Support Me Here ^_^

Friday, February 10, 2012

Mak... Kakak Ada Sesuatu Nak Cerita Ni...



Hai semua ^_^. Hari Jumaat dah ni. Budak-budak sekolah mesti suka kan. Sebab esok cuti. Hehe.. Eh ehh..... Orang kat Terengganu tu dah cuti dah hari ni. Takpe-takpe.... Ahad dah start kelas, saya cuti lagi. ^_^ Tapi esok, saya ada misi penting nak buat. Misi yang julung-julung kalinya kelas saya cuba. Nak tau apa? Tunggu entry seterusnya. Dah buat aktiviti nanti baru la boleh cerita. Saya kasi gambar bukti sekali. Hehe..



Mak : Kakak kata nak cerita tadi. Nak cerita apa?
Kakak : Eh, mak. Sorry, sorry.... Lari topik pulak. Jom kita cerita.


Pernah tak ada suatu perkara yang korang fikir banyak kali nak cerita atau tidak pada mak, ayah atau ahli keluarga korang yang lain? Kalau budak kecik mesti ada punye. Bila masa agaknya jadi macam tu ye?
 

1~ Terpecahkan pasu bunga kesayangan mak ~

2~ Mandi sungai lepas balik sekolah ~

3~ Baju berlubang cop seterika ~

4~ Tak makan masa rehat kat sekolah sebab bagi duit belanja kat kawan ~

5~ Tertumpah air kat laptop baru ayah ~

6~ Langgan mobile content sampai credit ayah habis ~

7~ Kena denda masa perhimpunan pagi ~

8~ Lipstick kakak patah sebab main make up ~


Pernah tak? Pernah tak?? Hehe.... banyak lagi kes lain. Lain orang, lainlah pengalamannya. Pengalaman korang macam mana masa kecik-kecik dulu? Ohh.... bestnya zaman kanak-kanak. Main guli, main basikal, main buaian, panjat pokok rambutan, main mak-mak (haha), main pondok-pondok, main masak-masak, lumba lari, buat layang-layang (tapi tak jadi pun. huhuu), main ape lagi ek...?? Hmmm.... haaaaa...... aci kejar, polis sentri (camne tah ejaan sebenarnya), main sorok-sorok. Macam-macam la lagi. Tapi saya tengok adik saya sekarang, saya balik je memula sekali die jeling laptop dah. Siap tunjuk isyarat lagi. Grrrr..... nak jumpa kakak ke nak jumpa laptop kakak??? Huhuu.. 

Tu cerita budak-budak. Budak besar macam mana pulak? Lagi banyak cerita kehidupannya. Habis sekolah rendah, masuk sekolah menengah, lepas tu sambung belajar atau kerja pulak. Jumpa orang-orang baru. Jumpa kawan-kawan baru. Macam-macam ragam manusia. Makin hari, makin banyak yang dikenali. Suatu hari, mungkin tiba-tiba Allah temukan dengan jodoh kita. 

Kita memang tak tahu jodoh kita siapa. Allah je yang tahu semua tu. Mungkin bermula dengan minat kita terhadap seseorang. Mungkin kenalan daripada kawan-kawan kita. Mungkin aturan keluarga. Macam-macam cara Allah boleh aturkan supaya kita bertemu dengan jodoh itu.

Bila dah jumpa seseorang tu, agak-agak korang cerita kat family tak? Cerita atau sorokkan. Rahsia atau dedahkan. Bagi family yang biasa bersembang pasal ni, mungkin tak ada masalah nak bagi tau. Tapi kalau family yang tak biasa, fikir banyak kali jugak kut nak bagi tau. Lebih-lebih lagi kalau BIG BOSS garang. Hehe..

Sepatutnya perlu bagi tau. Susah macam mana pun, berdebar macam mana pun, takut macam mana pun, kena bagi tau. Sekurang-kurangnya keluarga tau kita berkawan dengan siapa. Dengan cara ni, mungkin nampak kita lebih serius dengan hubungan tu. Ni baru bagi tau dengan siapa kita berkawan, kalau terus bagi tau esok orang nak datang meminang??

BETUL, kita merancang, Allah yang menentukan. Memang belum tentu lagi orang yang kita perkenalkan kepada keluarga tu jodoh kita. Tapi tak salah rasanya kalau kita maklumkan kita sedang berkawan dengan siapa. Kita dah rancang nak berkongsi hidup dengan seseorang. Tapi, kalau Allah dah takdirkan hubungan tu putus di tengah jalan, kita nak buat macam mana. Mungkin ada yang lebih baik. Mungkin Allah nak uji diri kita.


Mak : Anak mak ni dah besar rupanya.... Mak tak halang kakak nak kawan dengan siapa. Tapi elakkan perkara yang menimbulkan fitnah dan jaga tingkah laku. 
Kakak : (Anak mak ni memang dah besar pun. Saiz pun dah bertambah. Hehe...) Terima kasih mak. ^_^


Suka tengok pasangan yang berkahwin hasil aturan keluarga. Rasa sweet sangat. Hehe.... Lebih indah lagi bila bercinta selepas sah disatukan. Tipulah kalau tak pernah berangan bertemu jodoh macam tu. Walau bagaimanapun, jalan hidup setiap orang berbeza, cara jodoh dipertemukan pun berbeza. Sentiasa redha dan bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang Allah beri. Ada hikmah di sebalik segala sesuatu.



p/s : Ajal maut, jodoh pertemuan, semua ditentukan Allah... Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aminn... ^_^

5 menconteng:

Unknown said...

betul kak lila...nk rncg tgi2 pun..last2 x jadi sedihnya~~~~~

Woofer Storm said...

terasa sentap sni jap..

#lepas ni suh family je tolong urus soal jodoh..ehhee

iAmCekbolat said...

hohoh.. trtumpahkan air kt laptop ayah blom lgi ^^

zizidiazora said...

"Hidup adalah sebuah perancangan sedangkan Mati adalah sebuah kepastian".

MisEyz BLurz said...

teringat novel Bicara Hati....hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...