Support Me Here ^_^

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

FOOTER : Pelengkap Blog? Ohh... Ada Barang FREE Juga ^_^



Hai semua ^_^. Apa khabar? Sekarang dah terasa bahang kesibukan bila masuk bulan kedua sesi kuliah semester 5 ni. Banyak nak kena fikir, banyak nak kena buat, banyak nak kena selesaikan. Agak-agak nak kahwin nanti lagi sibuk tak? Ehhh.... cakap pasal kahwin pulak. Hehe...

FOOTER. Ramai blogger letak footer kat blog kan? Saya dah lama nak letak. Tapi tak letak jugak. Bukan tak ada masa sebelum ni. Tapi mood buat footer belum ada. Tiba-tiba hari ni ada mood. Jadi, dengan tiba-tiba jugak blog saya dah ada footer sekarang. Hehe... blog lain dah lama ada khalila oiiii.... 



Saya guna gambar masa pergi Lumut hari tu. Bertukang sana, bertukang sini, terhasillah footer tak seberapa kat atas tu. Jadi la nak buat puas hati. Tak rumit sangat. Cuma perlu letakkan jiwa, perlu feel masa nak buat footer tu. Heheh... lebih-lebih pulak. Kalau korang enjoy masa proses nak buat benda ni, tak ada masalah la.

Kenapa saya kata footer ni pelengkap blog? Saya teringat ada satu entry sorang blogger ni, blog ada pembuka, ada jugak penutupnya. Header sebagai pembuka, footer pulak sebagai penutup. Logik jugak kan? Tapi tak wajib pun. Ikut kemahuan blogger tu la. Tak ada masalah pun. Macam saya, saja suka-suka dan teringin nak letak footer.

Macam mana nak letak footer dalam blog? Saya selalu rujuk tutorial dari Lyssa Faizureen. Klik banner cik adik Lyssa kat sidebar tu kalau nak tengok tutorial dia yang tersangatlah banyak. Macam-macam ada kat situ.

Macam saya tadi, bila dah siap gambar untuk footer, UPLOAD kat PHOTOBUCKET. Copy KOD HTML. Kemudian......

Dashboard > Layout > Add a Gadjet (bawah sekali) > HTML/JavaScript > Masukkan kod HTML tadi.

kemudian, save la ye ^_^.



Tadi, tiba-tiba rajin buat footer banyak-banyak. Kalau nak, ambil je la. Saya dah upload sekali kat Photobucket. Kalau nak, korang klik kat gambar footer tu dan akan direct ke album saya di Photobucket. Kemudian copy je la kod html yang ada kat situ. Pastu letak kat blog macam saya bagi tau tadi ye. Tapi saya buat simple je la. Kalau berminat, ambillah. Kalau tak, tengok je lah. Hehe..



.................................................................................................................




















.................................................................................................................

Saiz sebenar = 900 x 175 pixel (+/-)
Font = Comic Andy / Shoplifter
Software = Adobe Photoshop / Microsoft Power Point / Photobucket


p/s : Tengah rajin, macam-macam nak buat. Dah malas, satu benda pun tak ada. Huhuu...

Tuesday, January 24, 2012

Cara Mudah SHARE Entry di Facebook



Hai semua ^_^. Saya tau ramai yang dah tau cara mudah nak share entry blog kita kat FB. Tapi, tangan saje gatal nak buat entry jugak. Cara ni saya selalu guna bila tengah rushing ada hal lain atau line internet tersangatlah slow mengalahkan kekure. Jadi cara ni yang paling mudah dan tak perlu nak tunggu webpage loading dengan lama.


STEP 1


Korang ade letak SHARE BUTTON macam kat gambar tu tak? Kalau ade boleh terus klik situ. Saya tak pasti kalau Facebook Share Button boleh buat camni jugak atau tak. Mungkin boleh. Korang try la ye. ^_^


STEP 2


Haaa.... lepas korang klik button tu tadi, akak keluar box macam kat atas tu. Ada kotak "Write something". Korang boleh la tulis apa-apa dalam kotak tu ok ^_^.


STEP 3


Sebelum tu, korang boleh pilih ke mana korang nak share entry blog korang tu. Cuba klik kat button pada anak panah warna merah tu. Ada beberapa pilihan kat situ. Macam contoh yang saya tunjuk ni, saya nak share kat group dalam FB.


STEP 4


Lepas klik pada pilihan "In a group", akak keluar satu lagi kotak yang saya tunjuk pada anak panah warna merah. Sekarang korang kene taip nama group dalam FB yang korang nak share tu.


STEP 5


Dalam contoh tu, saya nak taip "blogger". Bila saya taip [b] je, keluar beberapa pilihan group yang berkaitan. So, korang boleh pilih mana-mana group tersebut ok.


STEP 6


Ok, saya dah pilih group Kaki Bloger. Ni part yang paling akhir. Lepas dah selesai semua step kat atas tadi, korang klik pada button "Share link". Dah? Ok, sekarang dah SIAP !! ^_^. Ohhh.... kalau korang nak share lagi, ulang lagi semua step yang kat atas tu ok ^_^


Terpulanglah kepada kalian semua mana yang lebih mudah. Bagi saya ni yang paling mudah. Ke korang ada cara yang lagi mudah? Meh la share dengan saya sekali ^_^.


p/s : Diulang semula, ni cara yang mudah untuk share entry di FB bila line internet tersangat slow mengalahkan kekure atau tengah kesuntukan masa.

