Support Me Here ^_^

Friday, January 06, 2012

ALHAMDULILLAH....... I Get You Back! ^_^



Hai semua ^_^. Apa khabar? Saya baru je beberapa hari mula semester baru. Ohhh..... memang penat. Ditambah lagi dengan cuaca kat KL yang sangat panas lagi-lagi waktu tengah hari. Kalau jalan berbumbungkan langit, tak sah kalau mata tak sepet-sepet, dahi berkerut-kerut. 

Semalam lagi BEST. Lebih kurang pukul 11.30 - 12.30 saya dengan 3 orang lagi kawan pergi sukat ukuran gelanggang. Cuba teka ada berapa gelanggang kami kena sukat. Dah? Ok, kami kena sukat 5 gelanggang. Gelanggang apa? 

Badminton

Bola Tampar

Futsal

Tenis

Bola Keranjang

Fuhhh.......! Rasa macam bersantai dalam oven je. Panas bukan main. Tu baru panas kat dunia. Belum panas kat akhirat nanti. Hmm.... Semua tu untuk apa? Semua tu untuk amali minggu pertama untuk subjek Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan semester ni. Lebar garisan pun kena sukat tau sama ada ikut spesifikasi sebenar atau tak. Jarak antara gelung jaring bola keranjang dengan lantai pun kena sukat. Bayangkan macam mana kami yang tak cukup ketinggian ni nak memanjat untuk ambil ukuran tu. Dah macam pekerja kontrak pun ade main sukat-sukat camtu. Hehee....

TAPI.... semua tu kami boleh buat. Macam mana caranya, biarlah kami je yang tau. Yang penting, ilmu dan pengalaman yang kami dapat semalam. Kalau tak, sampai bila-bila pun kami tak belajar tentang spesifikasi sebenar ukuran gelanggang-gelanggang tersebut, kan?



(LINK)

Sebenarnya saya nak cerita pasal benda lain kat entry ni. Tentang sesuatu yang dah kembali kepada saya setelah sesuatu itu pergi meninggalkan saya sekejap. Sedih jugaklah bila sesuatu tu pergi. Jenuh fikir macam mana nak dapatkan balik. Akhirnya saya dapat jugak. Thanx for come back to me ^_^. Nak tau apa dia? Tengok bawah ni.


(LINK)

"If you've been redirected to this page from the sign-in page, it means that access to your Google Account has been disable."

Haaa..... malam tadi la ni semua jadi. Tiba-tiba je jadi masa saya nak view dashboard blogger. Lepas log in, terus jadi macam ni. Padahal baru je bukak sebelum tu, ok je. Sikit-sikit mesti cuak jugak kan? Kita buat apa sampai kena macam ni? Mungkin saya ade guna gambar yang lupa saya nak link balik sumber dari mana. Tapi rasanya semua saya link balik. Tak apalah. Lepas buat report malam tadi jugak, akhirnya hari ni account Google saya dah kembali macam biasa.

Jadi, untuk korang yang tiba-tiba kena macam ni, jangan cuak ok. Kalau nak tengok cerita CUAK kat Astro tak apa. Nampak tak ayat "Please start reviewing the relevant Terms of Service. Then, if you think your account should not have been disable, please contact us.".

Haa.... klik kat "contact us" tu. Nanti dia akan bagi satu form yang korang kene isi. Mudah je, tak banyak kerenah pun. Lepas dia investigate (ewahh.... macam CSI), insyaAllah korang akan dapat balik account Google korang tu. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau korang memang yakin yang korang tak buat salah, jangan risau, buat report dan insyaAllah account Google akan kembali kepada korang. Heheh....


p/s : Setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya..... ^_^

22 menconteng:

Umar Kadir said...

seriously, malam tadi pun kene jugak mcm ni! mmg macam cuak jugak la. but finally dpt recover balik. rasanya mmg down la google semalam! huhu

laskar pelangi said...

takut juga jadi cam gitu kan.memang cuak habis laaaa...hehehe:)
thanks awak untuk info yg berguna ni


-.-

Honey Kumicky said...

hurmmm..

aritu pon Honey da kena kak ila...

khalila said...

@Umar Kadir

oooo yeke umar? hmm... nmpaknye kite antara org2 yg terpilih utk jd mangsa system down kt google ni. heheh...

khalila said...

@laskar pelangi
haihhh.... mmg cuak! lagi2 kalau dh lama kita bela blog ni. huhuu... seb baik dpt balik. kalau awk kene cmni len kali, jgn cuak ok. boleh try report dulu. hehe ;)

khalila said...

@Honey Kumicky
ooo yeke honey? akak 1st time kene cmni. cuak jugak la. seb baik dpt balik. huhu

Umar Kadir said...

kan! yang penting ada pengalaman. Lepas ni xde la cuak sgt. harap xjd dah mcm ni..

khalila said...

@Umar Kadir
hehee... xmo dah jadi cmni. sedih rasa hati.... ewahh.. ;p

Rtp Farra Arisha said...

if i being you, i would nervous too if that happened to me :'( luckily, you could get yours back.

happy nu year 2012, sis.

diana said...

mintak2 la blog akak tak jadi gini...:0

zizidiazora said...

yup2 betul setiap masalah yang dtg itu pasti ada jalan penyelesaiannya cuma bagaimana...itu terpulanglah kepada kebijaksanaan masing2..

CekbOlat-bOlat said...

wahh minah bangla.. huhu..
akak ! bolat ade gak acc google.. xpnah check pun.. ape klebihannye?

Fixx said...

ok.. tahniah dpt balik..
tadi blog afiq hampir di hack PT.. sebaik afiq cepat tukar password kalau tak masak kot!

Nurul ain said...

wahhh... tak pernah kena lagi mcm ni.. tapi lepasa ni kena hati2 jugak la kan

Kotak Mancis said...

kekadang ridau gak takot blog xleh buka... tapi nasib la sampai sekarang xda masalah lagi...

V said...

KAT MANA NAK MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv,Astro Ria ,Astro Warna ,Astro Arena ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie YA OK KINI ANDA TAK PERLU RISAU ANDA BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL TERSEBUT FREE DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh

Nelly The Strange said...

mesti gelabah kan ??
-.-

hope tak de la macam tu ~

Teenager Housemaid said...

wah, klu jadi mcm tu..
mau nervous gile..n tatau nk buat ape..huhu

Woofer Storm said...

betul2,setiap msalah pasti ada penyelesaiannya..orang kata,jangan cepat melatah..

#nasib baik boleh dapat..syukur^^

zareliqa afiqa said...

google ni mmg suka buat orang cuak agaknya.huhu T.T

WuMing said...

Ada baik dan buruknya.....

Jasmine said...

Hi, saya mengalami hal yang sama dengan anda.
Google account saya disable, bolehkah saya tau caranya langkah-langkah agar account dan blog saya boleh kembali seperti anda?

Thanks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...