lain. Ada char kuey tiaw, nasi goreng, nasi kukus, macam-macam lagi la. Tapi sebab teringat kat laksa tadi, dan sebab dah hampir malam, saya malas nak makan nasi, jadi saya patah balik ke kedai laksa tu. 

Saya datang, senyum. Tapi.... orang tu x senyum balik pun *tacing. Tapi takpe, biaselah. Mungkin penat. Saya terus order sebungkus laksa. Tengok yang sorang lagi, senyum langsung tidak. Masam lagi ada. Macam nak tak nak je layan. Sedangkan cuma saya sorang pelanggan masa tu. Sampailah saya bayar laksa tu, tak berkata apa-apa. Pelik jugak. Ada konflik dalaman ke? Langsung tidak bermanis muka atau bermanis kata. Biasanya, bila kita membeli di mana-mana, ada ucapan 'terima kasih' atau 'saya jual ye' atau paling tidak pun, sebaris senyuman. Jadi, orang yang membeli ni rasa gembira je. Ada yang sedih ke lepas beli makanan? Hehe...

Ini bukan masalah besar. Tapi hal-hal kecil macam inilah yang tidak boleh diperkecilkan. Awak jual dengan muka yang masam mencuka, orang lain tengok pun tak senang. Awak jual dengan muka manis, mesra, orang yang tak beli pun bila nampak awak layan customer baik-baik macam tu boleh buat dia nak singgah beli makanan atau barang kat awak. Bersangka baik, mungkin si penjual laksa ada masalah sebelum tu yang kita tak tahu. 


**Ini bukan kisah gerai laksa di Pasar Malam Kerinci yang tiga beranak itu ye. Yang tu ok, tak ada masalah ;)

Sunday, April 28, 2013

Mahalnya Libresse Akak!

Ini entry agak open. Sebab? Sebab saya tak cerita hal-hal macam ni kat blog. Macam suspen je. Haihh... 

Tapi.............. gara-gara AKAK itu, jiwa raga saya jadi geram. 

Tahu LIBRESSE? Perempuan mesti tau. Kat tv pun ada iklan, Adibah Noor jadi duta Libresse ni.

Tak tau lagi ape benda Libresse ni? Haiyooooooooooo.... Nah tengok gambar.




Ini dia rangkaian produk Libresse, khusus untuk wanita. Jangan cakap ada lelaki pakai benda ini pulak. Dah kenapa pulak lelaki nak pakai benda ni. Huhu..

Apesal saya geram? Hadoi, saya beli benda ni tadi kat Pudu Sentral. Ingatkan malas nak singgah tempat lain beli benda ni memandangkan stock saya dah habis. Sejak pakai Libresse, saya tak minat dah pakai yang lain. Nampak je ade kedai yang jual, saya terus pegi kat tokey dia. 

"Kak, nak Libresse tu satu."

Kakak tu pun bersusah payah la ambil payung panjang tu tolak-tolak bungkusan Libresse bagi jatuh sebab dia letak tinggi sangat sampai syiling. Akak tu terus bungkus, "RM5.50 dik."

Saya macam tergamam, sambil tangan terus keluarkan duit. Ye, yeee.... saya boleh je kan cakap "mahalnye kak RM5.50. Saya biasa beli lebih kurang RM3 je." Tapi ternyata kata-kata itu cuma terkubur di dalam hati saje. 

Bagi wanita-wanita yang tak biasa beli Libresse, harga RM5.50 tu harga normal untuk Libresse 20 keping. Tapi yang saya beli tadi tu..................... 8 KEPING SAJE! Hati tak puas lagi, keluar dari Pudu Sentral, saya jalan kaki terus nak pegi LRT Pasar Seni. Dalam perjalanan tu, saya singgah Watson sekejap. Semata-mata nak check balik harga. Mana la tau Libresse dah naik harga dalam masa sebulan ni. Pack 10 atau 8 keping tak ada la pulak. Yang ada pack 20 keping dan 16 keping. Ternyata, yang tu memang harga RM5++.

Keluar dari Watson, jalan lagi, saya jumpa 7Eleven, singgah. Ohhh ada pack 10 dan 8 keping. Harga? RM3.30. See....... harga dia lebih kurang tu saja. Yang biasa saya beli pun cuma RM2.95 (lebih kurang la, x lebih dari RM3 pun).

Bukan nak kecoh sangat. Tapi, harga kakak tu jual terlalu mahal dari harga biasa. Sewa kedai kat Pudu Sentral tu terlalu mahal ke sampai kakak tu kena naikkan harga sampai macam tu sekali? Takpe lah, anggap saje kasi kakak tu upah turunkan pack Libresse dengan susah payahnya menggunakan payung panjang itu. Haihh..

Mungkin rezeki kakak tu kan. Takpelah :)

Monday, April 15, 2013

Eh, Best Jugak Main Edit Gambar Ni ^^

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera


Hari tu saya melayan Youtube terjumpa video tutorial edit gambar. Macam-macam ada. Nak tukar muka orang la, nak buat water effect la, nak buat light effect la. Ehh, macam best je. Bila tengok video dia, rasa-rasa kalau cuba macam boleh buat je. Macam la kan..... hehe...

Tetiba teruja pulak nak try. Ada gambar sorang anak Ustaz tempat saya praktikum ni. Ustaz Amri, nama anak dia Najmi. Najmi ni murid saya. Saya mengajar subjek BM kelas dia, Tahun 2Arif. Pening kepala mengajar budak-budak kecik, 42 kepala dalam sekelas tu.... takpe, murid saya semua baik-baik. Saya sayang budak-budak tu ^_^. Ok, kat bawah ni gambar asal. Gambar ni masa Hari Kokurikulum SK Bukit Kuda, Klang, Selangor. Kredit kepada Cikgu Hafiz yang tangkap gambar ni.


Bila saya edit, jadi la macam ni ;). Saya cuba tambah-tambah light effect.



Kat bawah ni ada lagi. Gambar Cikgu Asni jadi bahan eksperimen. Heheh..




Ada satu lagi. Gambar saya dan mak. Masa ni kenduri Kak Elin. Makcik saya upload gambar. Sepantas kilat la edit terus buat cover photo FB. ^_^





Mood edit gambar bukan boleh paksa-paksa. Mood ni datang dari hati. Bila ada, lama mana pun tak terasa sampai puas hati. Kalau tak, sekejap pun dan bosan, gambar pun tak jadi ;).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...