Friday, January 06, 2012

ALHAMDULILLAH....... I Get You Back! ^_^



Hai semua ^_^. Apa khabar? Saya baru je beberapa hari mula semester baru. Ohhh..... memang penat. Ditambah lagi dengan cuaca kat KL yang sangat panas lagi-lagi waktu tengah hari. Kalau jalan berbumbungkan langit, tak sah kalau mata tak sepet-sepet, dahi berkerut-kerut. 

Semalam lagi BEST. Lebih kurang pukul 11.30 - 12.30 saya dengan 3 orang lagi kawan pergi sukat ukuran gelanggang. Cuba teka ada berapa gelanggang kami kena sukat. Dah? Ok, kami kena sukat 5 gelanggang. Gelanggang apa? 

Badminton

Bola Tampar

Futsal

Tenis

Bola Keranjang

Fuhhh.......! Rasa macam bersantai dalam oven je. Panas bukan main. Tu baru panas kat dunia. Belum panas kat akhirat nanti. Hmm.... Semua tu untuk apa? Semua tu untuk amali minggu pertama untuk subjek Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan semester ni. Lebar garisan pun kena sukat tau sama ada ikut spesifikasi sebenar atau tak. Jarak antara gelung jaring bola keranjang dengan lantai pun kena sukat. Bayangkan macam mana kami yang tak cukup ketinggian ni nak memanjat untuk ambil ukuran tu. Dah macam pekerja kontrak pun ade main sukat-sukat camtu. Hehee....

TAPI.... semua tu kami boleh buat. Macam mana caranya, biarlah kami je yang tau. Yang penting, ilmu dan pengalaman yang kami dapat semalam. Kalau tak, sampai bila-bila pun kami tak belajar tentang spesifikasi sebenar ukuran gelanggang-gelanggang tersebut, kan?



(LINK)

Sebenarnya saya nak cerita pasal benda lain kat entry ni. Tentang sesuatu yang dah kembali kepada saya setelah sesuatu itu pergi meninggalkan saya sekejap. Sedih jugaklah bila sesuatu tu pergi. Jenuh fikir macam mana nak dapatkan balik. Akhirnya saya dapat jugak. Thanx for come back to me ^_^. Nak tau apa dia? Tengok bawah ni.


(LINK)

"If you've been redirected to this page from the sign-in page, it means that access to your Google Account has been disable."

Haaa..... malam tadi la ni semua jadi. Tiba-tiba je jadi masa saya nak view dashboard blogger. Lepas log in, terus jadi macam ni. Padahal baru je bukak sebelum tu, ok je. Sikit-sikit mesti cuak jugak kan? Kita buat apa sampai kena macam ni? Mungkin saya ade guna gambar yang lupa saya nak link balik sumber dari mana. Tapi rasanya semua saya link balik. Tak apalah. Lepas buat report malam tadi jugak, akhirnya hari ni account Google saya dah kembali macam biasa.

Jadi, untuk korang yang tiba-tiba kena macam ni, jangan cuak ok. Kalau nak tengok cerita CUAK kat Astro tak apa. Nampak tak ayat "Please start reviewing the relevant Terms of Service. Then, if you think your account should not have been disable, please contact us.".

Haa.... klik kat "contact us" tu. Nanti dia akan bagi satu form yang korang kene isi. Mudah je, tak banyak kerenah pun. Lepas dia investigate (ewahh.... macam CSI), insyaAllah korang akan dapat balik account Google korang tu. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau korang memang yakin yang korang tak buat salah, jangan risau, buat report dan insyaAllah account Google akan kembali kepada korang. Heheh....


p/s : Setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya..... ^_^

Sunday, September 11, 2011

My Blog Is Overweight ! Tuan Die?

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Blog saya ni berat rupanya. Agaknya banyak sangat makan rendang dengan kuih raya. Eh, tu saya -_-". Hah, tak reti-reti lagi nak pegi jogging? Tiba-tiba terfikir, blog saya ni berat ke tidak. Sesiapa yang ada bukak blog saya ni, berat tak? Lama tak nak loading? Sebab selalu saya buka ok je. Tak lambat pun. Saya banyak kali baca kat blog-blog lain, blog yang ringan adalah di bawah 100 KB. Tapi, blog saya ni bukan setakat lebih sikit. Ni dah lebih banyak dah ni ! 250.2 KB - 100 KB = 150.2 KB. 150.2 KB tu ha bezanye. Ish3...... Tak tau la nak buang part mane dalam blog ni. Rasenye macam-macam dah buang. Tapi turunnye sikit je. Jangan nanti sampai tinggal header je. Haha... Ke header blog ni yang berat ek? Sebab tuan blog ade dalam header tu? Nampak sangat la tuan blog ni berat sesangat. Ish3..... Agaknya kene bagi pemakanan yang seimbang kat blog ni baru blog ni slim.

Eh, dah lama tak timbang berat blog? Tak pernah lagi timbang? Tak kisah pun?
Kalau nak try timbang, klik link bawah ni ye.


p/s : Pondok kecik jom pegi jog ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...