Support Me Here ^_^

Wednesday, June 29, 2011

Puisi : Akhir Sebuah Ceritera



Berakhir ceritera kita
Engkau pergi 
Aku pergi
Terpisah di dua haluan
Mengejar ufuk yang berbeza

Suatu ketika
Ku yakin harapan masih ada
Kini hancur
Umpama debu berterbangan
Lenyap dari pandangan
Pergi bersama hembusan bayu

Ku genggam kenangan ini
Tak mahu lepas
Tak mahu dibiar pergi

Umpama menggenggam air
Tak mungkin tergenggam
Harusku lepaskan
Mengalir ke lautan
Biar tersimpan antara tujuh lautan
Tak bisa ku cari
Tak bisa ku temui
Hanya mampu dikenang

Akan ku melangkah di pasir memutih
Pabila memori kian menjengah
Pabila hati ini sayu
Untuk ku kenang kembali
Kisah kita

Tidak pernah aku sesali
Dugaan menduga hati
Redha ku bersama Ilahi
Ku yakin Dia Maha Mengetahui...

Puisi : Luka Rindu



Kerinduanku
Bersarang di kalbu
Bagai bisa 
Pedih terasa

Namun...
Biarlah...
Biarlah rasa ini bersarang di sini
Tak perlu dibuang jauh
Disingkir hilang
Dikikis hancur
Biarlah...

Walau bisa terasa
Walau derita menanggung
Walau sakit menusuk
Biarkan saja
Aku rela...
Kerna rindu ini
Tercipta buatku
Kurniaan Ilahi
Untuk dirimu

Rawatlah luka rindu ini
Wahai kasih...
Agar lenyap
Tanggungan rinduku
Padamu....

Khalila's Wordless Wednesday #3


p/s : nampak sangat lepas seminggu baru update blog -_-"

Saturday, June 18, 2011

Syhhhhh........ Jangan Kacau Mereka...... ;p


Eh eh ehhh.... diorang tengah beradu. Mentang-mentang sejuk baru lepas hujan.

Syhh..... Jangan bising. Yang ni jantan.

Yang ni betina. Sopan sikit kan angsa betina ni tidur.

Haa... kan dah kate jangan bising.. Kan diorang dah bangun.

"Heisyy.... manusia ni. Bising je aku nak tidur. Dah la tengah pening-pening ni."

"Yunk, jom kite pegi."

"Ala bang. Yunk ngantuk lagi la."

"Heyyy, manusia! Jangan kacau boleh tak. Grrrr...!"

"Bang, bang. Kejap. Ade semut api ni."

"Ehh.... Manusia tu ikut kita lagi la. Paparazzi ke die tu?"

"Jom la kite lari dari sini!"

p/s : Ni la angsa-angsa kat rumah atuk saya. Dua ekor ni je yang tinggal. Keje diorang melawat kawasan je tiap hari. Malam-malam pun pegi lawat kawasan. Saya pun dah confius mana satu jantan, mana satu betina. Huhuu..


Wednesday, June 15, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Golden Cucur Bilis


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. Ada idea untuk sarapan pagi atau minum petang? Dah tengok gambar kat atas tu? Yang tu nama die cucur bilis atau cekodok bilis atau jemput-jemput. Tapi saya saje hiperbola sikit kasi nama "Golden Cucur Bilis". Hehee... Ye la, sebab warna die ala-ala keemasan sikit. 

Nak buat cucur bilis ni tersangatlah mudah. Penah dengar orang cakap, "petik jari pun boleh jadi" atau "pejam mata pun boleh buat"? Haa, kalau nak buat cucur bilis ni memang takkan jadi la kalau setakat petik jari atau pejam mata. Nanti tepung ke mana, bilis ke mana, orang tuang minyak dalam kuali, nanti korang tuang dalam tepung. Hehee..

