Support Me Here ^_^

Thursday, March 31, 2011

Pulau Besar. Ya, kami dah sampai sini ! ^_____^

PULAU BESAR (saje highli8 nama pulau ni). huhuu... Sape tau Pulau Besar ade kat mana?? Yes, Melaka. Ade orang cakap tempat tu "keras". Kenape? Hmm... kat sane memang banyak batu-batu BESAR. Memang besar. Haa... ade 1 batu tu namanya Batu Belah. batu Belah je, takde betangkup-tangkup macam cerita dalam tv tu. Hehee... 


AMARAN : Entri kali ni banyak gamba (macam la bahaye nak amaran amaran...huhu)

Baru sampai Melaka... Fatehah dah ditimpa nasib tak baik... Haish... nasib baik tak pape....



Mase ni dekat masjid.... ape ye nama masjid ni, lupe pulak. Orang Melaka.....?? 
Dari sini dah boleh nampak Pulau Besar.


Baru turun dari "cruise" 
(kami memang suke bergambar ^^)




Hari kedua : Kami nak pegi Pulau Besar....! Naik bot RM100.... haish... mahal tak?


Kubur Syarifah Rodziah : antara kubur orang-orang 'alim di Pulau Besar ini


Bangunan ni memang nampak cantik. Tapi bile lalu kt sini........ macam lalu kat set filem SERAM je taw! Yes, bangunan ni bangunan tinggal. Takde orang dah. Katenye, dulu kire macam hotel tempat orang-orang main golf. Tapi tuan punye tanah ni tutup bisnez sebab harga minyak naik. Bisnez tak boleh jalan dah, manyak lugi oo0oo.... Sebab tu die tutup. Sayang kan? Tempat ni sangat cantik.


Ni la die Batu Belah. Besar sangat batu ni. Sesuai la die kat Pulau Besar. Boleh pusing satu pusingan kat batu ni. dari bahagian belakang pun boleh nampak belahan batu ni.
(aku letak gamba kau San. hehe)


Haa.... ni Kubur Tok Putih. Kubur-kubur kat sini panjang-panjang tau!


Perigi Bunian (kalau tak salah). Ramai orang datang sini mandi bunga. Ish3............ (-_-")
Nampak tak bunga-bunga kat atas tanah tu? Rasanye ade orang dah guna sebelum kami sampai sini.


Abang pakai spect hitam tu la driver VAN ROLLER COASTER kami. Van die memang dasyat! Upah RM100 jugak. Mula-mula rasa tak berbaloi je bayar RM100. Tapi ape nak buat, kami tak larat nak jalan. Tapi.................... rupe-rupenye sangat berbaloi-baloi!!! Memang pengalaman yang takkan boleh dilupakan naik van tu. Perjalanan macam jungle tracking naik van tanpa pintu! Lalu kat jalan kecik, curam, tak rata. Boleh pulak abang driver ni nk shortcut, turun ikut curam. Adoi laaa...
MENDEBARKAN!!!
Nasib baik tak tercampak keluar dari van. Hehehee....
Alhamdulillah semua selamat ^_^.




Kami nak balik dah...... Mungkin dah tak jumpe Pulau Besar lepas ni......



 

Ok, yang ni saje nak selit sekali. hehee..

Sape-sape yang teringin nak pegi Pulau Besar, silakan laa.. Sikit-sikit, ade pengajaran yang boleh kita dapat kat sana. ^^



p/s : ni lah die entri yang sangat menguji kesabaran beberapa hari ni. Kenapa? 3, 4 hari ambil masa nak upl0ad gambar-gambar ni!! tenet agak sl0w sekarang. Tu la pasal. huhuh......

4 menconteng:

Fieq Eum said...

cantik pondok kamu :)

k.h.a.l.i.l.a said...

time kasih Fieq Eum ^^

Yeyn Mae Ri said...

wahh bestnyer pegi pulau besaa ^____^

k.h.a.l.i.l.a said...

hehee... memang best pun. x rugi pegi sane. jalan2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...