Support Me Here ^_^

Saturday, December 10, 2011

Blogger's HI-TEA : Perak - KL - Melaka ^_^



Gambar hiasan ^_^

Hai semua ^_^. Ini adalah auto publish entry. Masa entry ni publish, saya mungkin masih dalam bas menuju ke Kuala Lumpur. Mungkin jugak saya dah sampai Kuala Lumpur ataupun saya dalam perjalanan ke Melaka. Saya ada mention sebelum ni yang saya ada event yang sangat-sangat saya tunggu. Dan hari ni lah harinya! ^_^. 

Event apa tu? Ingat tak dulu saya pernah join Contest Daniel Adie : SISPA oleh Daniel Adie? Alhamdulillah saya tersenarai dalam Top 10 finalis. Tanpa saya sangka, disamping dua hadiah yang Daniel Adie janjikan, ada tambahan hadiah. Dia telah bermurah hati nak belanja semua finalis Hi-Tea hari ni (Sabtu, 10 Disember 2011) di Mahkota Hotel, Melaka. Terharu sangat ^_^. Terima kasih Adie.

credit : Blog Daniel Adie
Nak baca entry keputusan pemenang Contest SISPA tu klik SINI ok. ^_^
Nak baca entry undangan ke Hi-Tea di Mahkota Hotel, Melaka klik SINI ye. ^_^

Alhamdulillah mak ayah saya bagi saya lepas sampai sana. Saya ke hi-tea tu berdua dengan sepupu saya Afif Ris yang banyak sangat tolong saya dalam contest tu. Jadi, saya ajak dia sebagai tanda penghargaan. Ohh... untuk pengetahuan korang, rezeki saya dapat tempat ketiga dalam contest tu ^_^. Mula-mula risau jugak, entah boleh entah tidak saya pergi Melaka. Sebab saya tengah bercuti sekarang. Bila cuti, saya balik Perak. Perak ke Melaka tak lah jauh sangat dan tak lah dekat sangat. Kebetulan family sepupu saya nak datang Melaka minggu ni, jadi ada lah rezeki saya ^_^.

Dengar cerita mula-mula 5 orang dari finalis tak dapat join. Last tadi saya dapat tau, cuma 3 orang yang dapat join. Campur yang lain-lain selain finalis ada 10 orang. Tak apalah. Tak ada rezeki nak jumpa lagi 7 finalis. Mungkin lain kali kan. 

Harap-harap tak ada apa-apa masalah sepanjang perjalanan saya ke Melaka nanti. Esok (Ahad) baru saya balik. Balik nanti saya update cerita saya pergi hi-tea dengan para blogger kat Mahkota Hotel, Melaka tu ye ^_^.


p/s : Sesiapa yang terbaca entry ni, doakan event tu berjalan lancar. Doakan jugak perjalanan pergi balik saya selamat ye. Terima kasih ^_^.

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^

p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.


Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

LAST DAY!! 10 Days Pictures - Day 10 : A Photo That Makes You Laugh



Hai semua ^_^. Akhirnyaaaaa...! Sampai jugak hari terakhir walaupun cuma 10 hari je. Huhuu... Ohh... sebelum tu, hari ni saya akan ke satu destinasi. Teluk Intan - Kuala Lumpur - Melaka. ALONE..... Yes alone... Tapi sepupu saya ada tunggu kat Melaka lah. Untuk apa? Nanti saya cerita. Sekarang mari kita fokus kat entry ni dulu ok. Hehe...

Hmm..... gambar yang mengusik deria-deria geli hati saya. Gambar mana ye? Yang pasti bukan gambar saya sebab tak kelakar pun rasenye. Huhuu.  Ada la jugak gambar member-member yang agak kelakar. Tapi saya nak share gambar-gambar kat bawah ni je.



Masa ni last day bercuti kat Melaka dengan geng JPP. Nak snap gambar member lompat, tapi si Abang Nuar tu pegi menyelit pulak. Huhuu. Sorry saya blurkan gambar member yang tengah lompat tu ^_^. Biar misteri sikit.




