Support Me Here ^_^

Wednesday, February 29, 2012

Alkisah Tok Ketua Kampung Sengal - Mohd Norafzal


Hai semua ^_^. Pernah dengar tak nama Kampung Sengal? Cuba cari kat Google Map, jumpa tak? Hehee... Sesiapa yang tau, maka korang akan tau jugak la sape ketua Kampung Sengal ni. Tak lain tak bukan............

Ehem ehem...
.
.
.
.
.
.
drum

roll

please

.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaa!!
^_^



Ape? Ingat gurau ke? Betul la. Ahmad Shin Chan adalah ketua Kampung Sengal. Habis tu, siapa Afzal? Apa kaitan Afzal dengan Shin Chan? Shin Chan ni nama samaran dia. Nama manja dia Donut Asmara. Comel kan? Hehe... Oh nooo, dia tak jual donut Big Apple.

Mula jejak kaki dalam dunia blog pada 16 Mac 2011 disebabkan ade kawan-kawan yang tak tahan dengan post dia yang panjang-panjang kat FB. Dari situlah kawan dia suruh Afzal ni buat blog. Taip la panjang-panjang kat dalam blog tu. Heheh. 


Jangan usha lebih-lebih. Tok Afzal Donut Asmara nak kawen dah sebelum umur 30 dengan gadis bernama................................................ err..... tu kena tanya dia sendiri sebab saya pun tak tau. ^_^.


Mohd Norafzal atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ketua ni seorang blogger yang berjiwa besar. Lahir di Kluang, Johor, sekarang rumah parents di Kajang dan tinggal bersama orang-orang rumah di Kuantan. Orang-orang rumah ok, bukan "orang rumah". Afzal ni belum kawen lagi tapi bakal kawen sebelum umur 30 (tahun ni dia umur 29). Hehe... 

Dia ada matlamat tersendiri dalam berblog. Penyokong tegar kepada blogger-blogger yang baru nak mula kenal dunia blog. Sentiasa nak bagi semangat supaya mereka terus aktif berblog. Sentiasa ada usaha nak satukan blogger-blogger. Mendapat tunjuk ajar daripada beberapa blogger seperti wancikgumuzik, abgteror dan kak rafinamimi

Sengal-sengal bahu si Afzal ni, susah nak percaya yang dia ni pendiam rupanya. Lebih banyak mendengar dari berkata-kata. Suara hati lebih pantas mengalir pada saraf jari-jemari berbanding kata-kata. Sebab tu, korang jangan pelik bila kat group Geng Blogger Sengal, Afzal ni pantas tak hengat punye reply komen. Jejari die high speed punye level sebab jejari dia dah ada connection baik punye dengan suara hati dia.

Anak sulung daripada 4 adik-beradik (same dengan saya) ni tak suke bergambar. Tu pasal die letak gambar samaran dia si budak kecik shin chan ni. Kalau saya selalu layan Midvalley walaupun ramai orang kat situ, Afzal lagi suka layan Mines dengan Alamanda. Tak suka tempat banyak orang. LEMAS + RIMAS katenye. Lagi pun Mines dengan Alamanda lagi dekat dengan rumah dia kat Kajang.


Saya tak tipu taw..... jawatan dia memang Ketua Kampung.


Bagi yang dah kenal Afzal, tahulah tahap mana kesengalan dia. TAPI............. sesengal-sengalnya si Afzal, tahukah korang bahawa kawan-kawan dia selalu mintak rujuk pandangan & pendapat blogger seorang ni. Sebab Afzal seorang pendengar yang baik, korang nak cerita apa, cerita la kat dia. Korang nak mintak pendapat apa, mintak la kat dia. Jangan mintak duit hantaran sudah. Kalau bakal isteri dia takpe. 

Kalau perempuan suka mekap kat muka kan? Afzal pun suka mekap. Tak percaya? Serius tak tipu. Dia sendiri yang bagi tau. Tapi bukan mekap muka dia, lipstick, eyeliner, eye shadow sebagainya. Dia suka mekap kereta, sayang katanya kalau beli kereta baru, baik beli kereta second sebab dia suka kerjakan kereta tu berbekalkan ilmu pomen hasil meng'usha' pomen mengerjakan kereta.

