Support Me Here ^_^

Monday, June 13, 2011

MUET - Segalanya Ku Terima

(Ngengade je nak blur ;p)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. April lepas saya ada test MUET. Tahukah korang apa itu MUET. Tahu? Tak tahu?  MUET tu Malaysia University English Test. Sesiapa yang nak sambung degree kat universiti kene ada MUET ni. Bukan kate universiti je, Institut Pendidikan Guru (IPG) macam saya ni pun kene ada jugak. Tapi.... ade bezanya di situ. Kalau universiti, MUET tu adalah syarat kelayakan untuk masuk universiti. Kalau IPG, MUET adalah syarat kelayakan untuk graduation. Senang cerita, universiti syarat masuk, IPG syarat keluar. Adakah fakta saya ni betul? Kalau salah tolong betulkan. Boleh bah kalau kau (ehh.. Lena pulak). Huhuu...

Untuk pengetahuan korang semua, kali ni adalah kali kedua saya ambil test MUET. Bukan sebab tak lepas "band" yang saya dapat. Tapi........

Begini ceritanya....

Dulu saya masuk Form 6, sememangnye la saya kene ambil MUET. Dah dapat result, lepas la untuk masuk universiti. Seminggu kat UITM Seri Iskandar, saya masuk IPG Kampus Bahasa Melayu pulak. Saya pernah cerita pasal macam mana dari UITM, saya pindah ke IPG. Cuba tengok entry ni  [Cerita Agak Rahsia Nak Cerita Ni]. Bila kat sini, MUET perlu untuk graduation dan tahun graduation saya tu, tarikh slip MUET saya dah expired. Jadi, kene la ambil sekali lagi.

Hari ni, result MUET keluar. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki kurniaan Allah. Tak lah setinggi mana yang saya dapat. Tapi cukup untuk menyebabkan saya tersenyum dan tidak repeat semula. Untuk pengetahuan korang lagi, MUET akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun mulai 2012 kalau tak salah saya. Bagi sesiapa yang perlu ambil MUET, boleh la merujuk di http://www.mpm.edu.my.

11 menconteng:

Firdaus Life said...

tahniah keputusan elok untuk MUET

khalila ishak said...

@Freaky
trima kasih ^_^. alhamdulillah

khalila ishak said...

@solomolo
terima kasih. alhamdulillah.. ^_^

syazana amira said...

tahniah :)

khalila ishak said...

@♥misz nana♥
time kasih nana ^_^

Unknown said...

sis hehee..zara pun dah ambil muet n expired date dia nnt 2015...skrg baru ppismp sem3..rasanya perlu lagi ke ekk ambil muet 2..adoiii malas den hehe...takut xsempat lak...mmg graduate t 2015 tp muet expired blan jan...so???

khalila ishak said...

@Aishiteru_nzee :)
huhuu...rasenye situasi zara pun lebih kurg akak gak. mmg sblum akak pegang, "xyah amek dah". tapi last2, taun ni, tpaksa gak trime knyataan kene amek lagi. huhuu... utk kpastian cuba refer kat unit peperiksaan ^_^

Zaidah said...

kak...kat ipg sume bi die teror2 ke????muet susah x???

khalila ishak said...

@Hawa
Hawa, same je kat mane2 pun. Hehe... Bgantung la kat individu tu. MUET senang kalau teror BI + Confident. Susah kalau x ambil tau langsung + x confident. ^_^

jeri said...

tengah google2 pasal muet. sebab sijil muet saya dah lepas 5 tahun da.. So. risau r.. nanti kan tak boleh graduate lak pulak.. lagi 3tahun nak abis.. huhu. Minggu ni ada pendaftaran muet.. nanti tanye utk confirmkan..

0 said...

bila akan dapat sijil muet selepas keputusan? nak ambil kat mana sijil muet?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...