Bahan-bahannya :

Tepung gandum
Ikan bilis
Cili merah
Kobis (dihiris kecil)
Telur ayam (1 biji)
Garam
Air

Kuantiti tepung gandum, ikan bilis, cili merah dan bunga kobis tu terpulang la pada korang. Kalau nak buat banyak, letak la banyak. Untuk hidangan macam gambar kat atas tu, saya guna sebiji je cili merah, segenggam ikan bilis, sedikit bunga kobis. Tepung saya tak sukat pun, letak secukupnya supaya x cair sangat adunan tu.

Cara-cara :

Kisar ikan bilis dan cili merah, letak air sikit. Alternatif lain, boleh tumbuk bahan-bahan tu. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, hirisan kobis, telur ayam dan garam ke dalam tepung. Gaul adunan tersebut hingga sebati. Kalau adunan agak cair, tambah sedikit tepung. Panaskan minyak dan goreng adunan tu. Bila warna die dah keemasan, angkat dan hidangkan.

Tambahan :

Kalau korang nak tambah bawang merah dan sayuran yang lain, boleh tambah. Ikut la citarasa korang. Kalau bahan yang saya dah nyatakan tadi dikisar, tak perlu tambah air semasa gaul adunan. Kalau bahan tu ditumbuk, perlu la tambah air semasa menggaul. 

Tekak saya kata sedap, cubalah. Hehee... Makan waktu petang lagi best. Eh, jangan lupa sos cili ok. Sebagai pelengkap, hidangkan dengan kopi panas yang kaw punye!


p/s : Sangat mudah dan memang mudah, saya je saje nak share kat sini. 

Pembetulan : Kobis taw korang, bukan bunga kobis. Huhuu... Silap type tadi.

Monday, June 13, 2011

MUET - Segalanya Ku Terima

(Ngengade je nak blur ;p)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. April lepas saya ada test MUET. Tahukah korang apa itu MUET. Tahu? Tak tahu?  MUET tu Malaysia University English Test. Sesiapa yang nak sambung degree kat universiti kene ada MUET ni. Bukan kate universiti je, Institut Pendidikan Guru (IPG) macam saya ni pun kene ada jugak. Tapi.... ade bezanya di situ. Kalau universiti, MUET tu adalah syarat kelayakan untuk masuk universiti. Kalau IPG, MUET adalah syarat kelayakan untuk graduation. Senang cerita, universiti syarat masuk, IPG syarat keluar. Adakah fakta saya ni betul? Kalau salah tolong betulkan. Boleh bah kalau kau (ehh.. Lena pulak). Huhuu...

Untuk pengetahuan korang semua, kali ni adalah kali kedua saya ambil test MUET. Bukan sebab tak lepas "band" yang saya dapat. Tapi........

Begini ceritanya....

Dulu saya masuk Form 6, sememangnye la saya kene ambil MUET. Dah dapat result, lepas la untuk masuk universiti. Seminggu kat UITM Seri Iskandar, saya masuk IPG Kampus Bahasa Melayu pulak. Saya pernah cerita pasal macam mana dari UITM, saya pindah ke IPG. Cuba tengok entry ni  [Cerita Agak Rahsia Nak Cerita Ni]. Bila kat sini, MUET perlu untuk graduation dan tahun graduation saya tu, tarikh slip MUET saya dah expired. Jadi, kene la ambil sekali lagi.

Hari ni, result MUET keluar. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki kurniaan Allah. Tak lah setinggi mana yang saya dapat. Tapi cukup untuk menyebabkan saya tersenyum dan tidak repeat semula. Untuk pengetahuan korang lagi, MUET akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun mulai 2012 kalau tak salah saya. Bagi sesiapa yang perlu ambil MUET, boleh la merujuk di http://www.mpm.edu.my.

QQRings Yang Sodap!


