Support Me Here ^_^

Saturday, January 14, 2012

Ustaz Don, Imam Muda Nuri, Dr. Rubiah : Bila Insan Hebat Bersua Muka


Hai semua. Saya type entry ni pukul 1.13 pagi. Lebih kurang dua jam sebelumnya saya baru balik dari Dewan Za'ba Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), KL. Ehhh... ni la tempat saya belajar. Hehe... mungkin ada yang tau dan mungkin ada yang tak tau yang saya ni bakal guru. Maaflah..... penggunaan bahasa saya dalam blog ni mungkin tak bagus. Banyak guna bahasa pasar, campur-campur bahasa. Sebagai seorang bakal guru, tak sepatutnya saya buat begitu.

Ok lah, kita sambung cerita. Sebelum memori dalam kepala ni mula nak samar-samar, baik saya taip terus kan? Hehee... tau apa aktiviti yang saya join kat Dewan Za'ba tu? Ada Forum Agama anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral & Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2011/2012.

Tajuk Forum :
Akhlak : Bukan Sekadar Rupa dan Aurat

Ahli Panel :
(haaaaa...... ni yang best kami nak dok cita nih. Hangpa nak tau dak sapa panel?)


Panel 1
Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid

(LINK)

Ramai dah kenal Ustaz Don ni kan. Saya baru lagi kenal beliau ni. Baru sekali tengok rancangan beliau 30 Minit Bersama Ustaz Don. 1st time tengok, beliau ni memang best, sempoi, kelakar, bersahaja. Saya ingat lagi episod kali tu beliau cerita pasal 3 jenis najis dan cara menyucikan najis tersebut. Memang kelakar part beliau demo tukar pampers baby tu. Dah ada ciri nak jadi ayah dah tu. Hehe... Banyak ilmu yang beliau kongsikan dalam forum tu. Cara penyampaian beliau pun menarik. Lembut, mudah dan padat.


Panel 2
Imam Muda Nuri Ali bin Arbain
(LINK)

Imam Muda Nuri pun rasanya ramai yang kenal. Tapi saya kurang cam beliau ni sebab tak ada tengok rancangan Imam Muda. Kat hostel memang tak tengok tv. Kat rumah siaran free je ada, memang tak pasang Astro. Tertanya-tanya kawan jugaklah saya tadi, siapa yang pakai baju merah tu. Kawan saya pun cakap, Imam Muda rasanya. Maaflah, memang ada tampal poster tapi saya je yang tak baca poster forum tu. Tau tarikh dengan masa je, pastu pegi. Cara penyampaian beliau pun menarik jugak. Cuma lebih keras sedikit berbanding Ustaz Don. Bak kata Imam Muda Nuri, kebanyakan golongan muda sekarang, ramai yang dah kembali kepada agama.


Panel 3
Dr Rubiah binti K. Hamzah (Ummi)
(LINK)

Yang ketiga ni pulak Dr Rubiah. Kalau nak tahu, beliau ni bekas pensyarah di IPGKBM tempat saya belajar ni. Tapi saya tak sempatlah nak jumpa beliau sebab masa saya daftar masuk sini, beliau dah tak ada. Saya sangat suka cara penyampaian Dr. Rubiah. Ada masa beliau keras, ada masa beliau berlembut. Memang menyentuh hati. Macam mana saya tak kata menyentuh hati kalau saya boleh rasa hati kecil saya terusik bila dengar beliau berkata-kata. Hehhe.... Banyak sangat pesanan dan ilmu serta nasihat yang beliau sampaikan kepada kami semasa forum berlangsung.

Jom tengok apa kata-kata kawan-kawan saya kat FB lepas join forum tu. Saya print screen terus dari wall FB saya. Semua status tu saya credit terus kepada nama-nama mereka ^_^.


Haaa..... siap buat doodle taw lepas balik forum tu. Hehee.... comel kan Diana  ni punye doodle.




