Support Me Here ^_^

Thursday, February 09, 2012

Tak Baik Tahu Tak Persenda Orang Solat


Hai semua ^_^. Petang begini orang lain pegi bersenam, keluarkan peluh. Saya duduk bilik depan laptop. Bersenam jugak ok. Senaman jari-jari. Bila dah jarang update blog, terasa semacam kekok pulak nak buat mukadimah entry. Entry ni mungkin agak emo. Tak banyak, sikit je. Tak boleh emo lebih-lebih. Tak baik untuk kesihatan entry. Hehe...

Saya cuma teringat cerita seorang kawan saya. Katanya dia ada buat kerja part-time. Nak kerja ni bukan setakat fikir nak dapat duit banyak mana dalam masa sebulan, kerja tu mudah atau tak, bos baik atau garang, kawan-kawan kerja mesra atau tak, pegi balik kerja macam mana atau macam mana nak layan customer. Ada lagi benda lain yang kene fikirkan jugak. Kalau bos tu orang bukan Islam, dia bagi tak pekerja Islam dia pegi solat. Kalau bos orang Islam, insyaAllah dia mesti bagi (kalau tak bagi, tak tau lah nak kata apa).


(LINK)


Kawan saya cerita, bila dah lama dia kerja kat tempat tu, dia perasan cuma seorang dua pekerja kat situ yang ke surau. Kalau perempuan mungkin ada masanya uzur, tapi tak akan setiap hari kan. Kalau lelaki? Tak apa lah. Tak berani sentuh pasal tu panjang-panjang. TAPI! Yang buat panas telinga bila dia kata nak ke surau untuk solat, dibalas kata-kata seakan sinis. Macam hal solat tu perkara yang besar atau sengaja dibuat-buat untuk tunjuk baik. PELIK.

A : Encik B, saya nak pegi surau kejap boleh? Nak solat.
B : Haaiii.... baiknye pegi solat.
C : Encik B......... saya pun nak pegi surau kejap boleeeehhh?........ (nada perli dan dibuat-buat)

D : E, saya nak pegi surau kejap ye.
E : Kau tak payah nak tunjuk baik sangat la pegi surau. (siap jeling lagi)

Eh eh.... pelik sangat ke orang nak pegi solat? Tak sepatutnya cakap macam tu. Solat kan perkara wajib. Kenapa perlu cakap macam orang yang nak pegi solat tu sengaja nak tunjuk baik? Sungguh memalukan. 

Lagi satu hal yang lagi buat telinga panas. Bila kena marah datang lambat gara-gara pegi solat. Pegi solatlah. Bukan pegi minum kopi. Kalau nak tunggu sampai aktiviti selesai, maghrib la jawabnya. Lagi-lagi sekarang ni waktu Asar lambat. Hampir cecah pukul 5 petang baru azan. Bukan sengaja nak solat masa aktiviti berjalan. Tapi disebabkan aktiviti sebelum tu tamat pada waktu aktiviti seterusnya bermula. Memang tak sempat balik bilik pun. Padahal dah datang, siap ambil kehadiran, siap minta kebenaran ketua lagi. Selesai solat, datang balik tempat aktiviti, ehhh..... kena marah pulak dengan individu yang entah bila masa datangnya. Bila bagi alasan pegi solat, siap perli lagi. Hadoooiiiii...... 

F : Ambooooiiiii....... melenggang je. Hoi, kau apesal lambat?!
G : Maaf Encik F, kami dah datang ke padang tadi. Kami pegi solat kejap.
H : Macam laaa die sorang je nak solat. Orang lain tak solat. Heeii...tak paham betul aku alasan macam ni.
F : Diorang sembahyang jemaah ni. Sorang ni imam, lagi dua orang ni jadi makmum. (nada perli)

~ Boleh pulak ye buat gurauan sinis pasal solat ~

Haiiiihhhhhh....... sekarang, saya yang tak paham dengan orang-orang macam ni. Saya faham kalau orang yang tak faham tu, yang marah tu, orang bukan seagama dengan saya. Tapi kenyataannya, mereka seagama dengan saya. Kenapa perlu bagi respon negatif macam tu bila orang kata pegi solat? Saya bukan nak buruk-burukkan sesiapa. Tapi ini kenyataan yang berlaku dalam masyarakat kita.



p/s : Entah jumpa orang yang entah macam mana pulak lepas ni...... Semoga insaf.... Ingatan untuk diri sendiri jugak. Atau............ adakah saya yang terlalu emo dengan hal ni?

7 menconteng:

ZWAN SABRI said...

Hurrrmm, dush! sedas kena kt muka zwan.. HUHU

Noor Zaironna Jaihan said...

saya pun pnh kena marah sbb alasan cmni , adoi , dia kata jgn guna alasan solat .. aptb !

AY said...

dormm..!
khalila dah lama x update blog.

Unknown said...

haihhh...macam2 betul ragam manusia ni... >_<

duduk bersenam depan laptop yer?bersenam jari?nanti jari awak mesti muscle muscle kan?kehkehkehh...

dya nasir said...

kdg2 dorang tak sedar apa yg dorang ckp..huhu
nice info..:D

NN said...

orang yg mempersoalkan orang nak solat tu la yg PELIK sebenarnya dear...

zizidiazora said...

harus ada kesedaran kepada semua umat yang beragama islam sesungguhnya sembahyang itu adalah tiang agama maka sudah tentu hukumnya adalah wajib jadi memperlekehkan sembahyang umpama menghina agama islam...fikir2 kan lah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...