Assalamual'aikum & salam sejahtera semua. Kenal tak ape benda kat atas tu? Klu : Sejenis benda yang boleh dimakan. Pernah jumpe tak? Saya baru je kenal benda ni tahun lepas.......kut. Sekali tengok macam donut. Ala-ala laaa... Mungkin sepupu sepapat donut kut. Name die QQRings. Topping pun macam-macam. Nak yang warna-warni pun ada. Saya beli dua je. Yang kat atas tu mocha kut. Yang gambar bawah.... emm.. tah la tak ingat. Hahaa... Selalu macam ni. Pilih, beli, ikut selera pandai. Nama tak ingat. Haishh...! Yang penting, sodap. Saya beli QQRings ni kat Mid Valley. Cawangan die kat tempat lain ade lagi. Tapi, saya tak tau la kat mana.


Bentuk dia macam donut, tapi donut tu roti yang lembut (arggh... teringat Big Apple). QQRings ni pulak, roti lembut gak, tapi die kenyal-kenyal sikit. Nampak tak bentuk donut ni macam bebola bulat yang dicantumkan? Memang membantu proses pemakanan koranglah. Secara automatiknya korang akan makan satu demi satu bebola tersebut. Tapi........... mungkin ade juga yang "ngap" ikut suka je. Huhuu... 

Amaran : Donut bebola ni (macam-macam panggilan dah untuk donut ni) memang manis tak tipu punye (topping die). Jadi, untuk kesihatan jangka masa panjang, jangan la sampai tiap-tiap hari nak bedal benda ni. Memang la tokey QQRings tu akan kaya kalau korang hari-hari beli kat die. Korang pun akan kaya juga. Tau tak kaya apa? Kaya gula dalam badan. Kencing manis kang baru tau. Lagi satu, kalau korang jenis tong perut macam saya ni yang tak boleh tak jumpa nasi dalam sehari, QQRings ni cuma boleh jadi makanan sampingan je. Tak boleh jadi hidangan utama dalam satu hari tu. Percaya la, sejam lagi korang lapa balik. Huhuu...

Murah kan... Murah kan...

Sesiapa yang berkenan, boleh la dapatkan QQRings di Mid Valley atau di tempat lain yang ada cawangannya. Saya tau Mid Valley je. 

Sunday, June 12, 2011

Koktel Susu De Nata

Koktel Susu de Nata
(suke hati je bagi nama)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini entri setelah menyepi lebih kurang dua minggu. Magnet benda lain lagi kuat dari magnet laptop ni. Bile balik rumah, macam ni la jadinya. Haishh.... maaf maaf...

Jadi, saya nak share sejenis minuman ni. Saya tau bende ni biasa je. Tapi tak kisah la kan. Hehe... Disebabkan ade setengah botol susu segar dalam fridge tu dah nak expired, saya buat la koktel ni. Nak minum macam tu je, muak la pulak. Macam mana nak buat? Tersangat-sangat la mudah. Budak-budak tadika pun boleh buat. Tapi kene ada pengawasan orang dewasa ok. ^_^

Bahan-bahan :

Susu segar
Nata de coco (mangga)
Buah-buahan (ikut suka)
Ais kiub

Cara-cara :

Buah-buahan dipotong ikut suka korang. Tak kisah la buah ape yang korang nak masukkan, janji boleh makan. Potong kecil-kecil lebih mudah kan. Campurkan semua buah-buahan yang telah dipotong kecil dengan susu segar dan nata de coco. Untuk buah-buahan, saya cuma tambah buah oren dalam koktel tu sebab bahan kat rumah terhad. Gambar kat atas tu saya guna nata de coco perisa mangga, tapi korang boleh la pilih ikut suka korang. Pastikan campur sekali air nata de coco tu ok untuk dapatkan rasa manisnye. Kuantiti susu, nata de coco dan buah-buahan pun ikut suka korang la.  Ehh... dah macam "koktel suka hati" je. Akhir sekali letakkan ais kiub. Minum sejuk-sejuk memang best!

Air ni untuk penggemar susu. Sape yang tak suka susu, boleh juga cuba. Tapi biasanya, sape tak suka susu, diorang tak berapa suka. Cubalah, tekak saya kata sedap. Hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...