Forum tersebut sememangnya berkisar tentang akhlak. Akhlak seseorang bukan sahaja dinilai dari segi rupa parasnya, penampilannya dan bukan sahaja dari segi caranya menutup aurat. Akhlak seseorang merangkumi pelbagai aspek. Sememangnya ilmu yang saya dan rakan-rakan lain perolehi malam tersebut sangat bernilai Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana menjadi antara hati-hati yang terpilih untuk menghadiri majlis tersebut



Dari kiri : Hafizul Khairi (moderator), Dr. Rubiah, Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Nuri.



BEST! Jumpa kawan lama saya masa sekolah menengah dulu, Azireen Hezza. Dia dari UM, bersebelahan je dengan IPGKBM ni. Tak sangka dia pun datang join majlis ni. ^_^. Grrrrr...... gambar goyang sebab saya lupa nak betulkan setting camera tu. Nampak macam blooming pulak. Hehe...

Akhir kata, alhamdulillah kerana berkesempatan join majlis ilmu macam ni. Ilmu yang disampaikan memang sangat berguna dan sangat bernilai. Seronok dapat lihat orang-orang hebat di depan mata sendiri (bukan depan tv). Tahniah kepada pihak penganjur yang adakan majlis sebegini. Terima kasih jugak tetamu-tetamu dari IPG lain dan juga UM serta tetamu-tetamu lain yang sudi bertandang ke IPGKBM.




p/s : Ummi a.k.a Dr. Rubiah minta sampaikan salam kepada yang tak sempat / tak dapat hadir ke majlis tu. ;)

20 menconteng:

Umar Kadir said...

Nampaknya forum ni memberi impak pada setiap peserta. Lepas ni bolehlah share sikit apa2 yg berkaitan di blog. Benda baik apa salahnya. :D

AY said...

mesti hebat ceramah ni kan?..

Unknown said...

mantop2 !

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Salam pekenalan .. terasa insaf baca entri ni ..huhuhu

akuamir said...

ustaz azhar tade ke??ahaha.. D

iAmCekbolat said...

ustaz Don ! nsemmm =="

zul hassan said...

moga akan bnyk lagi majlis ilmu di ipta/ipts..
kita menuntut ilmu bukan menuntut hiburan

aReLaN said...

bestnya leh join forum cmtu.sye ni sejak keje,memang susah nk gi.memanjang busy.wuuuuu

zizidiazora said...

Khalila...
FYI Dr.Rubiah K.Hamzah is my BM teacher when I was in secondary school dulu.. dari dulu lagi dia memang hebat. semua student sayangkan dia. cuba tnya dia kenal dan ingat abg lagi tak. confirm dia akan terperanjat kalu khalila sebut nama abg. hahaha.....

NN said...

bestnya.... mesti banyak input yg kamu dpt kan... :)

khalila ishak said...

@Umar Kadir
alhamdulillah... mmg byk ilmu yg dikongsi malam tu. hehe... insyaAllah...

khalila ishak said...

@Fixx
hebat tak hebat la... smpai sejam meleret sebab semua org nak dgr lgi diorg berforum. hehe

khalila ishak said...

@amir aizat
memang manteeeppp.... bukan slalu dpt peluang cmni. hehe

khalila ishak said...

@My Life's Journey
salam kenal umi. sy yg pergi lebih lagi terasanya. hehe

khalila ishak said...

@akuamir
ustaz azhar xde la. hehe... belum ade rezeki lagi nk jumpe beliau.

khalila ishak said...

@CekbOlat-bOlat

heheh... x dinafikan wahai adik bolat ;D. tapi beliau dah tunang.

khalila ishak said...

@Fz27
insyaAllahh... mudah2an akan ad lebih byk lagi ;)

khalila ishak said...

@aReLaN
memang best taw alan. xpe2, ade rezeki nanti boleh join punye. boleh cuba curi masa sikit. ;)

khalila ishak said...

@zizidiazora
owhhh... yeke abg zizi? bestnye... sy x dpt la nak merasa belajar dgn beliau. dapat dgr ceramah je la. hehe.. abg zizi contact lg dgn Dr. Rubiah??

khalila ishak said...

@Nurul ain
aishhh.... mmg byk la ain. cuma rugi sgt2 sbb tertinggal notebook malam tu. rakam pakai minda je la. huhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...