Support Me Here ^_^

Monday, April 29, 2013

Semanis Fishball, Semasam Laksa

Semalam masa balik dari Pudu Sentral, saya lalu di kawasan LRT Pasar Seni. Waktu tu lebih kurang pukul 7.20 PM. Ade satu gerai kecil masih buka waktu tu. Saya nampak penjual dia masih muda. Wanita. Dengan wajah yang sudah "berminyak" dia masih tersenyum melayan pelanggan. Saya bukan nak komen minyak di muka wanita tu. Normal la kan. Bekerja sepanjang hari menjual makanan bergoreng macam fishball, nugget, sosej, pisang goreng dan segala macam lagi, letih dan panas, itu biasa. Saya mengerti. Saya cuma mahu komen senyuman dan layanan mesra dia terhadap pelanggan waktu itu. Bagus, memang bagus. Itulah cara terbaik melayan pelanggan.

(gambar pinjam)

Bukan apa, saya teringat ada suatu hari saya turun di sebuah stesen LRT. Saya singgah sekejap di gerai yang menjual laksa. Laksa memang salah satu makanan favourite saya. Tapi saya tak terus singgah dan beli di kedai laksa tu. Saya jalan dulu tengok gerai-gerai lain. Ada char kuey tiaw, nasi goreng, nasi kukus, macam-macam lagi la. Tapi sebab teringat kat laksa tadi, dan sebab dah hampir malam, saya malas nak makan nasi, jadi saya patah balik ke kedai laksa tu. 

Saya datang, senyum. Tapi.... orang tu x senyum balik pun *tacing. Tapi takpe, biaselah. Mungkin penat. Saya terus order sebungkus laksa. Tengok yang sorang lagi, senyum langsung tidak. Masam lagi ada. Macam nak tak nak je layan. Sedangkan cuma saya sorang pelanggan masa tu. Sampailah saya bayar laksa tu, tak berkata apa-apa. Pelik jugak. Ada konflik dalaman ke? Langsung tidak bermanis muka atau bermanis kata. Biasanya, bila kita membeli di mana-mana, ada ucapan 'terima kasih' atau 'saya jual ye' atau paling tidak pun, sebaris senyuman. Jadi, orang yang membeli ni rasa gembira je. Ada yang sedih ke lepas beli makanan? Hehe...

Ini bukan masalah besar. Tapi hal-hal kecil macam inilah yang tidak boleh diperkecilkan. Awak jual dengan muka yang masam mencuka, orang lain tengok pun tak senang. Awak jual dengan muka manis, mesra, orang yang tak beli pun bila nampak awak layan customer baik-baik macam tu boleh buat dia nak singgah beli makanan atau barang kat awak. Bersangka baik, mungkin si penjual laksa ada masalah sebelum tu yang kita tak tahu. 


**Ini bukan kisah gerai laksa di Pasar Malam Kerinci yang tiga beranak itu ye. Yang tu ok, tak ada masalah ;)

2 menconteng:

combi said...

grrrrr...sedapnyeeeeeee

khalila ishak said...

@combi

memang best! lagi2 tgh lapa ni. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...