Agak-agak sampai bila Afzal nak berblog? Tak spesifik, sampai dia puas katanya. Banyak entry menarik dalam blog afzaksukasuki, termasuklah CERPEN. Tak percaya? Pegi check in blog dia. Open 24 hours ^_^

Saya tak reti nak review blog atau blogger lain. Ini semua bukan nak main-main kipas angin si Tok Ketua Afzal. Ni semua gara-gara segmen atau saya boleh kata aktiviti ramah mesra dalam group Geng Blogger Sengal yang tersangat sengal ahli-ahlinya sampai sengal pankreas den gelak baca komen-komen. Group yang tersangat lain dari yang lain. Terima kasih cik Nurul Ain yang bawak saya masuk dalam group tu.

Jom singgah ramai-ramai rumah Tok Ketua
Klik SINI manja-manja ^_^



p/s : Tak sangka partner dengan Tok Ketua Kampung Sengal. Maaf kalau ade salah fakta. Huhuu.... ^_^

Monday, February 27, 2012

Allah Akan Ganti Balik Yang Hilang


(LINK)

Hai semua ^_^. Apa khabar hari ni? Sedih ke happy? Ohh... ade yang sedih Lisa dah kawin dengan Yusri. Alhamdulillah, tumpang gembira. Moga Lisa dan Yusri kekal bahagia ^_^. Tak kisah la sedih ke happy ke, kena bersyukur jugak. Sebab apa kena syukur kalau sedih? Syukurlah sebab Allah masih bagi peluang korang rasa perasaan macam tu. Buatnya Allah jadikan korang tak berperasaan, haaaaa..... susah pulak nanti. Orang buat kelakar, korang blur. Orang tengah menangis teresak-esak pun korang blur. Orang ragut beg korang pun, korang blur. Silelah... ambillah beg saya ni... jangan malu-malu encik peragut.

Habis semua......... duit, kad kredit, kad bank, IC, handphone, lipstick, bedak compact, buku hutang, hilang sekelip mata. Mesti masa tu tak tentu arah. Jantung berdegup macam nak tercabut keluar je. Nak call orang tak boleh, nak balik tak dapat. Mau histeria kat situ jugak. Kalau masih boleh tenang alhamdulillah. Tapi sapa tak gelabah kalau kena ragut macam tu kan?

Selalunya kita akan sedih bila kehilangan sesuatu yang menjadi milik kita asalnya. Habis perah otak fikir kenapa benda tu hilang, macam mana la boleh hilang, kenapa... kenapa... kenapaaaaaa....!! Lepas tu mula la keluar perkataan 'kalau', 'kalau' dan 'kalau' lagi. 

"Kalau aku pakai beg silang, mesti peragut tu tak dapat ragut beg aku."

"Kalau aku tak keluar hari ni, mesti beg aku tak kena ragut."

"Kalau aku keluar lambat 30 saat tadi, mesti makcik kat depan tu yang kena, bukan aku."

Ehem ehem..... tak baik cakap begitu. Macam menyalahkan takdir. Dah tertulis perjalanan hidup kita macam tu hari tu, dah nasib kurang baik hari tu. Sedih memang sedih, tipu la kalau sikit pun tak terkilan. Tapi jangan sampai menyalahkan takdir. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Nikmat yang Allah bagi sementara je, cuma pinjaman. Bila-bila masa dia boleh tarik balik. Mungkin dia tarik nikmat yang ni, tapi yakinlah akan ada nikmat lain yang Allah beri walaupun bukan nikmat yang sama.

Hubungan sesama manusia?

Hmm.... ni selalu berlaku. Mungkin diri kita, mungkin keluarga kita, mungkin kawan-kawan kita atau sesiapa saja. Adalah tidak normal ye wahai korang sekiranya tak ada perasaan kepada manusia berlainan jantina. Perkara biasa kalau "tersuka" kepada seseorang asalkan bukan yang sama jantina. Kalau nasib baik, tak bertepuk sebelah tangan. Kalau nasib tak baik, main tepuk-tepuk angin sebelah tangan je la.

Tak kisah la cinta tak berbalas atau hubungan putus di tengah highway. Memang sedih kalau cinta putus tengah jalan atau tak berbalas. Lagi sedih kalau suka dalam diam. Dia tak tau pun kita suka dia. Tiba-tiba dia datang cerita pasal orang lain. Maklumlah, kita BFF dia.

(LINK)

Tak apa..... semua tu liku-liku kehidupan. Kalau yang berani, boleh luahkan perasaan. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Yang penting kita dah luahkan apa yang kita rasa, dia terima atau tidak.................... kena sedia terima sebarang kemungkinan. 

