Support Me Here ^_^

Thursday, April 21, 2011

KEJAM! Bayi Disumbat Dalam Botol Nescafe

Tengah leka online Facebook, tiba-tiba terbaca tajuk berita...


"Mayat bayi disumbat dalam botol dijumpai di Sungai Tawau" 


Ape ke....?!!

Katenye mayat bayi tu disumbat dalam botol Nescafe saiz besar. Dijumpai di Sungai Tawau. Untuk berita penuh sila klik SINI

Taknak klik pun takpe, saya copy bulat-bulat berita tu kat sini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAYAT BAYI DIJUMPAI DISUMBAT DALAM BOTOL DI SUNGAI TAWAU 
2011/04/20

TAWAU: Mayat seorang bayi yang sudah reput dijumpai disumbat di dalam botol Nescafe bersaiz besar di Sungai Tawau pagi tadi. 

Botol itu dijumpai selepas tersangkut di bawah sebuah jambatan di sungai berkenaan di kawasan Blok 10 Kampung Titingan.
Bayi yang jantinanya belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh seorang penduduk.
"Ketika saya sedang mengupas kelapa, tiba-tiba adik saya datang dan memaklumkan bahawa ada satu botol di bawah jambatan yang sangat mencurigakan. 

"Sebaik sampai di jambatan, saya mengambil botol itu dan melihat secara dekat isinya. Selepas membuka botol dan melihat kandungannya, saya cepat-cepat menutup semula botol itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang keluar darinya," kata Ronnie Jude, 32. 

Beliau berkata pihak polis mengambil botol berkenaan selepas dimaklumkan mengenai penemuannya. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin mengesahkan penemuan bayi terbabit dan siasatan terperinci masih dijalankan. - BERNAMA


----------------------------------------------------------------------------------

"Botol Nescafe besar", besar mane ye? Sampai boleh sumbat bayi yang tak bersalah kat dalam tu? Ape la nak jadi orang zaman sekarang ni? Bayi dibuang-buang. 

Tak kesian ke? 

Bayi tu tak bersalah pun. Kenapa? Takut malu? Takut pecah rahsia? Takut terbuka pekung di dada? Kalau takut semua tu, kenapa awal-awal lagi tak elak dari buat benda tak elok? Astaghfirullah al'azim..... Peringatan juga untuk diri sendiri. Bayi tu manusia, bukan ayam. Ayam pun orang tak bunuh sesuka hati kalau bukan untuk dimakan. Tu pun kita tak guna istilah "bunuh" (ade tak orang cakap nak bunuh ayam buat masak gulai?). Manusia memang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya juga sedar bahawa diri saya juga tidak lepas dari melakukan kesilapan. Tapi kesilapan seperti ini yang melibatkan pembuangan bayi sememangnya sangat kejam. Rendah sangat ke taraf seorang bayi itu sehingga sanggup dibuang begitu saja bagaikan membuang sampah yang busuk? 

Hmmm... rendah lagi taraf pelakunya. 

Saya bukan siapa-siapa untuk meletakkan taraf seorang manusia itu di mana letaknya. Tetapi, perlakuan pelaku tersebut terhadap bayi malang itu sangat-sangat tidak boleh diterima. KEJAM....! Semoga pelaku perbuatan kejam ini menyedari kesilapannya dan berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah...

11 menconteng:

DiDa Licious said...

hi..
bersiar-siar dr blog BA & memfollow (",)v

sarzli said...

kalau la negare malaysia mengamalkan hukum hudud...emm mls nk ckp byk2,nanti masok ISA

Izyan Masri said...

ELOKNYA LEPAS NI KITA SUMBAT ORG YG SUMBAT BABY DLM BOTOL TU BALIK.XD

Pycah Abd Rahim said...

astaghfirullah . kejam nya manusia sekarang -.-!

[sutera kasih] said...

ya Allah..kejam sungguh pelaku tu..takda perasaan ka huhu

k.h.a.l.i.l.a said...

@DiDa Licious
time kasih dida ^^. dtg lagi k

k.h.a.l.i.l.a said...

@sarzli
aishh... kalau hudud ad kt Malaysia, kompem msia aman. Mmg name msia negara Islam... tp bile tgk sesetengah rakyatnyee..... hmm... ntah laaaa

k.h.a.l.i.l.a said...

@Izyan Masri
hah! el0k sgt la tu izyan. wt pekasam terus. bie die rase. kan kan

k.h.a.l.i.l.a said...

@Pycah Abd Rahim
mmg kejam..... kalau bukak paper, kalau xde brite pasal kekejaman manusia, x sah

k.h.a.l.i.l.a said...

@[sutera kasih]
bila nafsu mengatasi akal dan iman.... cmtu la jadinye.... sebab die xde perasaan la die wt cmtu. die ade prasaan, tp prasaan malu nk btggungjwb dgn salah sndiri. hmmm

jahajahatable said...

ape nk jadi la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...