Support Me Here ^_^

Monday, March 21, 2011

Tak Nak Tengok "Tragedi" Depan Mata!

Sape pernah tengok "accident" depan mata? Ni real ni, bukan tipu tipu taw. Bukan accident dalam cerekarama TV3, bukan drama di Astro Ria, atau babak dalam CSI: Miami kat channel AXN. Tapi, kemalangan yang sebenar-benarnya di jalan raya di seluruh dunia (mana la tau kan, korang ade jalan-jalan kat Sydney ke, Paris ke, Tokyo ke, pastu ade kemalangan kat sana). Secara khususnya, di Malaysia la.

Pernah tak korang terlintas kat fikiran masa dalam perjalanan ke suatu tempat naik bas ke, kereta ke, moto ke, beca ke, korang bermonolog yang korang "tak nak tengok kemalangan depan mata"?? Pernah? Tak pernah? Ke saya sorang yang selau fikir macam tu ye? huhuu... Tapi, betul saya selalu fikir macam tu taw. Saya pernah cakap kat beberapa orang yang naik satu kereta dengan saya, "aku taknak tengok tragedi depan mata". Tragedi yang saya maksudkan tu kemalangan la. Dan.... alhamdulillah memang tak jumpe lagi la kemalangan depan mata.

Tapi........................

Hari ni saya balik KL, sebab esok dah mula kelas. Dah cuti seminggu pun tak puas lagi.... (tak nak balikkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!) huhu... Kalau dah balik rumah tercinta tu, memang lemau la nak balik tempat belajar. Yela, kat rumah boleh rilex kan. Tak payah serabut-serabut dengan esaimen. (eh, bukan kau bawak balik esaimen tapi kau tak buat ke?? hahah)

Ok, kite sambung.............

Macam ni, hari ni balik KL naik bas Transnasional. Dan macam biase la, pemikiran sedemikian rupa akan menerawang, berlegar-legar di kepala. Memang dalam hati saya cakap tak nak tengok apa-apa tragedi depan mata. Dah la hujan masa tu.Tapi, tiba-tiba masa dah separuh perjalanan, hati saya terdetik "teringin nak tengok tragedi depan mata"... (eh?!! Ape ni? Ape ni?! Pergi kau jauh dari fikiran aku!) Okay....... lepas tu buat rilex je. Tibe-tibe saya tengok orang-orang kat depan saya ni asyik terjenguk-jenguk ke depan (saya duduk kat belakang masa tu). Rupa-rupanya ade kemalangan, kereta tu tersadai dekat pembahagi jalan. Jadi, saya boleh nampak depan kereta tu remuk sebab saya duduk di bahagian kanan bas. Pemandu dan mangsa-mangsa kemalangan tak nampak. Mungkin ada kat tepi jalan sebelah kiri atau dah dibawa ke hospital. Dalam hati kata, "baru je tersebut, dah jumpe tragedi". Astaghfirullahal'azim....

Tak lama selepas tu, tiba-tiba bas bergerak perlahan. Jauh jugak jam ni saya fikir. Tapi masa tu dah nak dekat dengan KL. Saya fikir mungkin jam biase kut. Ye la, baru habis cuti sekolah kan, semua orang balik dari kampung. Saya pun leka la makan asam. tengah leka-leka macam tu, orang-orang depan saya ni terjenguk-jenguk lagi. Saya fikir, "eh, takkan accident lagi kut??". Memang KEMALANGAN ye korang semua! kali ni saya nampak sipi-sipi je kereta yang tersadai kat bahagian kiri jalan tu (saya duduk belah kanan kan, mane nak nampak. eh, bukan leher saya pendek ok!) Tapi saya nampak mangsa kemalangan tu terbaring kat lereng bukit tepi jalan tu, ade darah mengalir kat muka die,  dan polis tutup dia dengan plastik hitam yang biasa polis tutup mayat tu. Kesian sangat...... saya terfikir, sekelip mata je seseorang boleh kehilangan nyawa. Kalau hari ni kita baca surat khabar ada berita kemalangan maut, es0k lusa mungkin kita kan? Tapi, minta dijauhkan dari tragedi seumpama itu.

Apa-apa pun aspek keselamatan di jalan raya sangat penting. Kalau bukan merbahaya kepada diri kita, merbahaya kepada orang lain, kan? Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mempertikaikan perkara-perkara sebegini. Kerana ajal maut seseorang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Apabila tiba waktu seseorang itu meninggalkan dunia fana ini, tidak dapat diawalkan atau ditunda walau sedikit pun. Apa yang berbeza, cara seseorang itu menemui ajalnya. Semoga kita semua hidup dan mati dalam iman, InsyaAllah....

Jaga di baik-baik ok ^_^

4 menconteng:

mommychaa said...

Menjelma dari faceblog tau! I’ll oledi follow u…. care to follow me back at http://sharemyloves.blogspot.com/

khalila ishak said...

thanx ye natasha. nnt sy foll0 ^^

PinKy MoMMa said...

hi khalila..blog yg ceria!
pssttt kak pinky suka lagu nih ;)

dtg sini folo kamu..
thanx for visit syg.. =)

eppy blogging ya..

x nak balik sbb lagu best!

khalila ishak said...

mekasih akak pinky ^^
dtg lagi ye
betul2!
Bitter Heart mmg best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...