Contest ape ni?
Ini adalah CONTEST PENULIS SENJA TERAKHIR
Wahh.... banner nampak macam serius contest je kan.
Eh, I'm Serious ni nak join taw. huhuu...
Kalau sebut Penulis Senja mesti rasa macam sesuatu yang sastera kan.
Memang! Ini adalah contest yang berkaitan dengan kesusasteraan, puisi, romantika de amore..
Ok, saya telah menjenguk blog Penulis Senja. Bile habis loading, tengok-tengok, eh, ade contest la!
Pertama sekali, saya perlu follow blog Penulis Senja (ohh... die x suruh pun, saya akan follow)
Kedua, saya perlu "Like" FB Penulis Senja. (kenapa tidak? klik je, tak susah pun ^_^)
Ketiga, saya perlu buat entri bertajuk "Penulis Senja Terakhir" (ni la yang saya tengah buat. hehe) dan letak banner kat atas tu.
Seterusnya, saya perlu beri alasan kenapa nak join contest ni. Ok Penulis Senja dan korang semua, ini alasan saya.........
"Saya penggemar puisi. Lebih-lebih lagi bait-bait puisi yang indah dan menyentuh jiwa. Bukan mudah menghasilkan sebuah karya yang bermutu, yang boleh menyentuh perasaan pembacanya. Kagum dengan penulis-penulis yang sentiasa tidak kering idea untuk berkarya kerana saya berkarya tetapi mungkin boleh dibilang dengan jari berapa kali. Jadi saya ambil kesempatan dengan turut serta dalam contest ini untuk berkongsi salah satu dari karya saya (^_^)"
Ok, itu je alasan ^^
Sesiapa yang bertuah, Penulis Senja kata nak kasi :
- RM100 untuk pemenang pertama
- Puisi terbaik dari beliau (Penulis Senja)
Jadi, saya nak kasi salah satu puisi saya. Original, from the bottom of my heart. ^^
Senja Itu Kian Malap
Telah dia berikan kasih
Menyelimuti kedinginan malam
Tanpa ada benci di hati
Terkenangkah?
Telah dia curahkan sayang
Menyerikan kesuraman
Tanpa ada batas waktu
Ingatkah lagi?
Telah dia suburkan cinta
Mewarnai sirna kehidupan
Biar bahagia terasa
Terusikkah hati?
Telah dia hamparkan bahagia
Menyingkirkan kedukaan
Biar terukir senyuman
Tidak terkesankah?
Mengapa dibiarkan?
Mengapa dilupakan?
Mengapa disisihkan?
Kenanglah kasih dan sayangnya
Suburkan kembali cintanya
Bahagiakanlah mereka
Insan-insan yang teristimewa
Ayah & Bonda
Selagi ada hayat mereka…..
Ayah Bonda Cinta Hati Anakanda ^^ |
Ohh... ni Atok Nenek Cinta Hati Cucu ^^ |
Saya tag mereka (sesiapa yang join perlu tag 3 org kawan ok) :
Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI untuk pergi ke entri CONTEST PENULIS SENJA TERAKHIR.
Itu saja, terima kasih kerana membaca entri ini ^^
6 menconteng:
perghhhhhhhh senja beb ...... huhuhu best puisi .. makna dlam puisi pon mendalam .. 2 jempoL untuk awak ......
hahaa.. mekasih.. ni k0leksi lama. kebetulan tajuk ade "senja". time kasih krane membaca ^^
ayayai...saya telah di tag..nguhukk..sungguh tidak pandai berpuitis bagai.. =.='
indah...:)
huhuu... baru nak bagi taw. elelee... x caye la die x pndai berpuitis ^^
amir rayyan time kasih sudi baca ^^
Post a Comment