Jangan sedih kalau kena reject. Percayalah, Allah akan ganti yang lain. Mungkin yang lebih baik. Walaupun tak sempurna seperti yang diangan-angankan, pastinya itu yang terbaik buat kita. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan. Nanti kalau silap sikit, mula nak melenting. Jangan terlalu memilih yang ada rupa sekacak-kacaknya, secantik-cantiknya, nanti kalau dah berkedut sana sini, lemak membiak sana sini, mula nak rasa jemu.


Cinta manusia, datang dan pergi.
Cinta Allah, kekal abadi.
^_^



p/s : Jika "kegembiraan" ini pergi meninggalkanmu, akan ada "kegembiraan" lain yang menantimu. Semuanya nikmat yang Allah berikan. Bersyukurlah.... ^_^

...............................................................................................

Support me HERE
TQ ^_^

Thursday, February 23, 2012

Dah Dapat Doodle Comel Dari FizzGraphic ^_^


Hai semua. Petang tadi saya join segmen FizGraphic : Saya Join, Pasti Dapat Doodle. Sapa-sapa yang join segmen beliau, confirm dapat doodle adik manis comel tu ha. Siap ada nama, url blog dgn negeri asal lagi tu. Dan malam ni, saya dah dapat dah doodle tersebut. Pantas sungguh FizGraphic ye ^_^. 



Inilah doodle tu ^_^. Terima kasih FizGraphic ^_^.
Siap buat baju dengan reben kaler pink lagi. Patut la tanye suka warna apa.
^_^


................................................................................

Support me HERE
^_^
TQ

Blog Korang Kemas Tak....??


Hai semua ^_^. Semoga sihat ye hari ni. Kebelakangan ni ramai yang tak sihat. Kejap hujan, kejap panas, pastu hujan balik. Kalau tak sihat sekalipun, kena kuat semangat jugak tau. Jaga diri baik-baik. ^_^

Cik adik Aimi ada buat Contest Blog Paling Kemas. Dah lama dah dia buat contest ni. Tapi tarikh tutup pun lambat lagi. Ada lebih kurang sebulan lagi. Tarikh tutup 20 Mac 2012. Haa.... lambat lagi kan ^_^. Sesiapa yang belum join, boleh la join cepat-cepat. Hadiah semua sangat-sangat menarik. Tak percaya?

Klik sini nak tengok senarai hadiah

UPDATE
Klik sini kalau nak tengok hadiah tempat 1 - 10
Klik sini kalau nak tengok hadiah tempat 1 - 5

Dah tengok? Menarik kan? Tapi kebanyakannya hadiah barang perempuan la. Huhuu.... Boleh je kalau lelaki nak join. Hadiah boleh bagi kat family / kawan-kawan perempuan kan ^_^.

Syarat-syaratnya tak susah pun. Sangat-sangat senang tau. Korang boleh join dengan senang hatinya. ^_^. Korang cuma perlu letak banner contest dalam blog korang tanpa perlu type entry panjang-panjang. 


(klik BANNER untuk join)




Sebelum ni, saya ada buat entry untuk join contest ni. Tapi akhirnya tak jadi join contest. Tapi saya jadi sponsor untuk contest ni. Adelah salah satu hadiah contest tu dari saya. Saya sponsor benda comel ni ^_^.



Sape berminat lagi nak join, jomlah join selagi masih ada ruang masa ni ^_^.


Siapa nak join, klik BANNER tu ye ^_^

Tarikh tutup 20 Mac 2012

.........................................................................................



Support me HERE
^_^

Tuesday, February 21, 2012

Saya Join, Pasti Dapat Doodle




Hai semua ^_^. Jom meriahkan segmen FizGraphic. Sape yang join, confirm dapat doodle. Taip betul-betul ok. Doodle ye, bukan dodol. Hehe.. Kalau nak join, klik banner kat atas ok ^_^. Oopps... entry ni belum lengkap. Kena bagi details kat bawah ni.

Nama panggilan anda : Khalila
URL blog : tarisijemari.blogspot.com
Negeri kelahiran : Perak
Warna kesukaan : Biru / Pink

Nak tag semua, tapi syarat kata 3 yang wajib:

Yang lain pun boleh join jugak. Takde hal punya ^_^
Klik je banner kat atas.
Tarikh tutup bila-bila masa je.



