2012 baru je berlalu. 2013 pun baru je 6 hari berjalan. Haiii.... apa yang cepat sangat tercapat hasrat ni? Eh, cepat atau lambat, Allah yang uruskan. Kuasa Allah jugaklah yang menjadikan hasrat itu cepat atau lambat dicapai... kan?
I was dreaming. Yes, I'm dreaming. Macam-macam. Nak buat tu, nak buat ni. Belum jadi yang ini, nak buat yang itu pulak. Jadi macam mana? Macam nilah. Mana yang dapat capai dulu, kita buat yang tu dulu.
Saya berangan... dulu. Dulu saya berangan nak buat tudung sendiri. Means.... tak semestinya saya reka buat inovasi sendiri. Dapat ilham dari orang lain pun tak apa, janji saya nak buat sendiri dengan dua tangan yang Allah beri pada saya ni. Senang cerita buatan tangan, handmade.
Teringat ada kain ela 2 meter mak punya yang dah lama dalam kabinet tu. Selongkar-selongkar, haaa jumpa. Curi pandang kat mak. Tanya mak nak guna tak kain ni. Mak kata tak, jadi saya ambil la. Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi jugaklah. Adik pun pandang-pandang je. Apa la kakak dia buat ni main gunting-gunting kain.
Alhamdulillah! Akhirnya gagahkan diri jugak nak cuba buat. Ingat senang nak gagahkan diri? Kalau tiba-tiba rasa malas, nantilah dulu, taknak buat, tak ada idea.... hmmm.... sampai tahun depan pun tak jadi jugak. Satu hari, pegi kedai cari material yang dikehendaki dan bersesuaian, bawak balik, zassssss! gunting.
Mula-mula tak tahu kat mana nak jahit tepi, jadi apa saya buat? Takkan nak biarkan tudung tu berambu-ramba dengan benang-benang yang terkeluar. Jadi, berbekalkan pengalaman bakar-membakar tudung sekolah, guna teknik yang sama untuk selamatkan rupa tudung tu. Jadila, boleh la buat pakai sekejap ^_^.
Tapi, dia sangkut-sangkut pulak sebab bekas dibakar tu keras sikit. Bila kena kain, mudah tersangkut. Nak taknak, pegi juga cari kedai jahit tepi, alhamdulillah jumpa. Hasilnya memang memuaskan hati sendiri.
Orang perempuan, biasalah. Beli tudung ke, baju ke mesti nak cuba depan cermin. Same goes to me. Boleh pulak cermin panjang tu dekat dengan tempat makan. Ayah pun apa lagi, usha je anak sulung dia ni dari tadi gaya-gayakan tudung depan cermin. Lepas satu, satu. Lepas pink, mustard pulak, lepas tu coklat pulak.
Ayah : Kakak pakai-pakai tudung ni, nak jual kat orang ke, nak pakai sendiri?
(total tudung saya buat masa tu 7 helai)
Khalila : (Sengih) Kakak nak pakai sendiri la. Kalau jual tu.... nanti dulu kut.
Jadi, tudung tu la saya guna ke sana sini. Memandangkan cuti sekolah hari tu saya ambil lesen kereta, memang banyak keluar. Memang saya guna tudung tu saja. Selesa dan mudah digayakan. Yang penting! Tudung tu labuh menutupi dada dan belakang. Cuma kain jarang, jadi saya dah buat sekali inner dalam. And.... you ready to go!
Kat bawah ni ada beberapa gambar saya pakai tudung yang saya buat tu.
Dark Brown
Royal Blue
Green
Pink
Ada lagi warna yang lain, kelabu cerah, kuning mustard dan kelabu berjalur (1st prototype)
Alhamdulillah ^_^
Kalau nak, ada usaha semua boleh jadi. Kena berangan sikit, kena berimaginasi sikit. Dapat ilham terus buat. Ilham ni Allah yang bagi. Kadang-kadang terus kepada diri sendiri. Kadang-kadang melalui orang lain. Sehebat mana idea kita, itu milik Allah. Jangan sesekali berbangga diri, bongkak, angkuh dengan idea yang Allah kurniakan kerana mungkin idea itu Allah kurniakan bukan untuk kepentingan diri kita semata-mata, tetapi juga untuk beri manfaat kepada orang lain :)
Khalila : Misi seterusnya ialah telekung. Dah lama berangan nak jahit telekung sendiri dengan tangan sendiri tapi perlu bantuan mesin jahit jugak lah ^_^. I wish to buy a new sewing machine because the one at my parents house is already tingtong. I wish to buy mesin jahit tepi halus also for my next next selendang labuh handmade project. Ohh.... i wish....
3 menconteng:
InsyaAlah, niat baik pasti dipermudahkan ! cantik la yang warna hijau tu..heee
hebatnya kak lila..:) lyeen masa cuti try buat bawal ekspress tu..tpi x jadi sgt..lps ni boleh jual dah kak lila.:)
wahhh..lawanya...tunjukkan la cre cne nk buat...nk try buat jgk...bgus..ttup dada :)
Post a Comment