Support Me Here ^_^

Friday, March 18, 2011

Roti Telur dalam Omelette

Apekah entry di malam-malam hari ini?? Ohh.... saya nak share resepi (tibe-tibe rajin nak buat resepi) ^_^. Alaa.. bukan hebat pun, resepi ni budak darjah satu pun boleh buat. --------------------------- -_-" 

Sebenarnye, terbayang-bayang nak buat makanan ni. Then, secara automatik kaki ni berjalan ke dapur dan tangan ni mencapai apa-apa bahan yang otak rasakan boleh dicampak bersama untuk menghasilkan resepi ini. Heheee.... inilah die resepi pakai "campak" je. Mudah, cepat dan jimat (jimat tu yang penting).

Roti Telur dalam Omelette
(nama resepi je dah pelik)

2 biji telur ayam
1 keping roti putih
Serbuk Lada Hitam
Kicap manis
Garam
Minyak masak

Cara-caranya..... ehem.. ehem...

1. Pecahkan 2 biji telur tersebut. Letak dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, sedikit kicap manis dan sedikit garam ke dalam mangkuk yang berisi telur tersebut. Gaulkan.
3. Potong roti putih menjadi petak yang kecil (saya gunting je. huhuu)
4. Masukkan roti tersebut ke dalam bancuhan telur tadi. Gaul lagi.


nanti jadi macam ni....

ok, saya tau nampak tak menarik -_-"

5. ok semua, lepas tu panaskan kuali, letak sedikit minyak masak dalam tu ok. (alaa, macam korang nak goreng telur dadar tu haa..)
6. Tuangkan adunan tersebut ke dalam kuali dan goreng sehingga betul-betul masak.
7. Langkah akhir, letak atas pinggan dan boleh dimakan. ^^,

yang saya buat tadi, inilah hasilnya...
(jangan gelak!)
Inilah die Roti Telur dalam Omelette siap untuk dimakan ^_^. Tapi maaf ye, tadi tertinggal sekejap tu pasal ade kaler macam hangit-hangit sikit. uhuk uhuk.... Rupa tak penting, yang penting rasa. Lagi sedap dimakan bersama sos cili dan mayonis.

Tapi INGAT!! Roti Telur dalam Omelette ni tak boleh makan hari-hari taw! Sebab 1 hidangan yang saya buat ni je dah gune 2 BIJI TELUR. Tambah ROTI PUTIH lagi. Tapi apa-apa pun, korang boleh pelbagaikan resepi ni ikut kesesuaian dan ikut suka korang. Okeh, selamat mencuba ^_^

3 menconteng:

teh o ais limau said...

hurmm...sedapnyeeeeeeee...:)))))..nak!nak!!

fhatiah sariaat said...

hmm.. cam sedap je kak.. balik Kota Setia nanti buat ek.. :D

k.h.a.l.i.l.a said...

hehee,, bole try ni izzah. sile ambil, sile ambil..... di dapur sndiri. eheheee...

bik ipat : memang sedap la kalau lapa bik. hahaa... boleh je. s0nang je nk buek bondo ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...