Sunday, February 19, 2012

My Classmates - Pra Kejohanan Bola Tampar



Hai semua ^_^. Entry kedua tentang kawan-kawan sekelas saya malam ni. Kali ni pasal apa? Pra kejohanan bola tampar. Untuk apa pra kejohanan ni? Kalau majlis-majlis rasmi atau majlis apa-apa biasanya ada rehearsal kan. Jadi, lebih kurang macam tu la konsepnya. Kami nak pastikan kejohanan sebenar nanti berjalan dengan lancar, jadi pra kejohanan ni diadakan untuk melihat gambaran sewaktu kejohanan sebenar nanti. Kalau ada kekurangan atau kelemahan sepanjang pra kejohanan ni diadakan, boleh la diperbaiki kan.

Memang seronok bila sekali sekala buat aktiviti macam ni. Semua orang bekerjasama untuk memastikan aktiviti berjalan dengan baik. Dah, dah.... taknak cerita banyak. Jom layan gambar ^_^.












................................................................................................................

Eh ehhh.... nak menyelit jugak kat entry ni.

Minat dengan BANGLES? Klik SINI.
Minat dengan CLASSIC EARRINGS? Klik SINI.
Minat dengan PLASTIC EARRINGS? Klik SINI.

Support me HERE.
Support me HERE too.

Thank You Very Much ^_^


p/s : Stick together... We have been together almost 4 years... another 1 and a half year more ^_^

My Classmate - Formal Meeting



Hai semua ^_^. An entry about my classmates tonight. Semester ni kelas saya akan anjurkan Kejohanan Bola Tampar (Lelaki) Tertutup IPG Kampus Bahasa Melayu. Kami dah buat mesyuarat pemilihan AJK. Tiba-tiba pensyarah kata, mesyuarat pemilihan AJK kena ada pensyarah hadir bersama. Maksudnya? Maksudnya apa lagi, kami kene buat mesyuarat sekali lagi. Tapi..... kelakar je sebab semua macam dah set dari awal. Yeee.... ade unsur lakonan. Mentang-mentang la semester ni belajar teater. Hehee...

Jom tengok gambar ^_^.








Hasil mesyuarat, saya pegang AJK Buku Program, Publisiti dan Jemputan bersama dengan dua lagi geng iaitu Fasihah dan Fadhilah. Kat bawah ni salah satu hasil kerja AJK saya.


........................................................................................................

Eh ehhh.... nak menyelit jugak kat entry ni.

Minat dengan BANGLES? Klik SINI.
Minat dengan CLASSIC EARRINGS? Klik SINI.
Minat dengan PLASTIC EARRINGS? Klik SINI.

Support me HERE.
Support me HERE too.

Thank You Very Much ^_^


p/s : Hari kejohanan dah makin dekat ^_^

Contest Blog Paling Kemas by Aimi






Friday, February 17, 2012

Online Shop Baru Mentah Lagi ^_^



Hai semua ^_^. Entry sebelum ni saya ada post satu gambar untuk Wordless Wednessday. Nak tau tak apa semua tu? Jom, saya tunjuk sekali lagi gambar tersebut.


Saya nak memperkenalkan kepada korang semua online shop baru milik saya. Memang masih mentah. Kalau cili padi, yang hijau kecik lagi tu. Hehe... Saya tak ada asas dalam perniagaan pun. Kalau orang suruh menjual pun saya tak pandai sangat. Tapi entah kenapa saya nak cuba benda baru. InsyaAllah ni langkah pertama saya.

Tak ada plan yang sebenar-benarnya pun benda yang saya buat ni. Survey barang-barang kat internet, hantar email kat pembekal. Kemudian ada pembekal yang bagi respon, akhirnya tertubuhlah ZARALYLA SHOP ni. 

Kenapa ZARALYLA SHOP? Zaralyla tu asalnya daripada email saya, zaralyla@gmail.com. Mula-mula nak letak Zara Palace. Tapi macam ramai pulak yang guna perkataan "Zara" sahaja. Kalau nak letak Zaralyla Palace, macam panjang pulak *cerewet betul.... Akhirnya, saya pilih Zaralyla Shop. 

Sebenarnya saya memang dari dulu suka nama "Zara". "Lyla" pulak ambil daripada nama saya, Khalila. Yeeee..... memang ejaan sepatutnya "Lila". Tapi, saya tukar sikit. Hehe..


Kenapa nak buat bisnes online jugak?
Macam saya cakap tadi, nak cuba benda baru. Manalah tau boleh tambah duit poket sikit-sikit. Duit yang ada, makin hari, makin habis. Mengalir macam air. Tak kan dah besar macam ni nak harap duit mak ayah kan.

