Support Me Here ^_^

Tuesday, June 14, 2011

Golden Cucur Bilis


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. Ada idea untuk sarapan pagi atau minum petang? Dah tengok gambar kat atas tu? Yang tu nama die cucur bilis atau cekodok bilis atau jemput-jemput. Tapi saya saje hiperbola sikit kasi nama "Golden Cucur Bilis". Hehee... Ye la, sebab warna die ala-ala keemasan sikit. 

Nak buat cucur bilis ni tersangatlah mudah. Penah dengar orang cakap, "petik jari pun boleh jadi" atau "pejam mata pun boleh buat"? Haa, kalau nak buat cucur bilis ni memang takkan jadi la kalau setakat petik jari atau pejam mata. Nanti tepung ke mana, bilis ke mana, orang tuang minyak dalam kuali, nanti korang tuang dalam tepung. Hehee..

Bahan-bahannya :

Tepung gandum
Ikan bilis
Cili merah
Kobis (dihiris kecil)
Telur ayam (1 biji)
Garam
Air

Kuantiti tepung gandum, ikan bilis, cili merah dan bunga kobis tu terpulang la pada korang. Kalau nak buat banyak, letak la banyak. Untuk hidangan macam gambar kat atas tu, saya guna sebiji je cili merah, segenggam ikan bilis, sedikit bunga kobis. Tepung saya tak sukat pun, letak secukupnya supaya x cair sangat adunan tu.

Cara-cara :

Kisar ikan bilis dan cili merah, letak air sikit. Alternatif lain, boleh tumbuk bahan-bahan tu. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, hirisan kobis, telur ayam dan garam ke dalam tepung. Gaul adunan tersebut hingga sebati. Kalau adunan agak cair, tambah sedikit tepung. Panaskan minyak dan goreng adunan tu. Bila warna die dah keemasan, angkat dan hidangkan.

Tambahan :

Kalau korang nak tambah bawang merah dan sayuran yang lain, boleh tambah. Ikut la citarasa korang. Kalau bahan yang saya dah nyatakan tadi dikisar, tak perlu tambah air semasa gaul adunan. Kalau bahan tu ditumbuk, perlu la tambah air semasa menggaul. 

Tekak saya kata sedap, cubalah. Hehee... Makan waktu petang lagi best. Eh, jangan lupa sos cili ok. Sebagai pelengkap, hidangkan dengan kopi panas yang kaw punye!


p/s : Sangat mudah dan memang mudah, saya je saje nak share kat sini. 

Pembetulan : Kobis taw korang, bukan bunga kobis. Huhuu... Silap type tadi.

11 menconteng:

syazana amira said...

tiba2 rasa lapar cucur.. huhu

khalila ishak said...

@♥misz nana♥
hehee... ape lagi nana. mari la goreng menggoreng cucur ^_^

fiQRa said...

nyum3.. nak ckit =)

dwatyKNY said...

makin bertambah lapar la perut ni tengok cucur kalila

khalila ishak said...

@fiQ'Ra
heheh... mai sini mai sini, jemput makan sekali. ^^

khalila ishak said...

@dwaty
hehee... bende ni memang melaparkan. baru separuh siap goreng dah ngap 2,3 biji dlm mulut. huhu

Izzati Amira said...

Whoaa, gune kobis pon boley yer? nak try jugak la.. kalo wat cucur tepung campur kentang yg dikisar pon sedap jugak ni..manis je rasenyer..try laa

khalila ishak said...

@Miss Jingga
Heheee.... boleh saje. asalkan boleh dimakan. Miss Jingga, kobis taw, bukan bunga kobis. td salah type.

Waa... yeke? nak try la esok letak kentang.. Hehee...

Anonymous said...

apit balik perak nty. kasi buat ini golden cucur bilis. hahahaha

khalila ishak said...

@.faris.
hahahaaaa.... xde hal la. kacang je ^^

Anonymous said...

oke2. tggu jek nie. hahaha ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...