Support Me Here ^_^

Wednesday, March 16, 2011

"Love Allah Before You Love Somebody"


Cinta itu luas persepsinya. Cinta yang utama pastinya kepada Allah. Cinta kepada Rasulullah. Cinta kepada ibu bapa dan ahli keluarga. Cinta kepada manusia (menurut batas-batas yang telah ditetapkan) dan cinta kepada alam ciptaan Allah. Tapi pabila disebut tentang cinta, mesti ramai yang terbayang cinta antara lelaki dan perempuan, antara uda dan dara, antara romeo dan juliet dan banyak lagi. Memang saya tak nafikan, cinta antara lelaki dan perempuan itu fitrah kehidupan manusia. Tetapi, kita perlu ingat bahawa Allah adalah pemilik cinta yang mutlak. Tanpa keizinan dari-Nya, tak mungkin akan lahir rasa cinta itu. Segelintir manusia selalu lupa dengan cinta Allah apabila leka dihanyutkan dengan cinta sesama manusia. Saya tidak mengatakan bahawa cinta sesama manusia itu adalah tidak dibenarkan, dikeji Allah atau diharamkan. Tetapi Allah melarang cinta yang melanggar batasan yang telah ditetapkan. Lebih-lebih lagi apabila cinta yang lahir itu membawa kepada perkara-perkara yang dimurkai Allah terutamanya percintaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.



Cik A : Eh, kau dah single ke sekarang? Bukan ke dulu kau ade couple??

Cik B : Hmm…. Ha’a. Sekarang aku single.

Cik A : Yeke? Die tinggalkan kau ke?

Cik B : Eh, tak. Aku yang tinggalkan die (sambil merenung jauh…).

Cik A : Ha? Kenape? Kau tak menyesal ke tinggalkan die?

Cik B : Hmm… entah lah. Mule-mule memang la rase semacam. Tapi lame-lame aku dah lali. Kadang-kadang aku terasa jugak bile tengok couple-couple yang lain. Tapi, biarlah…

Cik A : Aku tak sangka pulak kau boleh buat keputusan macam ni. Kau dengan die kan dah lame bersama?

Cik B : Memang kami dah lame bersama. Tapi diri aku ni belum cukup lagi. Lagi pun, bukannye aku nak kahwin sekarang. Belajar pun lame lagi nak habis.

Cik A : Ape lagi yang belum cukup dengan diri kau ni? Aku tengok anggota badan kau Alhamdulillah semua cukup. Tak buta, tak tempang, tak pekak, tak cacat.

Cik B : (Tersenyum…). Alhamdulillah, aku tau Allah jadikan diri aku semuanya cukup. Tapi, itu yang luaran. Dalaman masih belum cukup kukuh. Hati aku, kecintaan aku pada Allah yang aku rasakan masih belum cukup kuat. Aku tak nak bila aku membuka kecintaan aku kepada manusia(lelaki) yang belum tentu milik aku akan menyebabkan kecintaan aku pada Allah yang belum cukup kuat tu akan makin lama makin goyah. Sebab apa? Sebab aku takut aku akan hanyut dengan cinta manusia sehingga akhirnya aku sendiri yang akan leka.

Cik A : Alhamdulillah… itulah yang aku nak dengar dari mulut kau sebenarnya. Bercintalah dengan Allah terlebih dahulu sebelum bercinta dengan manusia. Aku pernah dengar kata-kata “Setelah bercinta dengan Allah, cinta manusia akan datang dengan sendirinya…”. Kau tak perlu risau, kalau memang die tertulis untuk kau, die tetap akan jadi milik kau walaupun tinggal di kutub yang berbeza.

Cik B : Terima kasih, InsyaAllah.



p/s : Cinta Allah mendahului cinta manusia….

2 menconteng:

Qhai'sara said...

Semoga Cinta Allah Didahulukan dan
Cinta Antara Manusia (lelaki)diseimbangkan
kerana cinta Ilahi cinta hakiki
dan cinta antara manusia adalah fitrah kejadian manusia yang saling memerlukan dan diperlukan...
All The Best..Yeahh~~

khalila ishak said...

InsyaAllah Qhai'sara. Itulah yg sepatutnye dan yang paling diimpikan (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...