Ingat senang ke nak dapat untung?
Apa-apa yang kita buat mesti ada risiko. Memang bukan senang nak dapat untung. Rezeki Allah ada di mana-mana. Tapi sekurang-kurangnya ada usaha kan? Kalau dah usaha tapi tak berjaya, sabar dan cuba lagi. Kalau tak usaha? Lagilah tak dapat apa-apa.

Apa yang saya jual?
Macam-macam ada. Buat permulaan ni saya nak cari pengalaman dulu. Kalau nak tengok, boleh lawat blogshop baru saya. Saya akan bagi link kat bawah nanti ^_^.


Sebelum tu jom tengok hasil kerja saya untuk blogshop baru ni ^_^


Header (klik untuk ke blogshop)


Footer

Watermark / Signature

Zaralyla Shop Facebook
(klik untuk ke FB Zaralyla Shop)
LIKE lah sekali. Hehe...

Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

Law Kaana Bainana - Jatuh Cinta



Hai semua ^_^. Saya rasa ramai yang dah tau lagu ni. Kalau belum tau, boleh cuba dengar. Tak rugi dan tak akan menyesal. Sebelum ni ada jugak saya dengar sikit-sikit kat tv, kat majlis-majlis lagu ni. Tapi tak ambil pusing sangat sebab lagu ni berbahasa arab dan saya tak faham maknanya apa.

(LINK)

Tapi tadi saya cuba cari di Youtube, ada video klip lagu ni sekali dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Cubalah korang hayati. Sangat-sangat menyentuh perasaan. Lagu ni tentang Rasulullah dan kita sebagai umatnya. Serius, saya jatuh cinta dengan lagu ni. Apa yang buat saya jatuh cinta dengan lagu ni?


Alunan suara yang merdu

Irama yang mendayu dan mengasyikkan

Lirik yang indah

Makna yang mendalam dan menyentuh hati





p/s : Andainya Rasulullah s.a.w bersama kita...

Sunday, February 12, 2012

Ayat-Ayat Cinta Dalam Al-Quran



(LINK)

Hai semua ^_^. Nak tau ayat-ayat cinta yang indah maknanya? Lebih indah daripada ayat-ayat cinta boyfriend / girlfriend. Jom tengok video ni. Saya share dari Youtube. Tak lama pun. Lebih kurang 3 minit je.


^_^



p/s : Entry pendek. Tapi insyaAllah bermakna. ;)

Saturday, February 11, 2012

SEGMEN CIKMUN : FIRST POST AKU IN BLOGGING


Hai semua ^_^. Tadi ingat nak buat entry lain. Tapi, tak jadilah. Esok baru buat. Malam ni nak join segmen CikMun dulu. Sebab? Entah, rasa macam comel je segmen ni. Hehe... Segmen ni akan menyebabkan kisah lama terungkai kembali. Ewahh.... Kan dah tak pasal-pasal tertengok, terbaca dan terlayan balik entry pertama dalam blog saya tu.



(klik banner untuk join)

Bila baca balik entry pertama tu.......... Malu sendiri pun ada. Hehe.... ayat macam skema tapi banyak guna shortform. Padat betul, macam semua nak cerita. Masa tu maklumlah.... baru buat blog kan. Tercari-cari lagi identiti sendiri. Sekarang dah ada identiti ke?? Huhuu... entah. Menaip ikut sedap rasa. Dulu kejap rasa nak guna "aku", kejap rasa nak guna "saya", kejap rasa nak guna nama bila menulis dalam entry. Akhirnya, guna "saya" sampailah sekarang. ^_^

Nak tau tarikh entry tu bila?
20 APRIL 2010
tapi
MAC 2011 baru agak aktif.

Kalau tak, pondok kecik ni dah macam pondok usang tunggu masa nak roboh je. Hehee...

Cik Mun, saya dah baca first entry anda ^_^

Nak tengok first entry saya?
ENTRY PERTAMA KHALILA IS KHALILA
(tapi pelik. kenapa tajuk kat url tak sama dengan tajuk entry ye? ape yang berlaku masa tu agaknya?)


Eh ehh...... korang kalau nak join, klik BANNER kat atas tu ok ^_^.


Oooppss.... kene tag 2 orang;
Fiq Fikri
MisEyz
Korang yang baca entry ni pun boleh join jugak ^_^
Ada syarat-syarat untuk join segmen, korang boleh baca kat entry segmen Cik Mun.


Tarikh tutup
11 Mac 2012



p/s : First entry, first baby dalam blog ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...