Support Me Here ^_^

Saturday, March 19, 2011

Update Tentang Fesyen & Gaya?

Eh, tibe-tibe banyak update tentang fesyen kan? Saya bukan la pakar tentang fesyen-fesyen ni. Tapi saya suke ^_^. Tapi, memang kamu semua takkan nampak la saya yang akan jadi model pakai baju-baju tu semua dan bergaya sakan sebab saya bukan model (eceh! kang tetibe je ade gamba saya bergaya). Tapi, saya tak ada duit yang banyak untuk beli semua item itu untuk digayakan. Saya cume ade Polyvore je untuk ekspresikan gaya-gaya tersebut. Ceh! Huhuu... semua item yang ada dalam setiap set yang saya "publish" kat blog ni saya dapat dari Polyvore. Sesiapa yang minat fesyen, tak rugi kamu jenguk-jenguk web tersebut ok.


Di sini, kamu boleh reka, boleh "mix & match" pelbagai item untuk dijadikan satu set gaya yang tersendiri, yang hebat, yang unik, yang menarik dan "legend". huhu... tak dapat jadi Perunding Imej, tak dapat jadi Pereka Fesyen, dapat jadi pereka set-set gaya fesyen di Polyvore pun jadi la kan. (^_^)

Ohhh....! Satu lagi, kalau kamu semua tengok set-set yang saya publish kt blog ni "created by zaraQistina" kan? Khalila is Khalila, Khalila also is zaraQistina, ok ^^. ZaraQistina adalah nama saya di Polyvore. (name nak pemes aje -_-". Tapi, saya bersyukur dan berbangga dengan nama saya KHALILA taw. hehe)

0 menconteng:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...