Support Me Here ^_^

Thursday, January 26, 2012

12 Jam Bakar Lemak di KL - Shah Alam ^_^


Hai semua ^_^. Peristiwa dah berlalu lebih dua minggu. Tapi hari ni baru ada kesempatan nak share. Pernah tak korang berjalan-jalan, bersiar-siar, lepak-lepak lebih dari 12 jam? Siap ada sambungan lagi. Maksudnya, tempoh dari korang start keluar sampai korang balik melebihi daripada 12 jam. Pernah? Huuuiiii.... ape cerita kaki korang? Ada sengal-sengal ubi tak? Hehee

Hujung minggu pertama semester 5, saya dengan beberapa orang kawan pegi membakar lemak-lemak tepu sekitar KL & Shah Alam. Ehh.... bakar lemak ke tambah lemak entah. Makan - jalan - makan lagi - jalan lagi - makan lagi dan lagi. Hehee... Kami keluar lebih kurang pukul 8.30 pagi, balik hostel sekejap lebih kurang pukul 1.30 petang, keluar semula pukul 2.30 petang dan balik hostel lebih kurang 10.30 malam.

Nak tau ke mana kami semua pegi hari tu? Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni haaa..


1 -  Taman Tasik Perdana

Selama 3 tahun setengah duduk kat KL, baru sekali jejak kaki kat Taman Tasik Perdana. Percayalah. Padahal tempat tu dekat je dengan institut. Sampai-sampai terus cari parking, cari port nak lepak, makan-makan. Lepas makan jalan-jalan kejap dalam taman. Hoooiii besar rupenye kawasan taman tasik ni. Ingat macam tasik kat Taman Jaya je. Huhu... Banyak lagi taman lain dalam kawasan ni. Taman Rama-Rama, Taman Burung. Tapi semua tu kami tak masuk sebab kene bayar. Tengah kering lagi, tapi duit nipis, jadi kite cari tempat free je. Hehe...


[Hafiz - Rabiatul (Bit) - Fatehah - Syamim]








2 - Planetarium

Rasanya ni kali kedua saya datang sini. Kali pertama dulu masa sekolah menengah. Form 1 ke Form 2 entah. Lama kan? Sekarang tak payah bayar dah kalau nak masuk tengok pameran kat dalam ni. Tapi kalau nak masuk tengok movie (lupa nama dia apa) atau yang special tu, kene bayar la. Sangat bagus kalau bawak adik-adik kita pegi sini. Banyak ilmu sains yang diorang boleh dapat kat sini. Lepas keluar dari Planetarium ni, kami balik hostel sekejap. Solat, rehat kejap. Nak ke Shah Alam pulak ^_^.






3 - Mamak Stall

Eh, ni boleh kira tempat lawatan jugak ke? Huhuu tak kisah la. Janji ni tempat kami ada singgah. Sebenarnya kami selalu datang sini makan rojak atau cendol. Best taw cendol kat sini. Kalau nak yang kosong pun ada, cendol pulut pun ada. Rojak atau mee rojak dia pun boleh tahan. Tahu tak kat mana? Berhampiran dengan gate Universiti Malaya di Petaling Jaya. Kalau tak tau, sebelah MAHSA Colledge. Lagi tepat, sebelah KFC sebelah MAHSA Colledge tu. Bertentangan dengan dua buah stesen minyak. Ada satu tempat lagi best jugak rojak dia. Dekat tepi jalan Bukit Pantai.




4 - Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Haaa.... ni la tujuan utama nak pergi Shah Alam sebenarnya. Bit yang ajak datang sini nak tengok-tengok library baru ni. Ohhh..... memang best library ni ye kalian semua. Kami tak sempat nak explore setiap inci tempat ni sebab masa datang ni dah lewat. Hampir nak tutup dah. Dapat jenguk-jenguk sikit bahagian dalam dan luar library ni. Memang sangat selesa kalau nak study kat sini. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah komputer, gym, kafetaria, tempat riadah dan macam-macam lagi. Cakap pasal komputer, sangat banyak komputer yang disediakan ok. Semua jenama Apple. kalau tak salah saya lah. Hehe... Kalau nak tau, korang datanglah sendiri ke sini. ^_^





5 - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Siapa tak kenal masjid biru putih ni kan. Masjid yang terkenal di Shah Alam. Kami singgah solat sekejap kat sini sebab dah petang. Tengok, kami yang besar ni pun nampak kecik kat situ. ^_^



6 - Mydin Shah Alam

Sorry kat sini tak ada gambar. Kami singgah beli barang jualan (orang kirim kat Fatehah). Beli barang masing-masing. Beli ala kadar je la. Barang-barang keperluan. Tak boleh lebih-lebih. Duit nipis masa tu. Hehe... Balik dari Mydin, kami singgah rumah Bit di Shah Alam. Rehat, solat kejap.


7 - Uptown Shah Alam

Tempat terakhir kami pegi bakar lemak. Ehh.... tambah lemak. Huhuu. Saya 1st time datang ini tempat. Turun-turun kereta terus hujan. Setelah sekian lama KL dan kawasan sekitarnya panas. Best jugak kat sini. Sekali tengok ala-ala mini Times Square. Tapi kalau TS banyak fesyen korea. Ohhh... tempat makan die paling tak boleh lupa. Kami makan kat satu kedai makan ni. Nama dia saya lupa pulak. tapi memang best la, tak tipu punye. Order air kelapa, sekali dia bagi gelas BESAR punyeeee...! Memang tak habis la, bungkus bawak balik. Hehe... makanan dia pun boleh tahan sedap jugak.




Credit :
Rabiatul (Bit)
Fatehah


p/s : Semalam (25/1/2012) saya pegi sukat jalan [bak kate orang tu] ke Manjung - Lumut. Nanti cerita ye. Hehe....

4 menconteng:

RinsyaRyc said...

waa,,, best gile kan ? sonoknya. rin pun rasa mcm nak pi jln2 dngan kawan tpi... harrharr.. poket dah kopak .

fengsan~

Cik Lyeen said...

bestnya kak lila..hahhaa...ni dah keluar elaun ble la jalan2 lagi...hehehe...belanja kat lyeen cendol satu bole..hehhee

ZWAN SABRI said...

Wah! mmg meletihkan lah.. tapi best! :)

starzieti said...

bestnya dia g jalan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...