Yang ni pun kat Melaka jugak. Batu turun dari bot. Bot ke apa tah namanya lupa pulak. Hahah... Diorang ni memang suka layan kamera. orang yang cerita ni pun same. Bajet buat gaya nak memanjat ke nak kena sebat entah. Hehe...





Gambar ni dekat Pusat Sains Negara. Maklum la cermin kat rumah, kat bilik semua rata. Bila jumpa cermin ni rasa kelakar+comel pulak. Hahaa... *perasan. Kami bertukar sekejap body jadi pendek, kepala lonjong.

Ok fine... ok fine... saya sorang rasa kelakar. Heheee... tak apalah kalau korang tak dapat rasa sama. Kadang-kadang sesuatu perkara tu tak dapat difahami oleh seseorang melainkan dia mengalaminya sendiri. ^_^.


*     *     *     *     *

Cabaran 10 Hari 10 Gambar


p/s : Dengan ini berakhirlah cabaran 10 hari 10 gambar saya ^_^. Doakan perjalanan pergi balik saya selamat ye ^_^.

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^

p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.


Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

Friday, December 09, 2011

10 Days Pictures - Day 9 : A Photo That You Have Taken


Hai semua ^_^. Sambil-sambil tengok tv ni, siapkan entry untuk picture challenges hari ni. Petang tadi nak buat, tapi pegi dating dengan ayah pulak ^_^. So, task saya hari ni adalah share gambar yang saya snap. Hmm.... banyak.... memang banyak.... Kalau letak semua gambar dalam entry ni meletup pulak blogger ni. Huhuu...

Saya memang suka ambil gambar. Cuma belum ada rezeki nak beli dslr. Jadi, guna camera kecik molek saya je lah. Kamera digital brand Samsung, pixel 10.2 MP je. Jadi la daripada tak ada kan. Hehe... Kebanyakan gambar-gambar yang saya ambil semua guna kamera tu. Ada masa gambar ok, ada masa tak ok. Lagi-lagi kalau malam atau dalam bilik yang cahaya suram. Baik off je la. Huhuu. Tapi kadang-kadang saya pakai jugak dslr mak punya, tak pun adik atau member punya. Haisshh.... apesal orang sekeliling semua ada. Takpe, takpe. Tunggu dah kerja nanti. ^_^

Saya share dua gambar je lah walaupun tajuk kata "A Photo". Hehe



Ooohhhh....... I love cloud so much! Sangat banyak gambar awan yang saya snap. Yang nipis-nipis, yang berkepul-kepul, yang seketul-seketul, yang macam-macam lagilah. Tapi banyak yang dah hilang masa zaman saya sekolah dulu sebab laptop problem. Gambar awan kat atas ni baru lagi. Nampak tak tarikh kat gambar tu? Haa... 21 November 2011. Saya snap betul-betul depan rumah saya lebih kurang pukul 6 petang.


Mari memerangkap matahari! Hahaa.... belum sempat sampai matahari, dah terbakar dulu korang. Ni kat mana ni? Kawasan rumah saya tak ada gunung-ganang ni. Kalau ada pun jauh sangat. Sawah bendang ada la. Haa... masa ni saya pergi Bukit Broga dengan member-member kampus. Saya pernah cerita sebelum ni. Bunga lalang tu memang macam tu taw. Bukan saya simpulkan. Huhuu... Setkan matahari betul-betul dalam bulatan, then snap. Haaa... yang ni saya guna dslr member punya. Tak la pandai sangat guna dslr. Tapi boleh lah. Hehe...

TADI..! Saya kan keluar dating dengan ayah. Masa balik tu lebih kurang pukul 6.45 petang. Nampak awan cantik sangat! Tapi camera tak bawak......... so snap pakai memori kepala je la.

TADI..! Masa dah sampai rumah, matahari hampir terbenam. Cantik sangat! Nampak matahari tu betul-betul bulat warna oren. Tapi tak sempat snap at the perfect time. Ada snap, tapi tak seperti masa saya nampak mula-mula tu. Ok lah. Sampai sini saja entry kali ni. Daaaa...... ^_^


*     *     *     *     *



p/s : Tak sabar tunggu esok (10 Disember 2011). Harus tidur awal! Doakan saya selamat pergi, selamat balik ^_^. TQ

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^


p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.



Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...